Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Saturday, May 19, 2012

Minat Baru

Assalamualaikum

Hai readers. Masa buka blog semalam je tengok ada 3 Buffered Earnings. Hai nuffnang. Mengapa la kamu terlalu baik pada syira? Walaupun syira jarang sangat nak update blog, tapi nuffnang tetap baik sangat hati nak bagi syira BE. Terharu sat! Tisu pleaseeeee >_________<

*klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat*

Lihatlaaaah. Thanks so much Nuffnang! Lain kali bagi lagi. Kalau boleh, biar la lelama sikit BE ni datang singgah kat sini. Bermalam lah sampai setahun pun syira tak kesah. Tetiba! Huhuhu. 

Okeh, bukan nak cerita pasal Nuffnang yang baik hati sebenarnya. Tapi, tengah nak cerita pasal syira yang tengah semangat baru mulakan perniagaan. Well, bila kita nak buat sesuatu pekerjaan tu kan, mestilah disertai dengan semangat, usaha dan tawakkal. Perniagaan apa yang syira buat? Nak tahu kena la klik sini

Ok fineeee. Syira nak kena cerita jugak kat sini kan. Sebab korang malas nak klik link tu kan. Syira baru berjinak2 dalam perniagaan tudung bawal. Ye la, berjinak dulu la mula2. Nanti dah lama2 nanti, baru la boleh jadi liar, mengganas dan mengaum macam harimau. Eh, apa yang syira merepek ni. Out of topic. Sila abaikan >___________<

Ini tudung bawal plain warna shocking pink dihiasi dengan light pink laces.

Syira menjual tudung bawal yang unik2, insyaAllah dengan fesyen baru yang syira rasa jarang lagi orang nampak jual kat kedai. Satu, tudung bawal plain dengan 2 line bunga rose kecil keliling tudung. Cantik tak? Cantik tak? Cantik kan. Amboi, masuk bakul angkat sendiri sudah. Apa pun, korang nilai la sendiri sebab kami mengamalkan konsep pendapat pelanggan diutamakan. Ecewah!

Ini tudung bawal plain warna blue sky dihiasi sky blue laces. Very nice, rite?


Ini pulak tudung bawal princess warna hitam dengan hiasan batu atas kepala. So, sweet.


Jenis tudung kedua yang syira jual ialah tudung bawal princess macam dalam gambar kat atas ni. Sesuai dipakai untuk hari raya, hari yang special macam hari bertunang atau menghadiri majlis2 tertentu, tapi kalau nak pakai hari-hari biasa pun boleh juga. Dan syira pernah post pasal niat murni dan suci syira dalam entri yang lepas.

Banyak lagi pilihan warna yang ada. Kalau kamu, kamu dan kamu nak tengok dan nak tahu harga dan macam mana nak buat pembelian, kena la pergi facebook syira ni eh. 

Have a nice day!


Tuesday, May 8, 2012

Tudung Bawal 'Princess'

Assalamualaikum

Hi readers. Apa khabar semua? Dah lunch ke belum? Syira baru je makan bihun goreng dengan telur mata. Itu sepatutnya jadi menu sarapan pagi, tapi disebabkan syira ada program pagi tadi and sempat sambar 2 ketul karipap je sebelum keluar rumah, balik rumah terus menggagau cari makanan. Huhu. By the way, entry kali ini khusus untuk kaum hawa bertudung atau yang baru berjinak-jinak nak pakai tudung atau lelaki yang nak hadiahkan tudung pada kekasih/isteri/ibu/nenek/kawan perempuan simpanan.  =.='

Memang menjadi kebiasaan sangat fesyen tudung zaman sekarang ini menjadi perbualan dan perhatian orang perempuan. Bermula dengan tudung bawal pelbagai batu, disusuli selendang, shawl, tudung serlup senang pakai with or without awning, dan sekarang ini orang beralih pula kepada tudung bawal printed 1 tone, 2 tone and 3 tone. 

Tapi, apa ya syira nak cerita kat sini bukan tudung bawal printed yang syira rasa dah bersepah-spah orang jual online mahupun di kedai-kedai berdekatan anda. Tapi, ialah tudung bawal 'princess'. How it's look like? Here the pictures. Let they do the talk. Weeee



Ini pandangan dari tepi. Princess dia taklah banyak sgt. So,it's looks just nice but yet still gorgeous.


Ini pula pandangan dari belakang. Ditaburi dengan beberapa batu yang tak crowded jugak.


So,anyone interested?. Sebab kalau ada,insyaAllah syira nak mulakan perniagaan.

Saturday, May 5, 2012

Jauh dari Cinta

Assalamualaikum

Hi readers. Well, today is a long day for me. Tapi, bukan tu yang syira nak cerita okeh. Memandangkan syira baru habis exam, sudah tentulah banyak aktiviti yang nak dibuat walaupun belum tentu semua dapat dibuat nanti sudahnya. Anyway, one of it is reading novel. Sebenarnya, syira dah lama sangat berhenti baca novel. Sejak Form 3 if I'm not mistaken. Novel pertama yang berjaya memikat hati syira ke dalam 'dunia novel' ni, novel Bicara Hati, keluaran Alaf 21, hasil nukilan Damya Hanna. 



Sekarang ni, orang dah buat drama based on this novel. Ada kat astro tak silap syira. Tapi, biasalah, kalau drama, memang syira tak boleh nak follow la memandangkan kat asrama sana nuh takdak TV. Tapi, jalan cerita dia memang superb. 

And dulu, syira asyik percaya yang novel keluaran Alaf 21 je yang terbaik dan berbaloi untuk dibaca. Tapi, baru2 ni, housemate syira dia recommend novel ni. Dia kata, walaupun bukan keluaran Alaf 21, but it is worth to buy and read. Is it? Syira pun cuba la baca. So far, it's not bad. And syira rasa syira memang suka baca cerita cinta selepas kahwin. Why? Sebab apa pun cerita dia, it will be so sweet, sebab batasan antara perempuan dan lelaki selepas kahwin tiada bataaasss. You understand me, rite? Hehe >_______<

 

Sinopsis:

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL
. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!
 
 
Nak tahu kesudahannya? Kena la beli novel nya atau boleh baca kat sini. I'm sure you'll love it!
 
 
 

Friday, May 4, 2012

RIndu KiTa TaK?

Assalamualaikum

Lama rasanya syira tinggalkan blog syira ni tak ber'update'. Minat untuk menulis tu masih ada. Cuma kadang2 masa tu menjadi penghalang. Lagi pula idea nak menulis pun tak berapa nak ada. Hari ni syira baru habis exam "End of Posting". Syira baru habis posting surgery atau dalam bahasa melayunya, posting pembedahan. 

Jadi, apa yang syira nak buat untuk habiskan cuti 2 hari hujung minggu ni? Tengok movie sampai muntah? Baca novel? Pergi ke pesta buku? By the way, ada lagi ke? Pergi ke pesta air kt Port Dickson? Mengikut kata kawan syira la. Syira pun tak sure betul ke tak? Atau pergi kursus perkahwinan? Walaupun sebenarnya lambat lagi nak kahwin. Opss...
 
Tapi, kalau korang memang tengah mencari tempat untuk kursus kahwin, boleh la tengok website ni. Banyak pilihan tempat dan disahkan oleh JAWI lagi. So, gunakan nya tanpa was2. Macam iklan produk apa ntah. Huhuhu. Tak kesah pun kalau nak ambil kursus kahwin awal2, walaupun tak tahu lagi bila nak kahwin. *dalam kes2 yang takde lagi pasangan. Don't worry! Sijil kursus kahwin ni boleh digunakan seumur hidup. Baik ambil cepat sebelum harga dia tak naik lagi. Is it not? >___<

 
Gambar hiasan kursus kahwin (En. Google)

Nota kaki kecil : syira nak tanya pendapat korang tentang berniaga online. Apa pendapat korang?




Related Posts with Thumbnails