Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Thursday, November 10, 2011

Hati Yang Boleh Dibaca

Assalamualaikum

Hai peeps. Olla. Syira nak berangan jadi gedik ala2 remaja sekarang boleh tak? Erk, syira tak remaja ke? Naah, I'm adult and matured enough. Yark! Sila ambil mangkuk jamban dan muntah ke dalamnya. Tolong jaga kebersihan blog syira yang sangat chumel ini okeh. Huhuhuhu..

Buat pengetahuan readers blog syira, syira tengah cuti seminggu ni. Mid sem kot. Ntah la. Syira pun tak tahu cuti apa. Nak kata cuti raya haji, takkan sampai seminggu kan. Orang lain cuti berapa hari je. Ke universiti lain pun sama. Ntah. Syira ni macam katak duduk bawah tempurung plak tak tahu perkembangan isu semasa kan. Haip! Siapa yang mengiyakan cakap syira ni katak? Sangat tidak sopan di situ.



Syira ni memang suka berpikir. Kalau duduk sesorang tu kan, ada je benda yang nak dipikirkan. Otak kita ni memang tak pernah berhenti bekerja sejak kita dilahirkan. Amaran! Entri kali ini  bersifat luahan perasaan seorang gadis. Kita sebagai manusia memang la tak boleh nak baca hati orang dengan tepat setepat-tepatnya. Berapa banyak tepat da. Sekalipun kita tanya kat tuan punya badan, kita takkan mampu mendapatkan isi hati dia yang sebenar.


Sebab, ye la pastinya dia boleh tipu kita. Tak kesah la dalam berkawan ke bercinta ke bersaudara ke kan. Syira pernah terbayang andai manusia mampu membaca isi hati orang lain. Memang kira boleh nampak hati orang tu bulat2 macam gambar kat atas ni kan siap boleh sentuh2 lagi kan. Ini baru la senang kalau nak lukakan hati orang. Amik pisau, pastu toreh2 kan aje. Gile kejam syira ni.



Memang semua perasaan manusia kat kita, kita boleh tahu. Dia sakit hati kat kita ke, tak puas hati, ada hati ke, ambil hati kita je ke, dan macam2 lagi la sifat2 yang datangnya dari hati yang kadang2 tak sama dengan ekspresi yang orang tu tunjukkan kat kita. Dalam hati benci, tapi muka suka yang amat bila jumpa kita. Ashane kalau cenggitu? Tak ke tipah tertipu jadinya?

Memang bila dipikir balik, setiap kejadian Allah itu adalah yang terbaik. Jadi, mengapa dipertikaikan. Nau'zubillah, syira. Ish ish ish.. Takde la, ini hanyalah sekadar perkongsian pendapat yang syira nak luahkan di petang hari yang redup2 tengah2 antara nak hujan ke tak.

3 comments:

Syairani Tarmizi said...

yang last sekali tu saya suka. hati hati.hehe :)

Diari Si Froggie said...

tapi kan syira kalau kita dapat membaca segala isi hati seseorang, mesti dunia tak akan aman. haha.. silap2 baru je berdetik dalam hati dah kena lempang dengan orang yang kita ngutuk tu. kalau puji tak apa gak :P hehe..

HARITH SYAHMI said...

tp best juga klw dpt bce aty org laen kn.haha

Related Posts with Thumbnails