Nabi Muhammad SAW pernah ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah.
Baginda menjawab, "Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."
Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa 'Asyura.
Baginda menjawab, "Puasa 'Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu."
-HR Muslim
Hari ni, 22 Oktober adalah hari ke-9 Muharram (Tasu'a) dan 23 Oktober adalah hari ke-10 Muharram (Asyura). Jadi, marilah kita berpuasa sunat hari Asyura. Bagi yang terlepas untuk puasa hari ni, boleh puasa hari ke-10 dan ke-11. Ini untuk mengelakkan sama seperti orang Yahudi yang puasa pada hari ke-10 sahaja!
*Gambar sumber En. Google*
Nota kaki saiz 5: Tak sabar nak dengar pembentangan Bajet 2016 dari PM kita esok. Okeh lari dari tajuk sudeh,,
1 comment:
thanks for the sharing! terlepas pula nak puasa huhu.. bolehkah puasa 11 muharram je? hehe tanya je.. (masih cetek ilmunya)
Post a Comment