Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan
Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Dugaan Itu Perlu

Assalamualaikum


Selama kita hidup kat dunia yang semetara ini kan, mesti, wajib dan seharusnya setiap dari kita pernah merasai 'masalah' atau 'dugaan' yang datang dalam hidup kita. Tak kira lah sebesar atau sekecil mana ia. Apa? Takde? Nampok benor nipunya. *sambil buat gaya hantu Kak Limah balik rumah. 
 


Bila mana dugaan tu datang, kita mungkin akan berasa sedih, tertekan atau sakit jiwa bila memikirkannya. Kecuali orang yang betul-betul beriman akan bersyukur dengan dugaan yang datang tanpa secalit rasa sedih kerana dia tahu dugaan itu datang kerana Allah masih sayangkannya. 


Selalunya, kita akan cakap, 'Wah bertuahnya dia, kaya. Tak macam aku ni. Nak pakai I Phone 4 pun kena pakai duit sendiri.' Sedangkan dia pasti punya masalah lain. Kerana tiada manusia yang sempurna 100%. Tak pernah ada masalah dan punya hidup yang sentiasa tenang. Itu hanya lah ilusi!


Allah hanya memberi dugaan yang mampu dihadapi oleh sesorang  manusia itu. Jadi, makin berat dugaan yang kita tanggung, makin kuat la kita sebenarnya.


Air mata la peneman setia bila mana kita hadapi masalah. Tapi, pernahkan kita menjadikan doa sebagai teman setia bila mana kita punya masalah. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Dia akan bertambah suka pabila hambaNya mengadu padaNya. Kalau manusia akan makin menyampah bila kita sering meminta. Jadi, mengapa meminta pada manusia?


Nota kaki : Kalau manusia tidak diberi dugaan, hidup akan menjadi sama je setiap hari. Hurm, bosan la macam tuh kan? Kan? Kan? Dan dugaan itu mematangkan kita. =)




 
Related Posts with Thumbnails