Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

Petua Elak Jaundice atau Penyakit Kuning dalam Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum semua readers!

Untuk ibu-ibu yang dah ada anak mesti familiar dengan penyakit jaundice atau penyakit kuning yang sering melanda bayi baru lahir. Hal ini adalah disebabkan oleh hati bayi yang masih belum matang walaupun bayi lahir cukup bulan. Kebanyakan bayi akan mengalami masalah ini. Tapi, kita boleh ikhtiar untuk mengelak daripada berlaku. Ha, ni tips2 nya yang henadaklah dilakukan sewaktu hamil ok..

  1. Menelan madu (tanpa air) 3 sudu atau minum air madu 5 sudu
  2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi dan malam sebelum tidur.
  3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari
  4. Banyakkan makan kurma sebagai sarapan
  5. Amalkan makan buah tin setiap 3 hari
  6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin  sudah mencapai 5 bulan ke atas
  7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin

                                                       
*Gambar sumber En. Google*

Syira share kan tips2 ini untuk rujukan diri sendiri jugak kalau ada rezeki mengandung pada masa akan datang. Bukan apa. Sebab kumpulan darah syira O+, so anak memang mudah dapat penyakit kuning kalau kumpulan darah dia tak sama dengan syira. Amsyar hari tu pun dapat jandice jugak sebab kumpulan darah dia B+, detect masa 33hours of life, kat wad bersalin. So, terpaksa start phototherapy (tapi single photo je) kat wad bayi. 

3hari dalam wad, lepas balik still kena sambung check TSB Amsyar kat Klinik Kesihatan Ampang sampai Day 22 of life, barulah TSB Amsyar kembali normal. So, insyaAllah untuk kandungan akan datang, syira nak ikhtiar supaya baby tak kena jaundice walaupun risiko tu tetap ada. 

Nota kaki saiz 5: Trauma bersalinkan Amsyar pun tak habis lagi, ada hati nak pikir untuk next pregnancy..Syira syira...-____- Takpe, family planning tu yang penting. :)

Monday, July 4, 2011

Cara Pemakaian Cincin

Assalamualaikum
Hari ini syira cuma nak kongsi cara pemakaian cincin yang sebenar mengikut cara Islam. Sebab syira pun baru je tahu. Huahuahua. Zaman sekarang ni, tak payah tunggu kahwin, yang anak dara macam syira ini pun mesti ramai je yang suka pakai cincin. Konon2, tanda dah dipunyai la. Cett! Perlukah diberitahu?

Pemakaian cincin ini boleh diaplikasikan kepada lelaki dan juga perempuan.

*Pic pinjaman dari En. Google. Nanti syira pulang balik ek. Sweet kan cincin ni. Bila 2 cincin ini digabungkan, ia akan menghasilkan bentuk love. Sweeeeeeeeeeet kan?


Hadis Pertama
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth A.S.”



Hadis Kedua
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”.


- Hadith Riwayat Muslim


Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.

- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai


So, sekarang bila dah tahu kan, kena lah amalkan. Selamat beramal!


 

Thursday, June 23, 2011

Hernia : Angin Pasang

Assalamualaikum

Entri kali ini, syira saja nak kongsi pasal medical sikit. Because of what?? Because sharing is caring. Ha, pandai adik-adik akak. Hehe. Penyakit ni syira rasa tak asing lagi bagi rakyat Malaysia sebab orang tua2 panggil dia 'angin pasang'.

Sebenarnya, bukan orang tua je. Orang muda pun panggil gitu juga. Syira je panggil HERNIA. Ekeke. Syira belajar penyakit ni masa dalam posting surgery *nama glamour dia pembedahan. Kitorang biasalah kan, kena interview pesakit2 yang ada kat ward permbedahan tu kan.


So, ada satu hari ni kan, syira dengan kawan ada interview sorang pakcik. Bila first time tanya, pakcik tu jawab

"Pakcik ada angin pasang. Dah 3 tahun."


Ha, syira pun tergaru2 kepala yang takda kutu ni kan, apa benda lah angin pasang ni. Tapi, bila tanya kat doktor pelatih baru tahu. Hernia rupanya. Nak tahu kenapa dah 3 tahun, baru pakcik ni datang jumpa doktor?

Sebab angin pasang ni biasanya tidak menyakitkan dan boleh dikurangkan atau term yang digunakan 'reducible'. Jadi, pada permulaannya, pesakit memang tidak akan berjumpa dengan doktor jika dia tak ambil berat tentang kesihatan.

Dan biasanya, hernia ini terjadi disebabkan oleh kelemahan dinding atau otot di bahagian abdomen. Seterusnya menyebabkan sebahagian daripada usus terkeluar dari kawasannya.

Berdasarkan permerhatian syira, otot itu menjadi lemah apabila seseorang itu kerap mengangkat barangan berat sewaktu muda untuk jangka masa yang panjang. Contohnya, jika dia kerja mengangkat tong gas ke, angkat berguni2 beras ke. Jadi, kebiasaannya, orang yang berumur dan lelaki yang menhidapi penyakit ini. Tapi, perempuan pun tidak terkecuali.


Ada banyak tempat hernia ini boleh terjadi. Tapi, kebiasaannya di bahagian inguinal *sila rujuk gambar. Bayi juga ada kemungkinan untuk mendapat hernia jenis umbilical hernia terutamanya akibat pembentukan dinding atau otot di bahagian pusat yang lemah ketika di dalam kandungan ibu.


Tapi, mengapa pesakit perlu berjumpa doktor walaupun di peringkat awal penyakit? Walaupun pada peringkat awal penyakit, tiada pembedahan yang perlu dilakukan tapi kita boleh mencegah hernia yang boleh masuk balik (reducible) daripada berubah menjadi kepada hernia yang tak boleh masuk balik (irreducible). Macam mana tuh? Dengan memakai hernia truss.

.
.
.
.
.
Tadaaaaaa. Ini gambar patung ye. Harap maklum.

Hernia truss ini hanya boleh digunakan untuk reducible hernia kerana ia mungkin boleh menyebabkan melecet jika digunakan pada irreducible hernia.

Nota kaki : Jadi, kepada sesiapa yang mengalami masalah ini, sila berjumpa pakar untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti usus yang tersumbat dan seterusnya menyebabkan pembesaran perut dan tak boleh makan. Jadi, sila jaga kesihatan anda. Peace yaa!



Tuesday, June 21, 2011

Tutorial : Sesi Beramah-mesra dengan Nuffnang

Assalamualaikum

Ha, korang! Seperti yang telah syira janjikan dalam komen syira di entri ini kan. Syira janji nak buat tutorial pasal Nuffnang sempena syira dapat BE pertama syira. Ini semua hasil kesudian korang untuk datang lawat blog capuk syira ni kan. Budi korang memang tak dapat syira nak balas. Ini la yang syira termampu. So, are you ready?

Kadang2, kita rasa kita blogwalking separuh nak mati, update entri hari-hari, tapi income macam ciput je. Nak dapat BE atau ME pun payah kan. So, di sini syira nak sediakan tips2 sikit la. So, korang boleh ikut ye.

1. Korang harus, mesti dan sepatutnya setia dengan Nuffnang sebab Nuffnang ni kuat cemburu!

2. Kalau boleh, cuba, try, test, letak tiga-tiga jenis iklas Nuffnang pada blog anda (leaderboard, skyscraper and large rectangle) sebab kadang2 kita tak tahu iklas mana satu yang selalu mendapat perhatian para pembaca.

3.Rajin-rajinkan diri anda untuk update survey. Kalau boleh seminggu sekali. Cemana nak update dan kat mana? Ha, meh sini syira tunjuk.

Klik Ctrl + c dan klik pada gambar serentak untuk tumbesaran yang menyihatkan!


* a) First of all, korang klik kat Blog Manager tuh.*


* b) klik kat update survey yang syira dah kotakkan dengan kotak pink tuh*


* c) Pastuh, korang update la survey nih dan especially soalan no 13 ni, tolong isi dengan bersungguh-sungguh mengikut citarasa korang. Kalau boleh, karang lah ayat bunga2 sikit supaya senang hati Nuffnang bila baca. Dia nak bagi BE atau ME, diorang ikut blog korang ni cerita pasal apa. Kalau pasal gadget, dia bagilah iklan handphone ke apa ke kan.*


4. Sekali-sekala, korang boleh juga hantar 'ticket' pada Nuffnang tentang pertanyaan apa-apa la. Bukan ticket wayang bagi rasuah ye. Dekat sini ha.

* a) Mula-mula korang klik dekat 'contact us' yang ada tertera kat atas sekali pada home page Nuffnang nih*


* b) Lepas tu, korang pilih advertiser enquiries/suggestions tu kan*


* c) Then, korang tulis tajuk kat dalam kotak subject. Tengok contoh macam syira buat ni. Lepas tu, karang la ayat korang sebaik mungkin. Better dalam english. Tapi, bahasa melayu pun boleh kottt. Hehe. Priority dia terpulang pada korang. Kalau rasa tidak la emergency sangat buat low atau medium sudeeeeehhh.*

5. Selain tuh, korang leh join Heartbeat atau Churp Churp. Diorang ni adik-beradik je dengan Nuffnang. So, takde sesi cemburu buta kat sini. Okeh.

Good Luck!




Monday, June 13, 2011

Petua Awet Muda

Assalamualaikum

Apabila kita senyum, kita menggunakan hampir 14 otot.

Apabila kita mengerutkan muka ketika sedang marah, kita menggunakan hampir 60 otot.

Apabila kita mengerutkan dahi, kita menggunakan hampir 40 otot.

Kesimpulannya, jangam marah-marah ha. Nanti, cepat tua.


Sunday, April 17, 2011

Dancing Mat

As Salam..nk cite cite sket la dengan korang ni..salah satu cara nak bersenam. ramai yang tak tahu ada satu kaedah bagaimana nak bersenam dalam rumah. sesuai untuk sesiapa yang malu bebenor nak joging kat luar. sekali sekala dari memalaskan diri atas katil atau nak release kan tension pon boleh. aku memang suka gila main benda alah ni. nama nya dancing mat. biasanya orang akan pakai ps2 untuk main benda ni. tapi, aku ni takde adik beradik laki (kesian kan?). jadi, rumah aku memang tak pernah ada ps2..boleh ke jadikan tu sebagai alasan untuk tidak memiliki ps2? gila tak boleh. hehe. jadi, aku guna laptop untuk main benda nih. tapi, make sure korang beli dancing mat yang untuk laptop punya la. siapa cakap takde. kat kolej aku, femes tau kawan aku jual benda alah ni. ye la, sebab kitorang kan duduk asrama. mana leh bawa ps2.

nak belajar ke nak menghabiskan boreh mak bapak hantar belajar tinggi tinggi, ke jadahnya ps2 jugak yang korang bawa ke asrama. hehe. biasanya, aku main benda ni petang2 lepas balik kelas. bosan tapi malas nak joging kat bawah. nak tidur, tak elok kan tidur lepas asar. jadi, di samping dapat mengeluarkan peluh untuk menyihatkan badan, boleh jugak menunjukkan skill menari korang. ha, mana mana bakat terpendam tuh, memang gua syorkan lu orang main benda ni. memang feel wa cakap sama lu. kalau ketagih tuh, hari hari mesti mau main. haha. nanti, kalau korang dah kurus, sapa jeles? kawan korang jugak kan? badan ramping ala ala artis. siapa taknak? ha, kau ada?

Related Posts with Thumbnails