Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Friday, September 16, 2011

Salam Aidilfitri, Open House, BE dan Macam-macam Lagi!

Assalamualaikum

Hampir sebulan kot syira tak update blog! My last post was on 14th August. I'm very sorry guys! Tapi, tak terlambat lagi kan kalau syira nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog syira yang setia ni. Luv korang so much la! Alamak, ayat rojak sudah. Hoho.

 Mana satu nak cerita dulu erk? By the way, syira memang la teramat sibuk kan. Haish. Sibuk rumah terbuka sana, rumah terbuka sini, beraya sana, beraya sini. Dah la syira ni memang sedia sibuk, bila raya ni lagi la bertambah super dooper busy kan. Ini baru la boleh tarik nafas lega sikit sebab dah minggu ke brapa raya dah ni. Surut sikit la orang yang nak buat rumah terbuka kan. Hohoho. Kalau dah beraya sana sini, tak sah la kalau takde gambar raya kan.


Ini gambar di hari raya pertama tau. Yes, I'm feel blue. Hoho. Bergambar dengan baby blue savvy syira sebelum bergerak pulang ke kampung Kedah. Tradisi family syira memang suka balik di pagi raya untuk mengelakkan jam di jalan raya. So, kitorang lebih kurang macam raya atas kereta la untuk hari raya pertama. Sadis kan. =_______=

Tapi, di sebalik itu, terselit sejuta kegembiraan pabila bertemu sanak saudara yang jauh mata tapi dekat di hati. Meraikan hari raya bersama, bermesra dan bermaaf-maafan. Erk. Asal syira rasa macam lagu raya plak. Hoho. Balik kL, tiba masanya beraya dengan kawan2 pula kan. Masa raya macam ni la, syira dapat jumpa dengan kawan2 sekolah yang kalau ikutkan masing2 dah ada hidup masing2.



Cantik kan pic ni? Cepat puji kalau tak syira taknak update blog lagi setahun. Kuang kuang kuang. Sebenarnya, gambar ini ditangkap pakai camera ala2 lomo. Syira tak tahu la nama sebenarnya, then kawan syira edit pic ni pakai Iphone 4 dia. Then, tadaaaaaaaa. Impress gila syira bila tengok. Jakun kah?

Di hari raya yang memang penuyh dengan kegembiraan ni kan, Nuffnang dengan baik hatinya bagi sampai EMPAT Buffered Earning atau nama glemer dia BE. Mak oii apa ke baik bebenor Nuffnang ni kan. Tapi, apa2 pun syira memang nak ucap thanks so much kat Nuffnang. Luv u ketat2 la. Hoho. Tapi, disebabkan kemalasan syira meng'update' blog, jadi tinggal la tiga.


Ok lah, syira nak pergi blogwalking kat blog korang, korang dan korang la supaya Nuffnang  sentiasa baik hati dengan syira. Ini rasa macam nak senyum ke telinga sampai nampak lesung pipit 36 jam. Peace.   >__<
Related Posts with Thumbnails