Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Monday, May 30, 2011

"Family Parking Only" Prank



enjoy the video! >.<

Friday, May 27, 2011

Bercinta selepas berkahwin

Assalamualaikum
Tajuk entri kali ini jiwang karat habis macam nak minta penampar je kan? Hehe. Sebenarnya, lately, syira suka layan cerita Nora Elena. Fuh. Memang so sweeeeet. Comel sangat bila kita tengok orang bercinta selepas kahwin. Ye la kan, benda dah 'halal', baru lah terasa nikmat yang Allah bagi. ecewah. Korang jangan pikir yang bukan2 ye. =.='


Macam dalam cerita Nora Elena ni kan, Seth Tan
*lakonan Aaron Aziz sangat bersabar la hai dengan kerenah isteri dia yang tidak mencintainya. Elena ni pula terus dengan ego kerana kahwin dengan Seth dalam keadaan terpaksa. T____T

Tapi, syira tahu ending dia nanti confirm Elena jatuh hati dengan Seth. Tipikal punya ending. But, what the most interesting part is the way of the story goes by. Jalan cerita dia! Fuh, confirm meleleh wa cakap sama lu. Tak sabar nak tengok sambungan dia minggu depan. Setiap Isnin-Khamis jam 7ptg di TV3. Dalam masa tuh, jangan lupa solat maghrib ye.




Ni ada syira sertakan video OST Nora Elena TV3 - Erry Putra & Reen Rahim - Berubah. Addicted to this song too. >.<

Nota kaki:Jangan lupa klik heartbeat syira ye. Thanks!



Thursday, May 26, 2011

Yeay! Harga minyak kekal!

Assalamualaikum
Memang tak dinafikan la, negara kita makin hari makin maju. Jadi, disebabkan perkembangan ekonomi yang terlalu pesat, kesat dan dasyat, jadi harga minyak selalu aje nak naik. Syira bukan apa tau, apa yang syira perhatikan la kan, kalau harga minyak tuh naik, tak kesahlah sikit mana pun kan, harga barang-barang lain pun mesti nak tumpang sekaki naik sekali juga kan.

Memang! Memang tak dinafikan, dia naik bukanlah banyak sangat pun kan, setakat seposen dua tuh takyah kedekut sangat la cik syira oi. Bukan kedekut, tapi berjimat. Kata nak kahwin. Hehe. Gatal noh. Menurut Buletin Utama jam 8 semalam, harga minyak RON95 *minyak aku selalu pakai tuh, diesel dan minyak masak akan dikekalkan pada harga sekarang.


Berita macam ini memang sangat menggembirakan bagi pengguna kenderaan bermotor macam syira ini la kan. Kalau korang ingat, pada entri sebelum ini ada syira ceritakan tentang baby blue savvy kesayangan syira. Sejak dua menjak ini, syira kerap juga la merayap dengan kereta. Syira pun dah hampir mahir memandu.

Memang toksah cakap la kalau nak dibandingkan dalam setahun yang lepas. Memang berbeza. Syira akui, nak cekap memandu ni, kita kena selalu bawa kereta. Teori dan praktikal sangat berbeza. Hasil pemanduan kereta yang agak kerap, dalam masa tak sampai 6 bulan, alhamdulillah, hasilnya, syira dah boleh nak memandu di mana-mana jalan berseorangan okey.


Mahu tak pandai, setiap hujung minggu aje mesti syira drive dari Sg Buloh ke Ampang berseorangan okey. Korang tahu2 je la, jalan dalan kL ni macam mana. Memang sengsara la kan terutama untuk pemandu kereta manual ni kan. *Berlagak tak pasal. Nak minta penampar gamaknya. Kalau korang baca entri yang dulu, rasanya jauh berbeza. Kalau dulu, memang selalu harap kat bf syira je la memandu kalau kitorang nak keluar jalan2 pakai kereta syira kan. Even, nak bawa kereta ke Sg Buloh pun *supaya syira senang nak berulang-alik dr kolej ke Hosp Sg Buloh yang tak sampai 1 kilometer tu, bf syira yang tolong drive. You are too sweet my dear, love you so much *sila ambil baldi, dan muntah okay? Hehe. Dan syira tak habis lagi lesen P. 29 Jun ni baru tamat tempoh.

Syira pula memang jenis sebelum ambil lesen memandu ni, syira memang terus terang kat cikgu yang mengajar tuh, syira cakap, "saya ni, nak start enjin kereta pun tak reti." Jujur tak syira? Hehe. Maklumlah orang duk bandar, mana ada nak bawa kereta tanpa lesen. Memang tak la ayah nak bagi kan. Hehe. Syira bawa motor curi2 kat kampung pun, ayah syira nak mengamuk je kalau ikutkan hati. Hehe.


Pada pandangan syira la kan, bagi kaum perempuan yang lemah macam syira ni kan, kami memerlukan satu keperluan yang boleh menyebabkan kita memandu. Contohnya, macam nak hantar anak ke sekolah *takleh pakai sebab syira takda anak lagi, atau nak pergi kerja *takleh pakai juga sebab syira belum kerja lagi. Hehe. Habis, bagi syira apa ye insiden yang menyebabkan syira berani nak memandu. Hehe. Itu rahsia. Hehe. Bye.




Wednesday, May 25, 2011

Your love has no boundaries, dear!

Assalamualaikum
Sayang, andai matahari merah yang tenggelam di lautan dalam itu adalah menjadi kemahuanmu sayang, aku sanggup menemanimu dan sentiasa di sisimu, ketika dirimu memerlukanku untuk bersandar demi menikmati keindahan suasana itu sehingga ia tenggelam dan tidak terlihat lagi di matamu itu sayang. Akan ku setiakan diri ini demi menemanimu sayang.

Ingin saja hati ini memberitahumu bahawa dirimu lah yang kutunggu-tunggu selama ini untuk menyinari seusia hidupku ini. Walaupun kutahu ada pasang surutnya air di lautan, ada peredaran yang tercetus di antara keduanya. Tetapi, bagiku itu adalah untuk menguji sejauh mana keteguhan perhubungan ini yang dibina atas nama CINTA antara kita.

nota kaki : okeh, syira memang suka nak tengok matahari terbenam. titik noktah.

Tuesday, May 24, 2011

Sayang anak tangan-tangankan

Assalamualaikum
Wah, tajuk entri taknak kalah. Mengalahkan orang yang dah ada anak. Syira belum kahwin, of course la takda anak lagi. InsyaAllah dalam 3 tahun lagi. Tee hee gatai noh. Kenapa tajuk entri macam gampang je hari ini. Okeh, sebenarnya syira nak cerita pasal syira jadi pengapit hari sabtu dan ahad yang lalu. Cuma gambar dari photographer tak sampai lagi. Sabar ye. Heehe. So, kenapa syira pilih tajuk ini untuk hari ini.



Hal ini adalah kerana (betul ke ayat BM syira ni?), syira tengok ibu bapa hari ini terlalu sayangkan anak-anak sehingga kadang2 itu mereka tidak sedar, perbuatan mereka itu lebih banyak buruk dari baiknya. Jika anak kecil itu membuat kesalahan untuk kali pertama, kita patut menegurnya terlebih dahulu. Bagitahu mereka kalau apa yang mereka buat itu salah dan kenapa itu salah. Mereka harus tahu. Jangan kita cakap, ini salah, itu salah. Sudahnya, mereka tak tahu apa sebabnya.

Dan seeloknya beri amaran, kalau mereka buat kesalahan yang sama, mereka mungkin akan menerima hukuman. Masa bagitahu mereka itu, kita mesti buat mereka fokus pada apa yang kita perkatakan, dan kita bercakap dalam nada serius dan bukan main-main. Syira sedar, siapalah syira untuk berbicara hal orang dewasa sedangakan syira masih belum berkahwin, apatah lagi untuk mendidik anak macam ini. Dan, syira tidak mahu ibu bapa tersedar bahawa mereka tersalah didik anak ketika anak sudah mencecah usia 20 tahun. Dan, ketika itu, ibu bapa sudah terlambat. Terlambat 15 tahun. Setelah syira buat banyak kajian, syira rasakan inilah cara yang terbaik.

Kita juga tidak boleh menggelar anak dengan gelaran-gelaran yang tidak elok.

Ayat pertama : "eh, jangan duk lompat-lompat macam monyet atas sofa itu. Ibu tidak suka."

Ayat kedua : "adik, jangan duk lompat-lompat atas sofa tuh. Nanti rosak sofa itu."

Untuk ayat pertama, kita lihat di situ ada penggunaan nama binatang. Sesungguhnya, doa ibu itu adalah antara doa yang mustajab. Jadi, mahukah ibu bapa sekalian jika doa kalian dimakbulkan. Dan untuk ayat kedua, kita nyatakan sebab mengapa perbuatan mereka itu salah dan tidak patut dilakukan.



Dan jika anak itu semakin meningkat usia ke 5 hingga 10 tahun, ini adalah umur di mana tangan menjadi peranan di waktu-waktu tertentu. Bila mana mereka sudah sedia maklum akan kesalahan yang mereka buat itu salah dan tak sepatutnya dilakukan. Tetapi, mereka masih berdegil. Syira tahu, kadang-kadang ada ibu bapa yang terlalu sayangkan anak hingga takut untuk tangakan anak. Ada suatu masa, guru di sekolah pula yang disalahkan apabila guru itu memukul anak. Jangan sampai anak-anak pandai berbohong, dan apabila sudah besar, mereka mungkin jadi pencuri bahkan, mungkin lebih teruk lagi. Na'uzubillah.

Syira nasihat ini untuk keperluan syira pada masa akan datang. Hal ini kerana, syira memang sangat yang teramat sukakan kanak-kanak. Tapi, syira taknak sifat syira ni menjadikan seorang ibu yang terlalu manjakan anak. Sebab itu, syira ada banyak buat banyak kajian dan mendengar banyak ceramah tentang cara yang betul untuk mendidik anak. Walaupun, mungkin syira akan tidak punya banyak masa untuk anak-anak syira pada masa akan datang. So, good luck to everyone. Ada masa lagi, nanti syira kongsikan lagi ye.




Friday, May 20, 2011

Old Town Langat

Assalamualaikum.
Okeh. Memandangkan syira cuti je dan tak kemana-mana sangat, so takde apa la nak cerita. Boleh ke jadikan itu sebagai alasan? tee hee *trademark syira, rite? Tapi,hari Ahad lalu, syira bersama bf syira, kami pergi ke restoran Old Town Hulu Langat. siapa yang tinggal kat kawasan berdekatan, sila buat-buat tidak membaca entri ini ok? haha. ini bukan Old Town White Coffee yang biasa orang pergi tu ye. Restoran ini diasaskan oleh pemain drum kumpulan Damasutra. Tak tahu la apa nama dia. Maaf abg drum. Hehe. Tapi, bf syira asyik panggil asu, asu je. Macam sedara dia je kan panggil nama cenggitu je. Asal mesej dia je, "Abg kat kedai asu ni." Masa syira datang hari itu pun, dia ada. Tapi, tak ambil gambar pun. Ye la, dia artis. Syira pun artis. Artis sama artis mana leh ambil gambar sesama. Ada ke cenggitu? Sigh.. =.=' hehe.


Yang istimewanya restoran ni, dia ada tempat untuk karaoke. Sambil makan-makan, nak minum je pun boleh, boleh juga dengar orang nyanyi. Yang best tu lagi, dia sediakan pentas tempat untuk berkaraoke. Memang rasa macam buat show gitu. Biasanya satu lagu standard RM1 ke RM2 ntah. Syira tak perasan sebab malam itu ada orang belanja. Heehe. Tapi, syira baru tahu dari sepupu syira juga, bukan satu ni je restoran yang menawarkan perkhidmatan cenggini. Ketinggalan rupanya syira ni. Maklumlah, syira memang duk bawah tempurung sikit kalau bab-bab benda cenggini. Apa? Bukan sikit? Ok, fine. Banyak. Hehe.

Pada pendapat syira, diorang buat perkhidmatan macam ni pun sebab budak zaman sekarang *syira budak zaman dulu kan suka berkaraoke. Yela, kalau zaman syira dulu memang susah bebenor nak jumpa karaoke jamban tuh. Sekarang ni, bukan setakat jamban, bilik, bilik besor, bilik kecil, nak? Cakap aje. Memang berbeza la. Budak-budak pergi karaoke pun dah biasa kita dengar. Kalau kat facebook tuh, "kau nak pergi 'karok' malam ini?" takpun "aku tension la,jom pergi 'karok'." Memang! Syira mula-mula pun tak faham kepebenda alah 'karok' ni, rupanya karaoke. Memang habis semua perkataan nak disingkatkannya. Kalau boleh biar tinggal satu huruf je. Tidak gitu? Eceh.


Suara bf syira memang sedap. Syira tolong angkatkan bakul untuk dia. Tee hee. Memang dia ada nyanyi la malam tu. Dan sudah semestinya syira akan menjadi mangsa mereka pada malam itu. Mereka? Siapa mereka? Bf syira suka kawan dengan orang yang berumur. *perkataan tua sensitif tau hehe. Bf syira dengan Abg Sahak (kawan bf syira, syira panggil dia abg dia marah. Suruh syira panggil dia pakcik. Katanya dah tua. Tapi, bila bahasakan diri dia, dia sebut 'abg' pula. Apa2 je la abg sahak. Syira ikut je. Hehe) ni pakat tulis nama syira bagi kat deejay. Jadi, terpaksa lah syira berduet dengan bf syira lagu "Jangan Pisahkan". Memang malu yang teramat sangat jangan cakap la. Syira dah warning awal-awal kat bf syira, syira ni ada darah gemuruh. Pada sesiapa yang tak tahu apa maksudnya, sila buka buku teks Bahasa Melayu darjah 5 ye. =.='

Bila deejay dah panggil nama tu kan, terpaksa la syira menebalkan muka ini agak-agak dalam 30 inci naik pentas. Wa cakap sama lu. Memang gila la. Kalau setakat nyanyi dalam bilik air tu, nyanyi koir ataupun nasyid beramai-ramai tu, syira pernah la jugak kan. Sebab suara syira cuma penambah rasa je. Ni memang nak menempah maut namanya. Nasib la berduet. Ada juga teman. Memang pengalaman seumur hidup la weyh. Takmo dah. Syira bukan macam Cikgu Syida. Walaupun nama kami hampir sama. Tapi, kami tak serupa. Yeah..!

Nota kaki : Maaf la, syira takde gambar macam blog femes lain.Ni blog capuk je. Takde Nikon DSLR kepebenda ntah. Ada siapa nak tolong belikan? Hehe. Siapa nak pergi restoran ni, ia terletak di deretan kedai bersebelahan petronas kat Langat tu. Ada satu je petronas kat situ. Syira tak ingat kat batu berapa. Sebab langat ada banyak sangat batu. =.='



Thursday, May 19, 2011

" IISSHHHKKK..!! CABUTAN BERTUAH DAPAT HEADER "

Assalamualaikum
Bangun awal pagi je, lepas mandi, makan dan menyiapkan diri, dah tentu syira capai terus laptop dan jari jemari laju membuka blog kesayangan syira ni kan. sambil blogwalking lagi, tak sengaja ternampak lagi cabutan bertuah anjuran cikgu. cikgu mana? wan cikgu muzik. hehe kalau ada sesiapa yang suka pada blog syira yang korang cakap cantik, padahal syira tak tahu la kat mana yang cantik sangat tuh *merendah diri sangat ke? hehe. okay, kat sini la syira dapatkan tutorial yang best-best tahu. memang serba lengkap la. cakap je nak apa. kalau blog lain, mungkin ada kekurangan beberapa tutorial. tapi, katakan tidak pada blog ini. cewwah! dan syira tahu banyak permintaan dari pengunjung2 blog syira ni, rata- rata minta tutorial dan bertanyakan kalau-kalau ada tutorial untuk dijadikan panduan. bukan syira taknak buat, tapi sebab syira pun dapatkan tutorial ni daripada blogger-blogger lain yang lebih senior, jadi agak segan di situ bagi blogger junior macam syira ni untuk membuat tutorial bagai kan. tapi, tengoklah, mungkin syira akan pertimbangkan permintaan tu. hehe. ok, apa syira melalut banyak sangat ni. dah ke laut je bunyinya. ok, jom kita tengok apa syaratnya sebab syira tak sabar nak menang hadiah dia sangat la lumayan. weee..


Photobucket



  1. Wajib buat satu entri yang mengatakan anda join cabutan bertuah nih.. (suka ati nk cite ape pon) *done
  2. Dalam entri pastikan ada link atau pautan untuk datang ke entri ini. *done
  3. Make sure letak banner yang cikgu sediakan dalam entri anda ( nk copy gambar pon boleh, nak copy HTML kod banner pon boleh) *done
  4. Tajuk entri : " IISSHHHKKK..!! CABUTAN BERTUAH DAPAT HEADER " *done
  5. Follow blog cikgu??? Up to you.. Cikgu x kisah nak follow ke tak. Tiada paksaan di situ. Tapi kalau rajin, like laa Facebook page cikgu.. Boleh pantau pengumuman keputusan kan... *done
  6. Dan yang last sekali, tag kat 2 org kawan lahh.. Seperti baisa laa.. Hehehe. Ajak mereka join... Tapi jangan paksa taw..Tak baik taw.. *done

ok. siap. syira perasan syira bertuah. anda bagaimana? *macam iklan apa ntah.


Wednesday, May 18, 2011

Contest Blog Saya Smart

Assalamualaikum.
Wallaweyh. contest, contest & contest. anjuran siapa pula kali ini? tadi, masa syira sedang bersuka ria blogwalking di sana sini, tiba2 terjumpa blog yang sememangnya smart ni. weee. dan berlaku la satu insiden di mana syira terbaca contest-yang-macam-seronok-je sebab tak payah buat apa-apa sangat pun. tee hee so, siapa yang terbuka hati nak join contest ni leh bertandang blog adik qistina ni ye. hadiah dia lumayan juga. walaupun blog syira ni takde la smart mana kan? kan? betul tak? syarat penyertaan dia senang je beb.


1. wajib follow blog nie..*done
2. terbuka kpd semua owg k... *done
3. buat satu entry mengenai contest nie n tag kpd 4 owg..x kisah laa sapa pown *done

cik iela
cik nur
cik fatin
cik nini

4. last sekali...tinggalkan link kowg dkt comment box bwh entry nie *done

ok. siap.


Tuesday, May 17, 2011

Kondom

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:

"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."

Tanya pegawai kesihatan:

"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:

"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)...


Monday, May 16, 2011

Lu Langsi Lu Mati Vs Fast &Furious 5

Assalamualaiukum
Hai reader blog capuk syira nih. entri kali ini, saja la syira nak cerita pasal 2 filem yang syira dah tengok dalam masa 3 hari cuti nih. ha, amek kau. baru 3 hari cuti, dah 2 filem. cuba kalau 4 bula cuti hah? tak tertolok den nak kira. ce kira ce kira a*semua orang nak guna dialog filem hantu kak lima, jadi syira pun taknak ketinggalan okay? muehehe bukan apa, bf syira tuh memang suka sangat tengok filem, drama dan yang seangkatan dengannya. kalau tak tengok 2 cerita ni, confirm apek jual cd tepi jalan or kat pasar malam kaya. hoho. and bf syira ni memang suka tengok filem aksi. hai, dah namanya lelaki mesti tak dapat dipisahkan dengan filem aksi, right? kalau tak, lelaki ke namanya tuh? baik periksa. hoho. okay, taknak la cerita panjang2 sangat. nanti, jemu pula nak baca kan. ok, firstly filem kongsi.


kitorang tengok cerita ni hari jumaat kat leisure mall cheras. siapa yang selalu lepak situ, mungkin boleh terserampak dengan syira. eceh, ape kes, ada ke orang nak 'terserempak' dengan syira. muehehe. cerita ni mengisahkan seorang warga thailand 'Tumulak' yang dilakokan oleh Shaheizy Sam. fuh, pelakon ni memang tengah naik sekarang. lakonan dia agak best. cuma apabila digandingkan dengan pelakon yang tidak berapa kena untuk journal aksi. memang spoil sedikit di situ. and di bawah arahan farid kamil yang juga pelakon filem ni sebagai ketua inspektor polis kot. syira pun tak sure. tapi, dia cuba membawa watak kelakar.

tapi, tak berapa kena la abg farid. hehe abg farid sesuai bawa watak romatik jiwang leleh macam dalam cerita lagenda budak setan tu. ha, kalau yang itu memang syira kena sediakan berkotak-kotak kotak tisu untuk keselamatan air mata supaya tidak membanjiri pawagam. muehehe. ;') pastu, mula la bf syira nak tengok muka sememeh syira baru lepas nangis tuh kan. nakal kan. ok, so kalau korang terpaksa buat pilihan antara filem kongsi or filem fast & furious 5, definitely, you should choose fast & furious 5. kenapa?


sebabnya, ini adalah filem yang mempunyai jalan cerita yang menarik, mempunyai tujuan, aksi2 yang dipaparkan mampu menggoyah iman di dada dan sungguh tricky. memang syok habis. bf aku rating cerita 5 star ok. ia mengisahkan tentang geng penjenayah rompakan ingin merompak duti sebanyak 100 juta dollar. malangnya, wang yang ingin mereka rompak itu terletak di dalam balai polis dan disimpan di dalam bilik kebal. jadi, perlbagai rancangan dibuat. dan syira tak pernah tengok filem rompakan yang melibatkan bilik kebal yang ditarik 2 buah kereta sepanjang jalan berkilo-kilo meter. memang kebal gila bilik tu. walau melanggar bangunan bank, bilik kebal tu tetap kebal di situ. ok, sangat mencemaskan! phew..

kami tengok cerita fast & furious 5 tu kat wangsawalk keramat. and filem ni hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. jadi, adik-adik, sila beli je cd and tengok kat rumah ok. alamak. aku mengajar pula. muehehe. and masa kami nak beli tiket wayang tu, berlaku la satu perbualan yang mengusik jiwa.

akak counter : adik ni *sambil menunjuk ibu jari ke arah aku sebagai tanda sopan dah berumur 18 tahun kan?

syira : *mengangguk dan tersipu malu

belum sempat syira fikir apa2 kan, bf syira buat2 tanya la. menyampah mak!

bf syira : dah umur 18 kn? *sambil tunjuk kat syira

akak counter: takde. bukannya apa. kami kena tanya untuk pastikan sahaja. jangan salah faham pula

bf syira : takde bukannya apa, kak. nanti dia perasan muda. belum 18 lg konon.

akak counter : *tersenyum

syira : *menjeling kat bf syira. dalam hati ckp, jeles lettew.

ok, fine. memang takde la nak perasan muda kan. tapi, memang syira awet mudah pun kan.wahaha. ala, sekali sekala nak perasan untuk menggembirakan hati. tak salah kan. tee hee =)

ok lah, syira nak pergi ambil my mom kat lrt. mama syira kerja kat bandar tun razak. dia ada lesen kereta, tapi tak pernah bawa kereta dah sejak dapat lesen berpuluh tahun yang lalu. tapi, lesen kereta tu selalu je 'renew'.tsk =.=" so, sementara cuti yang 4 bulan ni kan, memang dapat job free2 je kan. hoho.


Saturday, May 14, 2011

Peraduan Gores dan Menang blog Misa Sakura

As Salam.. 2 entri dalam satu hari? itu perkara biasa bagi blogger tegar. tapi, itu cuma biasa bagi blogger macam hanya dan ketika cuti sem okay. muehehe. yo lah. eden mano ado maso nak update berbillion2 satu hari. update 2 kali ini pun hanya dan semata mata kerana nak join Peraduan Gores dan Menang blog Misa Sakura

amboih ! mentang2 cuti sem lama, nak join contest je kerjanya. hello, I punya blog, suka I lah. hehe

ok, cik syam ! I dah gores. hehe



tarikh tutup contest ni 15th May 2011. Siapa nak join ada masa lagi ni. mana tahu rezeki kan. I pun join last minute ni. minta2 kena. puh puh! siapa nak join boleh lawat blog cik syam ni. memang akan meleleh air liur u tengok strawberry yang mengiurkan. wallah!



siapa-nak-anak-comel-dan-bijak-macam-ini-sila-angkat-tangan-macam-saya

As Salam..hari ini, aku dah mula cuti semester *atau dalam omputih nya cakap semester break.. selama 4 bulan okay? apa nak buat lama2 cuti? cuti bukan untuk duduk saja kat rumah makan tido membesarkan badan sampai tak ingat dunia tahu..!~ ada banyak program yang aku dah plan supaya cuti ini lebih bermakna. ecece. hari ini, kita layan video ringan budak jepun kecik comel yang boleh berbahasa english and japan. nama dia nina. kalau korang nak tengok banyak lagi video dia, anda boleh terus masukkan address YouTube and search Nina.




nota kaki : jangan lupa klik my Nuffy okay! ;-)

Related Posts with Thumbnails