Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Tuesday, May 24, 2011

Sayang anak tangan-tangankan

Assalamualaikum
Wah, tajuk entri taknak kalah. Mengalahkan orang yang dah ada anak. Syira belum kahwin, of course la takda anak lagi. InsyaAllah dalam 3 tahun lagi. Tee hee gatai noh. Kenapa tajuk entri macam gampang je hari ini. Okeh, sebenarnya syira nak cerita pasal syira jadi pengapit hari sabtu dan ahad yang lalu. Cuma gambar dari photographer tak sampai lagi. Sabar ye. Heehe. So, kenapa syira pilih tajuk ini untuk hari ini.



Hal ini adalah kerana (betul ke ayat BM syira ni?), syira tengok ibu bapa hari ini terlalu sayangkan anak-anak sehingga kadang2 itu mereka tidak sedar, perbuatan mereka itu lebih banyak buruk dari baiknya. Jika anak kecil itu membuat kesalahan untuk kali pertama, kita patut menegurnya terlebih dahulu. Bagitahu mereka kalau apa yang mereka buat itu salah dan kenapa itu salah. Mereka harus tahu. Jangan kita cakap, ini salah, itu salah. Sudahnya, mereka tak tahu apa sebabnya.

Dan seeloknya beri amaran, kalau mereka buat kesalahan yang sama, mereka mungkin akan menerima hukuman. Masa bagitahu mereka itu, kita mesti buat mereka fokus pada apa yang kita perkatakan, dan kita bercakap dalam nada serius dan bukan main-main. Syira sedar, siapalah syira untuk berbicara hal orang dewasa sedangakan syira masih belum berkahwin, apatah lagi untuk mendidik anak macam ini. Dan, syira tidak mahu ibu bapa tersedar bahawa mereka tersalah didik anak ketika anak sudah mencecah usia 20 tahun. Dan, ketika itu, ibu bapa sudah terlambat. Terlambat 15 tahun. Setelah syira buat banyak kajian, syira rasakan inilah cara yang terbaik.

Kita juga tidak boleh menggelar anak dengan gelaran-gelaran yang tidak elok.

Ayat pertama : "eh, jangan duk lompat-lompat macam monyet atas sofa itu. Ibu tidak suka."

Ayat kedua : "adik, jangan duk lompat-lompat atas sofa tuh. Nanti rosak sofa itu."

Untuk ayat pertama, kita lihat di situ ada penggunaan nama binatang. Sesungguhnya, doa ibu itu adalah antara doa yang mustajab. Jadi, mahukah ibu bapa sekalian jika doa kalian dimakbulkan. Dan untuk ayat kedua, kita nyatakan sebab mengapa perbuatan mereka itu salah dan tidak patut dilakukan.



Dan jika anak itu semakin meningkat usia ke 5 hingga 10 tahun, ini adalah umur di mana tangan menjadi peranan di waktu-waktu tertentu. Bila mana mereka sudah sedia maklum akan kesalahan yang mereka buat itu salah dan tak sepatutnya dilakukan. Tetapi, mereka masih berdegil. Syira tahu, kadang-kadang ada ibu bapa yang terlalu sayangkan anak hingga takut untuk tangakan anak. Ada suatu masa, guru di sekolah pula yang disalahkan apabila guru itu memukul anak. Jangan sampai anak-anak pandai berbohong, dan apabila sudah besar, mereka mungkin jadi pencuri bahkan, mungkin lebih teruk lagi. Na'uzubillah.

Syira nasihat ini untuk keperluan syira pada masa akan datang. Hal ini kerana, syira memang sangat yang teramat sukakan kanak-kanak. Tapi, syira taknak sifat syira ni menjadikan seorang ibu yang terlalu manjakan anak. Sebab itu, syira ada banyak buat banyak kajian dan mendengar banyak ceramah tentang cara yang betul untuk mendidik anak. Walaupun, mungkin syira akan tidak punya banyak masa untuk anak-anak syira pada masa akan datang. So, good luck to everyone. Ada masa lagi, nanti syira kongsikan lagi ye.




4 comments:

Amanda Sasha said...

Wah, boleh kahwin suda. hehe kidding =P manda pun suka budak2. comel jak~

NOOR FATIN said...

tu la. ibu bapa zaman skrg dah lain. jgn la kita jd mcm tu. org kata masa kecik2 dah kena ajar dah. supaya nanti bila dah bsar, terdidik smuanya

Cik Yana said...

Cik Yana ingat lagi dulu, masa kecik-kecik bulu ayam yang buat sapu habuk tu la selalu jadi rotan cik Yana kalau tak dengar kata. Tempat paling pemes kena rotan kat bontot. Tapi bagi cik Yana, cara mak ayah cik Yana rotan dulu bukan berniat nak sakitkan anak, tapi nak ingatkan cik Yana supaya tak ulang lagi kesilapan yang cik Yana buat. Bila cik Yana ingat balik kenangan kena rotan dulu, cik Yana jadi berterima kasih sangat sebab dorang dah cuba yang terbaik mendidik cik Yana :)

Cik Yana perlukan VOTE korang yang baik hati :)

Anonymous said...

Sentiasa hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan. Mohon bantuan sumbangan wang secara ikhlas dari para penderma.

Nama: Adila bin Suboh
Maybank a/c no: 151089317354

Terima Kasih.

Related Posts with Thumbnails