Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, October 25, 2015

Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu, Neraka?

Assalamualaikum semua readers!

Seorang anak melihat tapak kaki ayahnya menggunakan kanta pembesar.

Ayah: Kenapa kau tengok kaki ayah ni??

Anak: Cikgu cakap syurga di bawah tapak kaki ibu.

Ayah: Habis tu, yang kau tengok kaki ayah kenapa?

Anak: Kalau syurga bawah tapak kaki ibu, mesti neraka bawah tapak kaki ayah.

Ayah: Sebelum neraka ni hinggap kat muka kau lebih baik kau tolong mak kau kat dapur.

Sekian cerita ayah dan anak di petang hari, >___<

Bajet 2016!

Assalamualaikum semua readers!

Walaupun cerita ni dah ketinggalan 2hari, tapi syira nak cerita jugak. Biarlah kome nak kata syira ketinggalan bas ke, keretapi ke. Tapi, malas sebenarnya nak cerita panjang2.. Kita tengok apa yang diorang bagi untuk kakitangan kerajaan je la. Pilih kasih sangat syira ni. Ado den kesah? Nan hadooo

                              
*Gambar sumber En Google*
  1. Beri faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan dimanfaatkan 1.6juta orang dengan peruntukan Rm1.1billion
  2. Menambah baik sebannyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406ribu penjawat awam
  3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada Rm1200 sebulan yang akan memanfaatkan 60ribu penjawat awam
  4. Menetapkan kadar pencen minimum Rm950 sebulan, melibatkan hampir 50ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan
  5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15tahun yang akan memanfaatkan 10ribu pegawai kontrak
  6. Penjawat awam akan menerima Rm500 pada Januari 2016
Sekian cerita bajet untuk penjawat awam. Walaupun pelbagai masalah melanda negara kita sekarang ni, kita sebagai rakyat marhaen hanya mampu berdoa kepada Allah dan panjatkan kesyukuran dengan nikmat dan rezeki yang Allah bagi. Apa ikhtiar yang kita mampu lakukan? Ha, tunggu PRU tahun 2017 nanti ye. :)

Nota kaki saiz 5: Ini kali kah atau lain kali?

Saturday, October 24, 2015

Review Set Besalin Mak Bidan D'Herbs

Assalamualaikum semua readers!

Hari ni syira nak kongsikan set bersalin yang syira guna sepanjang pantang yang dah 29 hari ni dan masih berbaki lagi 16hari. Mana tahu kot ada yang tengah nak survey set berpantang apa yang nak digunakan lepas bersalin nanti..

                               
Ini gambar full Set Bersalin Mak Bidan D'Herbs Terlajak Lariiiis! *Gaya Dato' Aliff*. Gambar sumber dr En Google sebab mestila syira punya kotak dia dah buang sekian lama kan..

So, meh tengok review satu2 item dalam set ni.

Pilis & Param Mak Bidan: Item ni syira paling suka sangat. Dalam set D'herbs ni, dia pakai ala-ala bedak sejuk. So, bila pakai lepas mandi tu kan, memang rasa sejuk dan segar je muka n kepala. Syira sapu juga kat leher dan kedua belah tangan. Kalau dah tengahari sikit pun, agak2 nak kesegaran berpanjangan, sapu lagi. Hehehe

Krim Panas Mak Bidan: Item ni pun best sebab kalau sapu krim ni memang panas dia tahan lama berbanding minyak panas biasa. Tambahan lagi, rasa berangin dan segar je. Memang recommend kalau nak mengurut tu, pakai krim panas ni. Angin satu badan semua keluar. Sebab masa mula-mula lepas bersalin hari tuh, badan syira masuk angin sampai bengkak dua2 belah kaki. Pakai krim panas ni, kejap je bengkak tu dah surut. Terbaikkk! Sampai suami syira pun kebas sekali krim panas ni. Sudahnya, krim ni habis dulu, terpaksa la beli loose item ni kat kedai. Tapi, tak rugi sebab memang berbaloi-baloi..

Minyak Telon (untuk baby): So far, alhamdulillah dengan izin Allah baby syira memang tak pernah kembung perut. Dan dia memang kuat kentut. So, syira rasa memang minyak telon ni dapat buang semua angin yang ada dalam badan dia. Dia pun memang tak pernah meragam. Baby happy, ibu pun senang hati.

Tungku Herba Mak Bidan: Macam syira yang bersalin secara pembedahan ni, memang tak boleh la nak pakai tungku besi macam orang dulu2 selalu pakai tu. Tapi, dengan tungku ni, memang best. Bila dah kukus tungku ni dalam 15-20minit, letak kat perut (bukan tempat jahitan operate). Darah2 kekotoran semua keluar dan badan terasa segar sikit. Perut syira pun cepat kempis walaupun syira tak pakai bekung (sebab operate).

Perawan Herba Herbal Wash: Untuk yang bersalin operate macam syira ni, rasanya takde masalah nak pakai herbal wash ni kat Miss V. Memang dapat memberi kesegaran kat private part tu dan mengelakkan jangkitan since darah nifas sentiasa ada. Tapi untuk yang bersalin normal dan ada banyak jahitan kat kawasan Miss V, takut herbal wash ni dapat menghakis jahitan luka tu. So, kalau nak pakai tu, maybe tunggu jahitan sembuh dulu kot.  

Mandian Herba: Memang sesuai untuk ibu baru lepas bersalin yang terasa lemah sangat. Cara nak pakai pun senang aje. Korang boleh rebus je dalam air panas atas dapur. Packet dia macam uncang teh, insyaAllah tak bocor bila rebus tuh.

Pati Herba Mak Bidan & Kapsul Jamu Mak Bidan: Dua set ni syira lambat pakai sebab amsyar kena penyakit kuning masa lahir tu. Sampai kari ke-20 baru bacaan darah dia kembali normal. So, syira baru je nak consume. Tak dapat nak bagi feedback lagi.

Tapi, overall memang berbaloi la guna Set Bersalin Mak Bidan D'Herbs. Harga pun mampu milik okeh. Syira beli pun dengan harga Rm180 je. Selamat mencuba!


Friday, October 23, 2015

Harga Kad Prabayar Telefon Kembali Caj Asal???

Assalamualaikum semua readers!

                                  



*gambar sumber En Google*


Ini untuk pengetahuan mereka yang menggunakan prepaid top up untuk handphone macam syira yang tak berapa nak kaya nak pakai postpaid kan, harga kad top up akan kembali kepada harga asal mulai 1 November ni. No more GST charge. Apa? Tak percaya cakap syira? Syira cerita gebang je lebih? Ha, tak percaya meh tengok sini.


Ha, puas hati kome sekarang? So, kepada peniaga top up tu, takmo degil2 eh, nanti kena babab. Huu. Walaupun, rasa macam apa la sangat 60sen untuk top up Rm10. Tapi, kalau dah setahun punya top up, boleh save banyak tuh. Boleh kumpul duit untuk kahwin, untuk siapa yang belum kahwin. Yang dah kahwin, jangan gatal tangan nak tambah kuota pulak ye. Tambah pulak dengan kejatuhan matawang negara sekarang ni. Nak makan pun kena berkira-kira nak oii.

Nota kaki saiz 5: Bila kerajaan nak pertimbangkan penurunan harga minyak, tol dan lain-lain pulak?? Ekeke..

Thursday, October 22, 2015

Puasa Hari Asyura

Assalamualaikum semua readers!

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah.

Baginda menjawab, "Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."

Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa 'Asyura.

Baginda menjawab, "Puasa 'Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu."

-HR Muslim

Hari ni, 22 Oktober adalah hari ke-9 Muharram (Tasu'a) dan 23 Oktober adalah hari ke-10 Muharram (Asyura). Jadi, marilah kita berpuasa sunat hari Asyura. Bagi yang terlepas untuk puasa hari ni, boleh puasa hari ke-10 dan ke-11. Ini untuk mengelakkan sama seperti orang Yahudi yang puasa pada hari ke-10 sahaja!

                                         
*Gambar sumber En. Google*

Nota kaki saiz 5: Tak sabar nak dengar pembentangan Bajet 2016 dari PM kita esok. Okeh lari dari tajuk sudeh,,


Petua Elak Jaundice atau Penyakit Kuning dalam Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum semua readers!

Untuk ibu-ibu yang dah ada anak mesti familiar dengan penyakit jaundice atau penyakit kuning yang sering melanda bayi baru lahir. Hal ini adalah disebabkan oleh hati bayi yang masih belum matang walaupun bayi lahir cukup bulan. Kebanyakan bayi akan mengalami masalah ini. Tapi, kita boleh ikhtiar untuk mengelak daripada berlaku. Ha, ni tips2 nya yang henadaklah dilakukan sewaktu hamil ok..

  1. Menelan madu (tanpa air) 3 sudu atau minum air madu 5 sudu
  2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi dan malam sebelum tidur.
  3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari
  4. Banyakkan makan kurma sebagai sarapan
  5. Amalkan makan buah tin setiap 3 hari
  6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin  sudah mencapai 5 bulan ke atas
  7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin

                                                       
*Gambar sumber En. Google*

Syira share kan tips2 ini untuk rujukan diri sendiri jugak kalau ada rezeki mengandung pada masa akan datang. Bukan apa. Sebab kumpulan darah syira O+, so anak memang mudah dapat penyakit kuning kalau kumpulan darah dia tak sama dengan syira. Amsyar hari tu pun dapat jandice jugak sebab kumpulan darah dia B+, detect masa 33hours of life, kat wad bersalin. So, terpaksa start phototherapy (tapi single photo je) kat wad bayi. 

3hari dalam wad, lepas balik still kena sambung check TSB Amsyar kat Klinik Kesihatan Ampang sampai Day 22 of life, barulah TSB Amsyar kembali normal. So, insyaAllah untuk kandungan akan datang, syira nak ikhtiar supaya baby tak kena jaundice walaupun risiko tu tetap ada. 

Nota kaki saiz 5: Trauma bersalinkan Amsyar pun tak habis lagi, ada hati nak pikir untuk next pregnancy..Syira syira...-____- Takpe, family planning tu yang penting. :)

Wednesday, October 21, 2015

Kisah Menyayat Hati

Assalamualaikum semua readers!

Ada seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Kalau saya mati, bila abg akan kahwin lain?

Suaminya menjawab "Lepas kubur awak kering.."

Isteri tanya lagi "Betul ke janji awak tu bang?"

Then, suami jawab "Betul la sayang"

Beberapa tahun kemudian, si isteri pun meninggal dunia. Seminggu selepas itu, suami ke kubur untuk melihat adakah kubur isterinya sudah kering atau belum. Tapi, kuburnya itu masih basah. 2 minggu selepas itu, suaminya pergi lagi, tapi kubur itu masih basah, Sebulan, dua bulan, keadaannya masih sama. Kubur si isteri tetap basah. Cukup hari yang ke-110, suami pergi ke kubur lagi dan terjumpa dengan adik arwah si isteri yang sedang menyiram kubur kakaknya.

Suami kemudian berkata, "Rajin awak menyiram kubur arwah"

Si adik tersenyum lalu berkata "Saya hanya menjalankan wasiat arwah kakak. Dia minta saya siram kuburnya hari-hari, sampai bila-bila. Kalau saya mati pun, anak saya pula akan sambung tugas ni."

Suami pun berkata dalam hati 'Ooo, Padan la tak kering2 kuburnya. Pandai jugak bini aku ni, Tak kahwin sampai bila-bila la aku kalau macam ni...'

Sekian,

Nota kaki saiz 5: Para isteri bolehla praktikkan pada suami masing2 ye. >___<

Tuesday, October 20, 2015

Anak Itu Amanah ALLAH

Assalamualaikum semua readers!

Kadang2 sampai saat ni, syira tak percaya yang syira dah bergelar seorang ibu. Tanggungjawab yang sangat besar. Sebelum melahirkan anak kita memang takkan dapat bayangkan pengorbanan seorang ibu tu. Tapi, setelah syira merasakan kesakitan beranak tu, sampai rasa fobia nak beranak, barulah syira tahu betapa besarnya pengorbanan seorang perempuan yang bergelar ibu. Jadi, tak hairanlah kalau Nabi pernah bersabda untuk mengutamakan ibu sampai 3kali, kemudian barulah bapa.

Anak pula adalah satu anugerah dan amanah dari Allah yang tak terhingga nilainya. Kita sebagai ibu bapa bertanggungkawab untuk mencorakkan 'kain putih' ini mengikut landasan dan syariat Islam. Syira pasti semua ibu bapa pun inginkan yang terbaik untuk anak-anak.

Dan Allah ciptakan baby ni semuanya comel2 belaka untuk melahirkan rasa kasih dan sayang dari ibu bapa terhadap anaknya. Memang geram kalau tengok baby ni hatta anak sendiri pun rasa nak dicubit2 dan digigit pipinya tuh. Cubitan manja okeh, bukan cubit nak mendera tuh ha.

                              
*Gambar baby terlajak comel sumber En. Google*

Nota kaki saiz 5: Tak sabar nak tunggu anak syira naik berat badan sampai tembam pipi dan seluruh anggota badan. Hee

Monday, October 19, 2015

Kau Asal Mana?

"Kau asal mana, bro?"

Ganu...mesti mu nak kabo tak nampk macam orang ganu pon op?

"Takla.. tengok muke pon dah macam penyu"  -_______-

Ahaha!

Sembelit Ketika Pantang

Assalamualaikum semua readers!

Amaran: Sila jangan baca entri ni sambil makan! Sebarang kesan sampingan seperti loya, muntah dan pening-pening lalat tidak akan ditanggung oleh penulis. Kih kih kih..

Kemain syira ni kan. Semua entri nak berkaitan hal ehwal orang lepas bersalin dengan mak2 je. Ate, nak wat macam mana. Dah itu je idea yang keluar kat kepala otak ni untuk menulis. Layankan aje la.

Ha, ni memang salah satu masalah untuk ibu-ibu lepas bersalin. Sembelit?! Like what. Problematic sangat ke sembelit ni. Kalau setakat sekali dua je takpe dik oii. Kalau dah hari-hari, leh bawa buasir ooh atau nama medical nya, hemorrhoid.. Elok-elok tak pernah ada buasir, tetiba terus dapat buasir. Buasir tu menatang hape pulak? Buasir tu semacam ketulan daging yang terkeluar dari lubang buang air besar yang disebabkan oleh tekanan sewaktu buang air besar (sembelit/najis keras), yang mana kadang2 boleh sampai berdarah dan membawa kepedihan. Adoi, baru cerita aje dah terasa kesakitannya.

                                          
*Sumber gambar buasir dari En. Google*


Macam mana la boleh dapat sembelit lepas bersalin ni? Mana tak sembelitnya kak ooi, kalau dah mengikut pantang orang tua2, katanya tak boleh minum air banyak. Nanti akan buncit and takut rahim basah? Sejauh mana kebenarannya, syira tak berani komen. Mula2 tu, memang syira ikut la, sebab mama syira yang jaga waktu pantang ni kan, so memang disukat air yang syira minum betul2. Tapi, nasib baik susu badan syira alhamdulillah banyak, mungkin berkat syira makan sayur sawi.

Dahla minum air disukat, lepas tu, air banyak keluar dari badan, untuk bagi susu kat baby. So, memang la boleh dapat sembelit kan. Syira punya la cuba bermacam2 cara untuk hilangkan sembelit ni. Makan anggur hitam, buah orange sunkist, sayur sawi and lastly minum air banyak, tapi nan hado. Tetap sembelit jugak.

So, jalan terakhir sebelum tawakkaltu 'alallah, syira minta tolong ayah syira belikan Ravin Enema (ubat air masuk ikut bontot). Dulu, waktu kecil2 pun, kalau syira sembelit, ayah syira penah bagi ubat ni. Tapi, dia ada khas untuk kanak2 and orang dewasa. So, jangan salah beli. Nanti, underdose. Boleh beli kat kedai cina ataupun farmasi. So, lepas pakai ubat ni, najis tu masih keras. Cuma, kita tak perlu teran. Sebab najis tu akan meluncur keluar laju je ibarat salju yang turun. Ape kejadah samakan dengan salju. Erkk. Alhamdulillah, dengan izin Allah, syira dapat membuang dengan sedikit kebahagiaan.


                               
*Contoh gambar Ravin enema sumber dari En. Google*

Nota kaki saiz 5: Kalau teran lebih2 lepas bersalin ni, mahu tertetas jahitan luka kat Miss V tu. Ouchhh! Tak dapat kubayangkan!

Sunday, October 18, 2015

4MOMS BREEZE! Memang berbaloi-baloi!

Assalamualaikum semua readers!

By the way, ada ke readers blog syira ni? Peduli hape kan. Sementara nak mengisi masa lapang cuti 'confinement' bersalin selama 3bulan ni, baik la syira menulis blog dari tak buat apa2 kan. Sementara anak tengah tido. Gittew. Nak bebel pasal apa pulak hari ni erk?

Alkisahnya, semalam syira dah beli baby cot for my lovely son. Baby cot ni dalam masa yang sama boleh jadi playpen bila mana baby dah boleh merangkak. So, kalau mak2 tengah sibuk2 nak buat kerja rumah, kita boleh letak dia dalam playpen ni dengan mainan dia. So, takdelah kita risau dia pergi mana hala atau tengah main dengan benda yang bahaya.

Very friendly user and paling penting senang disimpan. Ye la, nanti bila agak2 anak dah besar sikit, takkan nak duduk dalam tuh lagi kan. So, boleh simpan untuk kegunaan sampai anak 10. Opps. Mampu ke? Ahaha. Rezeki Allah. Jangan cakap main-main. Okeh, insap sekejap.

                                  
Just push down untuk buka baby cot/playpen 4momsbreeze ni. Senang giloss kan. Dan jimat ruang bila taknak pakai lagi dah! Dia punya struktur cot ni memang kukuh dan syira rasa memang akan tahan bertahun2. Testiomoni dari customer yang baru pakai cot ni sehari. Facepalm! -____-

Gambar sebelah kiri: untuk kegunaan newborn sampai 8kg/sebelum baby mula merangkak.
Gambar sebelah kanan: >8kg/bila baby mula merangkak sampai toddler. Just remove yang bassinet bahagian atas tu.


Disertakan jugak travelling bag supaya senang nak bawa ke mana2. Ha, balik rumah mak mertua pun leh bawak benda ni, then letak anak dalam tu and boleh tolong mak mertua buat kerja rumah. Mak mertua pun bertambah sayang. Kelas gittew jah. Habis jeles ipar-duai yang lain. Kau hado?


Syira memang recommend baby cot ni walaupun harga dia agak pricey sikit, dalam Rm1000++. Tapi, kalo boleh pakai sampai anak 10, tak ke jimat tu. 

Nota kaki saiz 5: Kalau dah cuti ni, memang leh bocor poket mak. Adohaii..




Saturday, October 17, 2015

Biodata Amsyar Fayyadh

Assalamualaikum semua readers!



Nama: Amsyar Fayyadh bin Mohd Nazlihafiz
Umur: 22 hari
Jantina: Lelaki
Tarikh lahir: 26 Sseptember 2015
Tempat lahir: Hospital Ampang, Selangor
Minuman kegemaran: Susu ibu
Makanan kegemaran: Susu ibu
Warna kegemaran: Putih (sebab warna susu ibu)
Hobi: Menyusu dengan susu ibu
Kenangan manis: Saat dapat menikmati susu ibu
Kenangan pahit: Saat kelaparan dahagakan susu ibu
Kawan baik: Ibu, Walid, Maktok, Tokwan, Makcu
Impian dan Matlamat hidup: Ingin membesar dengan sihat, taat pada Allah, Rasul dan ibu bapa, dan menjadi insan berguna pada masa akan datang.

Nota kaki saiz 5: Kemain ibu mengarang biodata Amsyar ni kan..

Pantang Selepas Bersalin, Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum semua readers!

Nampak sangat counting days bila la nak habis pantang syira ni kan. Hari ni hari yang ke-22. Ada lagi 22 hari nak ooii.. Takpe, sabarlah wahai tekak demi kesihatan badan di masa akan datang. Tapi, sebenarnya perlu ke tidak sebenatnya berpantang kalau mengikut perubatan moden ni? Ye la, selalunya berpantang ni amalan perubatan tradisional. Kalau macam lepas bersalin, kat wad hospital tu, kita tengok semua pun dibaginya kita makan.

Pada pandangan syira, memang perlu semua ibu yang baru bersalin untuk berpantang mengikut amalan tradisional sehingga 44hari walaupun bersalin normal. Sebab apa? Sewaktu mengandung, rahim kita ni dah mengembang 500kali ganda dari saiz asalnya. Ha! Terkejut kan. Syira pun baru tahu hasil pembacaan masa mengandung hari tu. So, bayangkan la bila dah bersalin, dia perlu kembali ke saiz asalnya. Masa mengandung, rahim ada masa 9bulan untuk mengembang. Bila dah bersalin, biasanya dalam seminggu dua, rahim dah kembali ke saiz asal.

Dalam masa yang sama, hormon pun mengambil masa untuk stabil. So, kita kena bantu badan untuk sesuaikan diri dengan keadaan ni. Sebab tu kena jaga makan. Salah makan badan yang merana. Kata orang tua, nanti bentan. So far, alhamdulillah, syira tak pernah lagi la kena bentan ni. Bentan ni orang kata, kita akan rasa menggigil satu badan sampai takleh nak buat apa langsung walaupun cuaca tak sejuk pun masa tu dan badan akan rasa sangat lemah.

                                           
*Sumber dari En. Google*

Tapi, syira pernah kena badan masuk angin. Masa hari pantang yang ke-11, mama syira nak cuba bagi air milo, katanya nak tambah tenaga sebab ada maklong syira bagi minum milo masa jaga anak dia pantang. Kalau tak, sebelum ni syira selalu minum kopi je sejak hari pertama pantang. Lepas tu, malam tu, tengah tidur, tiba2 sakit satu perut yang teramat sangat yang syira sendiri tak pernah rasa. Bukan macam sakit perut nak berak, sakit perut sebab makan lambat atau sakit senggugut. Memang sakit yang lain la. Takleh describe. Pastu, syira mengerang kesakitan sampai kejut encik suami, minta tolong urut belakang badan, barulah keluar angin and rasa lega sikit.

Kadang2, ada sesetengah orang yang takde masalah dengan satu makanan tu sewaktu pantang. Tapi, ada orang lain sensitif pula. So, memang la kena jaga makan sewaktu pantang ni. Kalau tak, badan sendiri la menanggungnya di kemudian hari. Sebab tu la tok nenek kita dulu2, semuanya badan masih kuat sampai sekarang.

Nota kaki saiz 5: Doakan syira bertabah untuk pantang sampai hari ke-44 ye kawan2.


Friday, October 16, 2015

Nipple Cracked, Punca dan Penyelesaiannya

Assalamualaikum semua readers!

Haish, sejak jadi mak2 ni kan, memang nak cerita tentang permasalahan ibu2 je. Takpe, yang belum jadi ibu pun boleh baca untuk menambah pengetahuan sedia ada. Belajar biarlah sampai ke negara China. Dah pandai beranak, kena la pandai susukan anak, Jangan la sampai baby tu asyik menangis kelaparan je sebab tak cukup susu badan. Tapi, normal sebenarnya, buat permulaan 2-3hari yang pertama, susu badan tak banyak lagi sebab badan baru nak adapt dengan hormon yang suruh hasilkan susu.

Tapi, kita mind set kena positif. Niat di hati, Ya Allah, aku nak susukan anak aku, permudahkanlah. Lepas tu, kita kena rajin susukan anak walaupun dia belum nangis nak minta susu lagi. Sebab baby ni dia tahap2 cara dia tunjukkan yang dia lapar. Dan menangis atau mengamuk tu adalah tahap terakhir, kiranya dia dah lapar sangat la. So, setiap 2jam tu, better susukan je dia walaupun dia belum menangis lagi. Percayalah, lepas tu, dia akan sedut dengan seleranya, macam memang tengah lapar. Menyusu badan juga dapat mengurangkan penyakit kuning atau jaundice yang biasa dialami oleh baby baru lahir akibat hati yang belum matang lagi.                                  

Masalah lain yang selalu dialami oleh ibu yang baru nak belajar menyusukan anak ni adalah nipple cracked atau luka pada puting payudara. Apa punca masalah ni sebenarnya? Masalah ni sering terjadi pada ibu yang pertama kali nak menyusukan anak, jadi cara atau teknik penyusuan tu tak betul dan menyebabkan terjadi luka pada puting payudara.

                                   
*Gambar ihsan En. Google*

Seeloknya,dapatkan dan belajar cara yang betul daripada nurse di klinik kesihatan. Cara pelekapan mulut bayi pada puting yang betul ialah, mulut bayi cover pada puting dan juga sebahagian besar areola (yang hitam sekeliling puting), bibir bahagian bawah bayi mestilah terjuih keluar dan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu,

Bila cara pelekapan mulut bayi dengan payudara ibu salah, maka haruslah mudah terjadinya nipple cracked. Penyelesaian mudah, para ibu kerap mencari nipple cracked cream kat farmasi untuk mengatasi masalah ni. Walhal cara yang paling senang untuk mengatasi masalah ni adalah dengan menyapu sedikit susu ibu ke bahagian puting yang luka. Macam mana? Lepas bayi dah habis menyusu tu, perah sikit susu ibu dan sapukan pada bahagian luka. Ini kerana susu ibu sendiri mempunyai banyak antibodi yang bagus dan boleh bunuh kuman dan menggalakkan pembaikan sel2 di sekitan puting yang luka tu. Bila luka tiada, penyusuan jadi selesa, ibu dan bayi gembira.

Nota kaki saiz 5: Sambil menulis entry ni sebenarnya tengah susukan baby AF. Memang syira jadi multitasking sejak jadi mak2 ni. Ke memang dari dulu syira ni jenis multitasking? Uhuk..

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 2

Assalamualaikum semua readers!

Seperti yang dijanjikan. Sambungan kisah perit jerih *betul ke ayat syira ni* bersalinkan anak sulung syira. Amboi, kemain kan, Ye la sebelum ni, selalu dengar je orang kata sakit nak bersalin tu sakit kedua paling sakit selepas mati. Walaupun tak pernah lagi la merasa sakit nak mati tu macam mana. Tapi, sakit nak bersalin tu memang la hanya Allah je la yang tahu.

So, kisahnya hari tu, syira menunggu kat PAC dari pukul 3petang sampai pukul 6.30petang disebabkan dewan bersalin penuh. So, sampai kat dewan bersalin, tukar katil, bilik bersalin dia memang satu2. So, macam privacy jugak la. Takde la kita dengar atau nampak orang bilik sebelah sakit macam mana kan. Diorang memang pasang ayat-ayat Al-Quran untuk perdengarkan pada ibu2 yang nak bersalin, Mulut syira ni memang tak lepas la baca doa Nabi Yunus ni.


                                  

Lepas tuh, doktor akan pecahkan air ketuban and check bukaan jalan pintu rahim sekali lagi. Sebelum tuh, doktor akan masukkan tiub kencing untuk keluarkan air kencing sebab nak pastikan pundi kencing betul2 kosong, so that kepala baby senang turun. Tak sakit sangat pun pecah iar ketuban kalau nak dibandingkan dengan sakit contraction tu. Check jalan masih lagi 4cm. Bila air ketuban dah pecah, rasa air suam2 kuku keluar dari miss v tuh. Start daripada tuh, rasa sakit contraction makin kuat sebab hormon yang dirembeskan oleh badan bila mana air ketuban dah pecah. Nurse akan sambungkan kita kepada IV drip untuk menghidrasikan badan and bagi tenaga sikit sebab kita dah start kena puasa in case tiba2 kena operation emergency macam kes syira ni.

So, doktor akan review syira semula pada jam 11malam iaitu setiap 4jam. Syira memang minta painkiller la, untuk kurangkan sakit contraction tu. Tapi, memang sakit tu tetap ada. Kalau nak request epidural kat Hospital Ampang ni boleh pada waktu office hour je. So, syira memang tak dapat la. Hospital Ampang ada sediakan lagi satu jenis ubat tahan sakit iaitu secara sedutan, iaitu gas entonox. Dalam masa yang sama kena buat breathing exercise. Syira rasa sangat membantu untuk kawal rasa sakit contraction tuh. So, takde la kita menjerit, meracau masa sakit tu datang. Korang leh google kat youtube macam mana breathing exercise tuh,

Tak sempat tunggu pukul 11malam, jam 9.30 malam tu, syira dah rasa sakit yang tak tertahan sangat, Encik suami memang sentiasa menemani kat sisi bagi support. Syira hargai sangat encik suami masa tu. So, syira minta encik suami panggil nurse untuk periksa bukaan jalan. Nurse check baru 6-7cm. Alhamdulillah, ada progress. Bukaan jalan syira mencapai 10cm tepat jam 12tengahmalam. Sepanjang kat dewan bersalin tu, memang CTG (cardiotopography) untuk periksa jantung baby dan tahap contraction sentiasa melekat kat perut syira.

So, doktor and nurse semua dah encourage syira untuk push and teran, Tapi, baru 10 minit teran, memandangkan jantung bayi lemah, drop sampai 80kali seminit. Normal denyutan jantung bayi adalah 110-160kali seminit. So doktor decide untuk emergency operation. Syira memang agak terkilan, merasa sakit bersalin sampai ke 10cm tapi end up kena operate. Tapi, ini takdir yang Allah bagi pada syira. Jadi, syira redha dan bersyukur kerana Allah masih lagi memberi kesempatan untuk syira merasa anugerah yang tidak ternilai harganya ni.

Syukur Alhamdulillah, operation selamat dijalankan walaupun lepas doktor bagi je injection bius, syira memang terus terlelap sebab penat sangat menahan sakit. Dan hanya terjaga masa baby keluar dan menangis, bila nurse tunjuk baby untuk kenalpasti jantina baby and last sekali masa doktor nak explain tentang operation. Memang satu pengalaman yang baru bagi syira.

                                             Click for Options
Amsyar Fayyadh bin Mohd Nazlihafiz di usia 8jam. Berat baby 3.6kg. Padan la semput ibu nak meneran, 


Nota kaki saiz 5: Rasa masih lagi macam tak percaya yang kini syira sudah pun bergelar seorang ibu, Sekarang memang la masa tu bukan hak kita lagi sepenuhnya. Nak kena bahagi sama untuk anak. Nak mandi ke makan ke mesti risau pikir kot anak tengah nangis ke ape ke. Huhuu..





Wednesday, October 14, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 1

Assalamualaikum semua readers!

Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana syira telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 26 September 2015 tepat jam 12.38 tengah malam. Dan hari ni genap hari ke 20 syira berpantang, Ada lagi 24 hari nak oii.. Huu.. Sabo aje lah. Meh sini syira nak cerita pengalaman melahirkan secara pembedahan atau kata omputihnya ceaser buat pertama kali di Hospital Ampang. Kot2 ada yang tengah survey macam mana agaknya prosedur kalau bersalin kat sini.

Tarikh jangka bersalin syira adalah pada 25 September 2015. Tapi cuti dah 2minggu awal. Kemain kau. Adik syira dah bising2 kenape la baby ni tak keluar2 lagi. Almaklumla, cucu sulung dan anak buah sulung dalam keluarga syira. Alkisahnya sehari sebelum due date syira tu adalah raya haji, 24 September 2015. Ghupenye baby nak bagi ibu dia merasa rendang dengan kuah kacang semua dulu sebelum berpantang. Thanks baby for understanding ibu.

Setelah 2minggu tunggu punya tunggu, baby tak mahu keluar, petang 24 September 2015, syira ajak suami berjalan-jalan kat Pavillion. Niat di hati untuk nak permudahkan dan percepatkan bukaan jalan atau pintu rahim. Sebelum tu pun ada jugak la berjalan-jalan, tapi yang ni memang paling agresif la. Mana taknya, habis satu Pavillion tu, syira dengan suami jelajah. Selalunya kalau datang situ plan untuk tengok wayang, memang terus je la pergi ke tempat wayang. Ni memang lain macam jalannya. Sambil tu sempat jugak tengok wayang cerita Sacrifice Pawn.

Balik dari Pavillion tu memang syira rasa sakit contraction yang tak sekata seperti yang syira selalu rasa. Dalam sejam ada sekali, lepas tu, takde. So, anggap macam biasa la. Keesokannya, 25 September 2015, syira dah mula contraction yang sekata sejak pukul 6pagi. Contraction tu selang 10minit. Sakit dia memang boleh tahan lagi la. Tapi sekali datang tu memang sampai ke pinggang sakitnya. Mama syira dah risau and suruh encik suami bawa syira gi hospital pagi tu. Tapi syira tahu anak sulung progress bukaan pintu rahim ambil masa. So, syira cakap kat encik suami syira boleh tahan lagi and taknak gi hospital lagi.

Encik suami setuju je and dia pergi kerja macam biasa. Lagipun dia kerja dekat je dengan rumah. Dia pesan kalau ada apa2, call dia cepat2. So, syira pun tahan sakit sambil boleh lagi buat kerja2 rumah pagi tu sampai la tengahari. Encik suami balik rumah tengahari tu sebab hari jumaat kan, rehat panjang sikit. Start pukul 2petang, contraction dah mula makin kerap, selang 5minit sekali akan rasa contraction, dalam 30-45saat. Kadang2, lebih dari 1minit. Syira punya tanda nak bersalin memang contraction semata-mata. Takde pecah air ketuban ataupun turun show,

Lepas solat jumaat, suami tanya boleh tahan lagi tak, syira rasa macam boleh tahan lagi sampai petang. Tapi, encik suami yang tengok keadaan syira yang menahan sakit ni, dia plak yang terlebih risau and paksa syira pergi hospital. Takut tak sempat sampai petang katanya. So, kitorang pun decide nak pergi Hospital Ampang. Encik suami kata, takpe la kalau jalan belum buka pun, kita sekadar nak check.

Sampai2 kat hospital, cari parking dulu kat parking bertingkat Hospital Ampang. So, dari parking tu terus berjalan ke PAC (patient assesment centre), memang untuk mak-mak yang nak terberanak atau ibu mengandung yang ada apa-apa masalah la senang cerita. PAC ni letaknya bersebelahan dengan bahagian kecemasan. Di PAC ni memang dia akan tanya la apa tujuan kita datang. Tapi, sebelum tuh, korang memang kena bawa la buku pink check up sepanjang mengandung tu tau.

                               
*Gambar ihsan En. Google*

Lepas tu, nurse akan bagi kain pink untuk ditukar supaya senang nak periksa bukaan jalan pintu rahim. Doktor check tengok2 jalan syira dah buka 4cm. Woha. Macam ni rupanye sakit dengan bukaan 4cm. Masih boleh tahan, senyum2 dan gurau2 dengan encik suami lagi. Doktor pun decide nak hantar ke dewan bersalin. Kalau bukaan 3cm, diorang akan suruh masuk wad dulu. Tapi, masa tu disebabkan dewan bersalin penuh, so syira kena tunggu dulu kat PAC.

Bersambung...


Related Posts with Thumbnails