Assalamualaikum
Hi readers. Well, today is a long day for me. Tapi, bukan tu yang syira nak cerita okeh. Memandangkan syira baru habis exam, sudah tentulah banyak aktiviti yang nak dibuat walaupun belum tentu semua dapat dibuat nanti sudahnya. Anyway, one of it is reading novel. Sebenarnya, syira dah lama sangat berhenti baca novel. Sejak Form 3 if I'm not mistaken. Novel pertama yang berjaya memikat hati syira ke dalam 'dunia novel' ni, novel Bicara Hati, keluaran Alaf 21, hasil nukilan Damya Hanna.
Sekarang ni, orang dah buat drama based on this novel. Ada kat astro tak silap syira. Tapi, biasalah, kalau drama, memang syira tak boleh nak follow la memandangkan kat asrama sana nuh takdak TV. Tapi, jalan cerita dia memang superb.
And dulu, syira asyik percaya yang novel keluaran Alaf 21 je yang terbaik dan berbaloi untuk dibaca. Tapi, baru2 ni, housemate syira dia recommend novel ni. Dia kata, walaupun bukan keluaran Alaf 21, but it is worth to buy and read. Is it? Syira pun cuba la baca. So far, it's not bad. And syira rasa syira memang suka baca cerita cinta selepas kahwin. Why? Sebab apa pun cerita dia, it will be so sweet, sebab batasan antara perempuan dan lelaki selepas kahwin tiada bataaasss. You understand me, rite? Hehe >_______<
Sinopsis:
NYSA SAKINAH.
Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish
Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu
penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat
dalam perkahwinan yang menjerat.
"Duduk berkurung dalam bilik ni
kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat
kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"
"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."
"Oh...
jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta
dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu
yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh
jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni
aje!"
Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu.
Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh
suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.
FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.
"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."
"Abang
Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya
sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang
hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."
Bagi Nysa Sakinah, bertepuk
sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri,
pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!
Nak tahu kesudahannya? Kena la beli novel nya atau boleh baca kat sini. I'm sure you'll love it!