Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Friday, May 4, 2012

RIndu KiTa TaK?

Assalamualaikum

Lama rasanya syira tinggalkan blog syira ni tak ber'update'. Minat untuk menulis tu masih ada. Cuma kadang2 masa tu menjadi penghalang. Lagi pula idea nak menulis pun tak berapa nak ada. Hari ni syira baru habis exam "End of Posting". Syira baru habis posting surgery atau dalam bahasa melayunya, posting pembedahan. 

Jadi, apa yang syira nak buat untuk habiskan cuti 2 hari hujung minggu ni? Tengok movie sampai muntah? Baca novel? Pergi ke pesta buku? By the way, ada lagi ke? Pergi ke pesta air kt Port Dickson? Mengikut kata kawan syira la. Syira pun tak sure betul ke tak? Atau pergi kursus perkahwinan? Walaupun sebenarnya lambat lagi nak kahwin. Opss...
 
Tapi, kalau korang memang tengah mencari tempat untuk kursus kahwin, boleh la tengok website ni. Banyak pilihan tempat dan disahkan oleh JAWI lagi. So, gunakan nya tanpa was2. Macam iklan produk apa ntah. Huhuhu. Tak kesah pun kalau nak ambil kursus kahwin awal2, walaupun tak tahu lagi bila nak kahwin. *dalam kes2 yang takde lagi pasangan. Don't worry! Sijil kursus kahwin ni boleh digunakan seumur hidup. Baik ambil cepat sebelum harga dia tak naik lagi. Is it not? >___<