Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Wednesday, July 27, 2011

Dr Sheikh Muzaffar Shukor dan Dr Halina baru menimang cahaya mata!

Assalamualaikum

Haip korang! Tahu tak, syira tengah taip entri ni dalam keadaan air yang mengalir laju dari hidung, kepala berdenyut2 macam ada jantung kt situ, suara ala-ala Ella, sengau mengalahkan langau sambil pakai sweater. Sob sob. Siapa kesian kt syira, tolong amek sikit boleh tak? Hehe. Ini semua sebab makan durian sampai demam kottt! Haha. Tu la payah kan kalau musim durian ni.


Tapi, syira bukan nak cerita pasal demam syira ni. Jangan dilayan sangat. Banyakkan rest sudah kan. Muehehe. Syira nak cerita pasal ni? Okeh. Siapa yang tak kenal dengan angkasawan negara kita yang pertama yang telah, Dr. Sheikh Muzaffar Shukor yang telah berkahwin dengan Dr. Halina dan telah menimang cahaya mata mereka yang pertama. Sophea Isabella, secantik namanya, secomel tuannya. Hehe.


Yang istimewanya Sophea Isabella bukan pada kelebatan rambut dia tu, tapi, dia dilahirkan secara 'Water Birth' atau dalam bahasa mudahnya lahir dalam air. Ha, tu la korang tak tahu kan pasal water birth ni. Syira pun baru je tahu masa ada kawan syira buat elektif pasal water birth ni. Kat malaysia ni, ada dua tempat je yang menggunakan sistem ni. Sebab masih baru lagi kan.


Satu kat Pulau Pinang dan satu lagi kat Bangsar kalau tak silap syira. Mesti korang tertanya-tanyakan, tak lemas ke baby tuh bila dilahirkan dalam air. Ha, sebenarnya seorang bayi tuh membesar dalam kandungan ibunya dalam air ketuban atau nama medicalnya amniotic fluid. So, takde masalah la kalau dia dilahirkan dalam air.

Sebenarnya, bila dia lahir dalam udara yang biasa punya tuh, seorang bayi tu akan cuba untuk menggunakan paru-paru nya untuk bernafas untuk kali pertama. Sebab tu, dia akan menangis sebaik sahaja kelahiran dia. Dan sebab itu, orang akan gembira mendengar tangisan pertama bayi sewaktu menyambut dia. Chumel kan?

Nota kaki : Dekat kawasan rumah syira ada tempat untuk makan durian sampai demam hanya berharga RM 9.90 seorang! Tak boleh bawa balik la. Makan kat situ je. Siapa agak2 nak MC tu boleh la datang sini. Lai lai lai!

Monday, July 25, 2011

Perfect!

Assalamualaikum

Credit here.

Kita tak boleh jadi yang sempurna.
Tapi, kita boleh nak jadi yang sempurna. ;)

Sunday, July 24, 2011

Sahabat Umpama Cermin

Assalamualaikum

Siapa kat dunia ini yang tak pernah ada kawan walau seorang. Ha, pakcik yang angkat tangan tuh nampak benor nipunya.. Hehe. Semua orang ada kawan atau pernah ada kawan. Cuma bezanya, adakah kita cuma mempunyai kawan tetapi bukan sahabat. Mungkin dua perkataan ini nampak sama erti pada bahasa tetapi, pada istilahnya dua perkataan ini membawa maksud yang SANGAT BESAR. Apa definisi sahabat yang sebenarnya?

Sahabat adalah seorang yang sentiasa menemani kita di kala susah mahupun senang, sentiasa ada sebagai pendengar setia dan menjadi tauladan yang baik kepada kita. Ini adalah pada definisi syira. Muehehe. Sebaliknya, kawan hanya dapat menemani di waktu senang dan bukan waktu susah dan mendengar hanya bila ada masa.


 Tapi, sedarkah kita bahawa sahabat sememangnya tak ubah seperti cermin. Kenapa syira umpamakan sahabat macam cermin. Haaaaaaa. Sebab, bila kita berkawan, kita akan merasa lebih senang dengan seorang yang sehati sejiwa dengan kita. Walaupun persamaan itu bukanlah dalam semua perkara, tapi sedikit sebanyak itulah yang menjadikan dia adalah sahabat kita dan kita adalah sahabat dia.

Jadi, untuk menilai diri sendiri, lihatlah bersama siapa kita berkawan. Macam mana perlakuan dia, sikap dan sifat dia. Sebenarnya, rupa kita pun hampir begitu la. Hal ini kerana kita tidak dapat menilai diri kita sendiri. Jadi, kita perluka cermin untuk membantu kita melihat penampilan kita sebagai contohnya.

Jerawat di muka tidak dapat kita ketahui sehingga kita melihat cermin atau merasa sakit kerana jerawat itu. Tidak ubah seperti keburukan diri yang kita sendiri tidak dapatlihat sehingga kita melihat bersama siapa kita kawan atau kita sedar sendiri perbuatan buruk yang telah kita lakukan apabila ia telah menjadi terlalu buruk (sama macam jerawat yang dah sakit) dan ini dah tentu terlalu lambat untuk kita menyedarinya.

Jadi, cerminlah diri kita melalui sahabat kita. Dan cara untuk mendapatkan sahabat yang baik adalah dengan menjadi sahabat yang baik.



Sahabat, kita berhak memilih.

Friday, July 22, 2011

Siapakah imanya yang paling menakjubkan?

Assalamualaikum
Di kesempatan hari jumaat yang menjadi penghulu kepada segala hari, syira nak kongsikan satu kisah nabi dengan korang semua.


Dari Ibnu Abbas r.a diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Apakah kalian mengetahui siapa yang paling mengagumkan imannya?”

Para sahabat menjawab, “Imannya para malaikat Ya Rasulullah.”

Beliau bersabda, “Bagaimana para malaikat tidak beriman sedang mereka itu menyaksikan perkaranya.”

Para sahabat berkata, “Para Nabi, Ya Rasulullah.”

Rasulullah SAW bersabda, “Bagaimana para Nabi tidak beriman sedang malaikat datang dari langit membawa wahyu.”

Para sahabat berkata, “Sahabat-sahabatmu, Ya Rasulullah.”

Rasulullah bersabda, “Bagaimana para sahabatku tidak beriman sedang mereka menyaksikan mukjizat dariku dan aku memberitahu mereka tentang wahyu yang diturunkan kepadaku.”

Lalu siapa yang imannya paling menakjubkan?

Rasulullah bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang datang sesudah wafatku dan beriman kepadaku sedang mereka tidak melihat dan membenarkanku, mereka itulah saudara-saudaraku.”

Lihat, hatta Rasulullah sendiri mengatakan bahawa orang yang lahir sesusah kewafatannya lalu beriman kepadanya mempunyai iman yang paling menakjubkan. Alangkah bertuahnya jika kita menjadi salah seorang dari golongan yang disebutkan itu. 

Dan alangkah ruginya jika kita tidak tergolong dalam kalangan mereka itu. Sesungguhnya, ummat hari ni yang mana beriman pada Allah dan RasulNya lah mempunyai iman yang paling menakjubkan. Subhanallah!


Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum



Tuesday, July 19, 2011

Double Triple Good News!

Assalamulaikum

Haip korang! Rindu syira tak? Dah seminggu lebih syira tak berblog. Hurm, macam ni la syira, bila dah masuk belajar, memang susah sangat nak melekat kat laptop walau sesaat dua untuk update blog chumel syira ni. Bukan nak kata rajin belajar ke apa, tapi entah la. Susah la. Tapi, syira rasa macam nak ubah tabiat ni. Kalau boleh, syira nak luangkan masa sikit untuk blog tercinta syira ni. Kena buat proper time table, isn't it? Huahua.


Buat pengetahuan kau-orang semua, sekarang ni syira tengah buat Psychiatry posting atau bahasa mudah dia posting "Sakit Jiwa". Bukan syira yang sakit jiwa, tapi syira rasa kalau lama2 syira duduk kat posting ni syira pun boleh berjangkit sama. Penyakit ni mudah berjangkit tau! Haha. Just kidding.

Anyway, syira memang rasa excited sangat kalau nak cerita kat korang semua pasal posting yang menarik ni. But, wait for a sitable time. Sebab sekarang syira nak cerita pasal hadiah berganda yang syira dapat. Actually, it's not that prize that I win for. Tapi, cuma hadiah dari insan yang menyayangi syira. Chewah! Ayat tak boleh blah.

First of all, introduce my new baby Blackberry Curve 8520.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sila abaikan wallpaper muka yang rasa macam nak bajet konon ada secret admire. Kuang3.
Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaa terima kasih kepada "orang yang amat syira sayang". Nape tutup mata? Eleh, jeles lettew.

Hehe. Syira post entri cenggini bukan nak menunjuk. Tapi, just nak share dengan korang semua tentang specification Blackberry Curve 8520. Yup! Tak dinafikan syira agak ketinggalan. Orang lain dah pakai Iphone 4 dah cik syira oiii! Ah, syira peduli hape kan?

General     2G Network   GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
Announced   2009, July
Status   Available. Released 2009, August



























Size         Dimensions     109 x 60 x 13.9 mm
Weight     106 g




Display     Type               TFT, 65K colors
Size               320 x 240 pixels, 2.46 inches
              - QWERTY keyboard
              - Touch-sensitive optical trackpad




Sound       Alert types    Vibration; Polyphonic(32), MP3 ringtones
Loudspeaker    Yes
3.5mm jack    Yes, check quality
   - Dedicated music keys




Memory    Phonebook     Practically unlimited entries and fields, Photocall
Call records     Yes
Internal     256 MB
Card slot     microSD, up to 32GB, buy memory





Data         GPRS    Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
EDGE    Class 10, 236.8 kbps
3G    No
WLAN    Wi-Fi 802.11b/g
Bluetooth    Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port    No
USB    Yes, microUSB




Camera    Primary        2 MP, 1600x1200 pixels
Video        Yes, QVGA
Secondary        No




Features    OS        BlackBerry OS
CPU        512MHz processor
Messaging        SMS (threaded view), MMS, Email, IM
Browser        HTML
Radio        No
Games        Yes + downloadable
Colors        Black
GPS        No
Java        Yes
       - MP3/eAAC+/WMA/WAV player
       - MP4/H.263/H.264/WMV player
       - Organizer
       - Voice memo/dial
       - Predictive text input



Battery              Standard battery, Li-Ion 1150 mAh
Stand-by       Up to 408 h
Talk time       Up to 4 h 30 min



Misc             SAR US   1.22 W/kg (head)     0.83 W/kg (body)    
SAR EU   1.02 W/kg (head)     0.78 W/kg (body)    
Price group  





So, overall bagi syira, okey la. Muehehe



Second good news is that I've got my third BE. Apa? Untungnya syira. Walaupun tak update seminggu boleh dapat BE. Ha, tu la. Kan syira dah share tips dia dekat korang semua cemana nak amek hati Nuffnang kat salah satu entri syira. Sila rujuk semula sebab syira malas nak link kan. Muehehe.


Lagi pula, banyak je blog yang sediakan tutorial cemana nak beramah mesra dengan Nuffnang ni kan. Kita kan, kalau tak mesra dengan orang, cemana orang nak bagi hadiah dekat kita. Jadi, kalau korang nak hadiah, kena la beramah mesra dengan syira kan. Erk! =_=' Hoho. 

Syira memang nak ucapkan jutaan terima kasih Nuffnang kerana sangat bermurah hati pada syira bagi BE yang ketiga iaitu BE Maxis Blackberry Playbook Launch. Hurm, Nuffnang ni macam ada sixth sense aje dengan syira. Ye la. Dia bagi BE Blackberry macam tahu2 je syira baru dapat BB dan keseronokan itu berjangkit hingga syira post entri pasal BB. Ini yang buat syira bertambah sayanggggggggg kat Nuffnang ni. Muehehe. =)


Monday, July 11, 2011

Like

Assalamualaikum

Credit here.

Saturday, July 9, 2011

Speechless Saturday

Assalamualaikum



Friday, July 8, 2011

Haip! Jangan Makan Guna Tangan Kiri.

Assalamualaikum

Hai korang. Tajuk entri kali ini memang ada sedikit unsur penegasan. Tapi, bukan bantahan seperti apa yang bakal berlaku esok. Muehehe.

Syira rasa hampir semua orang zaman sekarang ni pernah makan western food. Apa? Tak pernah? Western food mahal?  Nampok benor nipunye! Chicken chop dekat HR, Kampung Baru cuma berharga RM6 aje tau. Murah kan? Ha, bila makan western food cenggini, mesti kita akan gunakan tangan kanan untuk potong ayam pakai pisau dan guna garpu pada tangan kiri untuk memasukkan ayam tu ke dalam mulut? Kenapa cenggitu?

Sebab masa tingkatan 3, kita dah diajar dalam subjek kemahiran hidup tentang cemana nak susun pisau, garpu dan sudu. Tapi, tahukah anda??? Makan dengan menggunakan tangan kiri ibarat makan bersama syaitan.

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." Sahih Muslim


Mungkin benda ni nampak macam remeh. Tapi, bagi syira tidak. Kerana setiap makanan yang masuk ke mulut kita dengan menggunakan tangan kiri, satu titik hitam akan terbentuk dalam hati kita. Ha, takut tak? Jadi, sila takut! Huahuahua. *sambil gelak jahat.

Tapi, jangan risau ye kengkawan. Sebab syira ada jalan penyelesaiannya! Yippie. Cenggini. 


1. Cara pertama, apa susah, kita tukar je la tangan tuh. Kita guna tangan kanan untuk pegang garpu dan guna tangan kiri untuk pegang pisau. Potong ayam atau daging pakai tangan kiri dan masukkan dalam mulut guna tangan kanan. Simple rite? Hehe. Tapi, tak susah ke nak potong ayam pakai tangan kiri. Mula2 tu, memang kekok. Tapi, dah lama, senang je. Tak caya.  Syira dah buat! Contoh pun ada kat bawah ni. >_<




2. Susah sangat, makan je pakai tangan. Terserlah sifat ketimuran di situ. Buat apa nak jadi macam omputih? Macam ni ha. Betul tak?



Nota kaki : Syira nak blogwalking sampai lebam! Peace yaw!


Header Free Untuk 10 Orang Terpantas

Assalamualaikum

Cepat! Cepat! Syira nak header free dari Tuan Puteri.



a. URL blog - http://magentateletubbies.blogspot.com/

b. Tajuk bagi blog - Miss Magenta

c. tagline blog kalau ada... I wrote, every worth seconds...

d. konsep header yang diingini. contoh :
- doodle macam puteri punya + pic sendiri

e. Saiz header.. sama dengan puteri punya la

f. Kombinasi warna pada header.. = pink(banyak) + putih(banyak) + hitam (sikit) + merah (sikit)

4. Tinggalkan link entry anda di entry ini... nanti saya terjah...

5. UPDATE 3:59 8/7/2011- sertakan EMAIL kamu sekali okeh..!
Emailkan gambar kalau nak masuk gambar atau yang sama waktu dengannya 
dalam header ke email saya... 
norsyahirahabdrazad@yahoo.com

Nak join. Klik sini.

Thursday, July 7, 2011

Najlaa 'Aqilah's Giveaway!

Assalamualaikum


Syira join GA lagi, lagi dan lagi. Huahuahua. Nak join? Klik sini.

Terms & Condition:
  1. special untuk FOLLOWER najlaafir.blogspot.com sahaja.
    (maksudnya sila follow blog ini ya! :P)
  2. sila buat entry dekat blog anda.
    title : Najlaa 'Aqilah's Giveaway!
  3. sila upload sekali banner giveaway ni dalam entry tu dan linkkan terus pada entry ni :)
  4. tag at least 2 kawan anda :)
  5. giveaway bermula sekarang sehingga 6/8/2011 jam 2359 :)
  6. tinggalkan link entry anda pada comment entry ini ye :)

Syira nak tag : 

 

SAYA NAK JOIN BLOGLIST NADIA!

Assalamualaikum

Hai korang. Walaupun syira sebenarnya teramatla sibuk hari ini, tapi syira tetap online blog okeh. Walaupun tak dapat syira nak update entri yang berinfromasi, tapi korang hadap aje lah segala GA, contest yang nak join selepas ditag oleh Sis Nana. Yeay! 



Cara-cara;
  1. Follow blog ni. Thank you!
  2. Buat satu entry, letak tajuk SAYA NAK JOIN BLOGLIST NADIA!
  3. Letak BANNER kat atas ni dalam entry tu. Lepas tu korang nak taip ape, suka hati korang lah. Tak nak taip ape2 pun takpe. Jangan korang mencarut sudah. 
  4. Sila tag 2 orang kawan korang and make sure diorang tahu.
  5. Dah settle, tinggalkan link kat entry ni ye. Tu je.

So, syira nak tag : 

Nak join? Klik sini.


 

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #4




 

Tuesday, July 5, 2011

Buang Air Besar Selepas Makan Itu Normal Ke?

Assalamualaikum
Hai korang, korang dan korang! Apa pasal tajuk entri panjang semacam. Ah, pedulikan. Muahaha. Syira nak tanya u'olls la kan. Pernah ke menjadi kebiasaan korang asal lepas makan je korang mesti rasa nak pergi toilet? Kat blog syira, tak boleh guna kata2 yang tidak sopan ye kerana tuan blog ini sungguh sopan. *perasan sudah. Jadi, perkataan be*ak adalah tidak dialu-alukan.
Mesti yang ada kan. Tak pun, kadang2 ke kan. Syira pernah tau jumpa orang yang dia cakap kat syira

Manusia A : "Aku kan, kalau brekpes je, mesti rasa nak buang air besar. Sebab itu, aku malas nak brekpes. Nanti leceh, orang sibuk nak masuk kerja, aku nak gi toilet bagai. Tunggu lunch karang aje lah, baru aku makan."

Syira : %$@*!#~*!%^. Apa punya stail ntah? *dalam hati je ni. Cakap depan2 kang, mahu kena baling dengan TV plasma 42 inci!

Tak bagus untuk kesihatan ye kalau begitu adik-adik. Kerana brekpes itu sangat penting untuk 1 hari yang bertenaga dan ceria. Wah, macam iklan Astro Ceria gitu. Yerp. Tolong abaikan sifat keanak-anakan syira ni ye. Muehehe.

So what kalau buang air besar selepas makan? It's normal okeh! Pergi aje lah toilet tuh. Paling kuat kena bayar 20sen aje pun. Takyah nak berkira sangat.

Sebab apa syira cakap normal. Kerana itu adalah disebabkan oleh proses pencernaan yang berlaku dalam perut kita. Bila mana perut kita telah diisi dengan makanan, secara automatik keseluruhan saluran pencernaan akan berfungsi dan menjalankan proses peristalsis. Termasuklah di usus kecil dan juga usus besar.

Pada ketika ini, 'gastric motility' (pergerakan perut) akan meningkat dan menolak semua makanan yan telah dicerna ke dalam usus kecil dan seterusnya usus besar. Jadi, jika ada 'feces' yang tersimpan di usus besar, ia perlu dikeluarkan dengan kadar segera. Melainkan korang nak simpan buat baja kebun belakang rumah kau-orang. Muahaha.

Memang kadang-kadang tu, kita baru makan sikit je dah rasa nak buang air besar. Habis, dah sisa makanan yang kau-orang makan semalam punya tak buang lagi. Hikhik.

Nota kaki : Syira takleh upload pic. Kalau nak upload je, moxilla jadi crash. Apa pasal ar? Sedih tau. Sob sob.


 

Monday, July 4, 2011

Cara Pemakaian Cincin

Assalamualaikum
Hari ini syira cuma nak kongsi cara pemakaian cincin yang sebenar mengikut cara Islam. Sebab syira pun baru je tahu. Huahuahua. Zaman sekarang ni, tak payah tunggu kahwin, yang anak dara macam syira ini pun mesti ramai je yang suka pakai cincin. Konon2, tanda dah dipunyai la. Cett! Perlukah diberitahu?

Pemakaian cincin ini boleh diaplikasikan kepada lelaki dan juga perempuan.

*Pic pinjaman dari En. Google. Nanti syira pulang balik ek. Sweet kan cincin ni. Bila 2 cincin ini digabungkan, ia akan menghasilkan bentuk love. Sweeeeeeeeeeet kan?


Hadis Pertama
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth A.S.”



Hadis Kedua
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”.


- Hadith Riwayat Muslim


Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.

- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai


So, sekarang bila dah tahu kan, kena lah amalkan. Selamat beramal!


 

Sunday, July 3, 2011

Dugaan Itu Perlu

Assalamualaikum


Selama kita hidup kat dunia yang semetara ini kan, mesti, wajib dan seharusnya setiap dari kita pernah merasai 'masalah' atau 'dugaan' yang datang dalam hidup kita. Tak kira lah sebesar atau sekecil mana ia. Apa? Takde? Nampok benor nipunya. *sambil buat gaya hantu Kak Limah balik rumah. 
 


Bila mana dugaan tu datang, kita mungkin akan berasa sedih, tertekan atau sakit jiwa bila memikirkannya. Kecuali orang yang betul-betul beriman akan bersyukur dengan dugaan yang datang tanpa secalit rasa sedih kerana dia tahu dugaan itu datang kerana Allah masih sayangkannya. 


Selalunya, kita akan cakap, 'Wah bertuahnya dia, kaya. Tak macam aku ni. Nak pakai I Phone 4 pun kena pakai duit sendiri.' Sedangkan dia pasti punya masalah lain. Kerana tiada manusia yang sempurna 100%. Tak pernah ada masalah dan punya hidup yang sentiasa tenang. Itu hanya lah ilusi!


Allah hanya memberi dugaan yang mampu dihadapi oleh sesorang  manusia itu. Jadi, makin berat dugaan yang kita tanggung, makin kuat la kita sebenarnya.


Air mata la peneman setia bila mana kita hadapi masalah. Tapi, pernahkan kita menjadikan doa sebagai teman setia bila mana kita punya masalah. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Dia akan bertambah suka pabila hambaNya mengadu padaNya. Kalau manusia akan makin menyampah bila kita sering meminta. Jadi, mengapa meminta pada manusia?


Nota kaki : Kalau manusia tidak diberi dugaan, hidup akan menjadi sama je setiap hari. Hurm, bosan la macam tuh kan? Kan? Kan? Dan dugaan itu mematangkan kita. =)




 

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

Assalamualaikum

Wah, tengok tajuk entri memang rasa cam seronok je kan GA ni. Tengoklah part hadiah dia tuh. Memang sesuai sangat untuk syira yang takde banner blog yang cun melecun macam Cik Dil kita ni. Phew! Syira sangat adore Cik Dil punya doodle tauuuuuuuu. Pretty awesomeeeeee! *Ini bukan ayat untuk tujuan menggoda Cik Dil. Muehehe.

Mari tengok banner GA yang awesomee juga.


Kan syira dah cakap. Korang taknak caya. Hehe. Ini syarat penyertaan.

  • Buat entry bertajuk GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE dan link kan ke blog dil.
  • Copy Banner GA dan letakkan dalam entry tersebut
  • Follow blog ini *untuk pastikan korang terima update pasal GA ni tapi tiada paksaan
  • Tag 2 orang rakan blogger yang lain
  • Dan copy kan url entry tersebut dan letakkan dibahagian komen entry ini

.Tarikh tutup dia ialah pada 31/7/2011. Syira nak tag :


Siapa nak join boleh klik sini. Okeh. Done! 

 

Saturday, July 2, 2011

Follower ke-555 dan Syira Suami

Assalamualaikum


Tengok angka 555 tuh syok kan. Hehe. Ke syira syok sendiri.Hehe. Apa2 pun, syira cuma nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Nadzirah sebab sudi jadi follower yang ke-555 blog capuk syira ni. Sebagai penghargaannya, syira akan masukkan Nadzirah dalam bloglist syira okeh?




Next story! Ini apa kejadahnya orang cari keyword syira suami ini. Buat pengetahuan semua, syira masih belum berkahwin. Mungkin ini berpunca dari entri yang ini. Tapi, perancangan tu ada lagi 2 tahun. Muahaha *gelak jahat. Syira harap segala kekeliruan terjawab okeh. Macam retis la pulak!

Nota kaki : Penat semalam tak habis lagi ni weh! Camano?

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum


Abang Ben buat segmen lagi, lagi dan lagi. Nak join. Sebelum 4 Julai. Ada masa lagi tu. Klik sini.

Related Posts with Thumbnails