Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan
Showing posts with label cara makan. Show all posts
Showing posts with label cara makan. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Haip! Jangan Makan Guna Tangan Kiri.

Assalamualaikum

Hai korang. Tajuk entri kali ini memang ada sedikit unsur penegasan. Tapi, bukan bantahan seperti apa yang bakal berlaku esok. Muehehe.

Syira rasa hampir semua orang zaman sekarang ni pernah makan western food. Apa? Tak pernah? Western food mahal?  Nampok benor nipunye! Chicken chop dekat HR, Kampung Baru cuma berharga RM6 aje tau. Murah kan? Ha, bila makan western food cenggini, mesti kita akan gunakan tangan kanan untuk potong ayam pakai pisau dan guna garpu pada tangan kiri untuk memasukkan ayam tu ke dalam mulut? Kenapa cenggitu?

Sebab masa tingkatan 3, kita dah diajar dalam subjek kemahiran hidup tentang cemana nak susun pisau, garpu dan sudu. Tapi, tahukah anda??? Makan dengan menggunakan tangan kiri ibarat makan bersama syaitan.

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." Sahih Muslim


Mungkin benda ni nampak macam remeh. Tapi, bagi syira tidak. Kerana setiap makanan yang masuk ke mulut kita dengan menggunakan tangan kiri, satu titik hitam akan terbentuk dalam hati kita. Ha, takut tak? Jadi, sila takut! Huahuahua. *sambil gelak jahat.

Tapi, jangan risau ye kengkawan. Sebab syira ada jalan penyelesaiannya! Yippie. Cenggini. 


1. Cara pertama, apa susah, kita tukar je la tangan tuh. Kita guna tangan kanan untuk pegang garpu dan guna tangan kiri untuk pegang pisau. Potong ayam atau daging pakai tangan kiri dan masukkan dalam mulut guna tangan kanan. Simple rite? Hehe. Tapi, tak susah ke nak potong ayam pakai tangan kiri. Mula2 tu, memang kekok. Tapi, dah lama, senang je. Tak caya.  Syira dah buat! Contoh pun ada kat bawah ni. >_<




2. Susah sangat, makan je pakai tangan. Terserlah sifat ketimuran di situ. Buat apa nak jadi macam omputih? Macam ni ha. Betul tak?



Nota kaki : Syira nak blogwalking sampai lebam! Peace yaw!


Related Posts with Thumbnails