Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Friday, January 27, 2012

Restoran Steamboat Buffet + BBQ = Makan Sampai Perut Ketat

 Assalamualaikum

Haish, lama sungguh syira tak mengaktifkan diri berblogging. Al maklum la, sibuk sangat kot. So, anyone miss me? oh, Imiss you a lot too. Huhuhu. Ini pun sebab syira tengah cuti semester. Tapi, tu pun seminggu je kot. *panggil cuti sem ke camni? Habis, nak buat ashane? Sadis sungguh. Jadi, cuti yang ada ni harus lah digunakan sebaiknya untuk berfoya-foya bersuka ria sebab bila dah masuk belajar nanti, tentu la takde masa nak berblogging. Syira sedih la sebab syira memang tak reti nak bahagikan masa untuk blog bila kat kolej. Tapi, kalau untuk Fb tu boleh plak kan. Takde la bukan apa, nanti blog syira ni bersawang je kejenye bila syira tak hapdate. =_____='

Sebenarnya, syira nak cite pasal syira gi makan buffet steambot kat Restoran Q Thai Village. Lokasi dia kat G13A & G15, Dagang Avenue, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.Tengok, syira siap bagi full address lagi. So, senang la korang nak enter dalam GPS kome yang canggih manggih tu kan. Sekarang ni memang, semuanya di hujung IPhone, IPad, GPS, Galaxy Tab, IPod korang la. Nasib baik bukan I pay okeh. Huhu.


Seronok ke? Best ke? Sedap ke? Aish. Sabo sabo. Syira nak bagi komen le ni. Tak sabo bebenor. Harga dia, RM22 untuk dewasa, RM12 untuk kanak-kanak. Ini untuk steamboat. Bagi sesiapa penggemar BBQ dan grill pun disediakan. Tapi, harga dia lebih sikit la dalam RM27 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak. Apa yang beza dia? Eh, banyak beza. Tempat nak masak dia tu kan (ala, syira tak reti la nak panggil apa. Kalau untuk BBQ and grill, dia ada tambahan tepi bekas masak tu. Untuk kita nak main bakar-bakar. Syok wo. Hehe. Ops, terlebih sudah. 





Tengoklah tuh makanan dia memang berderet-deret. Amik je nak makan apa. Tapi, kat sini ada satu rule yang tidak membenarkn pelanggan dia membazir iaitu bayaran RM10 akan dikenakan kepada setiap 100g makanan yang tak abis dimakan. Ha, walaupun restoran ni mengamalkan konsep buffet, tapi amalan membazir tuh sangat dititikberatkan ye kawan2. Tapi, variety makanan dia jangan cakap la. Memang memuaskan sampai ada satu makanan tuh syira tak tahu la apa nama dia. Nak kata kepah bukan, lala pun bukan. Dan walaupun nampak makanan dalam bekas tuh macam nak habis, tapi jangan risau kejap lagi mesti ada pekerja dia yang datang top up bekas tu.



Ini plak set untuk makanan beku untuk main bakar-bakar atau nak masuk dalam steamboat pun boleh. Tapi, kalau ayam tuh memang dia dah perap dengan rempah dia sekali. So, sangat best okeh. Nak tahu lagi? Korang kena la pegi rasa sendiri okeh?

#makansampaiperutketat



Related Posts with Thumbnails