Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, October 18, 2015

4MOMS BREEZE! Memang berbaloi-baloi!

Assalamualaikum semua readers!

By the way, ada ke readers blog syira ni? Peduli hape kan. Sementara nak mengisi masa lapang cuti 'confinement' bersalin selama 3bulan ni, baik la syira menulis blog dari tak buat apa2 kan. Sementara anak tengah tido. Gittew. Nak bebel pasal apa pulak hari ni erk?

Alkisahnya, semalam syira dah beli baby cot for my lovely son. Baby cot ni dalam masa yang sama boleh jadi playpen bila mana baby dah boleh merangkak. So, kalau mak2 tengah sibuk2 nak buat kerja rumah, kita boleh letak dia dalam playpen ni dengan mainan dia. So, takdelah kita risau dia pergi mana hala atau tengah main dengan benda yang bahaya.

Very friendly user and paling penting senang disimpan. Ye la, nanti bila agak2 anak dah besar sikit, takkan nak duduk dalam tuh lagi kan. So, boleh simpan untuk kegunaan sampai anak 10. Opps. Mampu ke? Ahaha. Rezeki Allah. Jangan cakap main-main. Okeh, insap sekejap.

                                  
Just push down untuk buka baby cot/playpen 4momsbreeze ni. Senang giloss kan. Dan jimat ruang bila taknak pakai lagi dah! Dia punya struktur cot ni memang kukuh dan syira rasa memang akan tahan bertahun2. Testiomoni dari customer yang baru pakai cot ni sehari. Facepalm! -____-

Gambar sebelah kiri: untuk kegunaan newborn sampai 8kg/sebelum baby mula merangkak.
Gambar sebelah kanan: >8kg/bila baby mula merangkak sampai toddler. Just remove yang bassinet bahagian atas tu.


Disertakan jugak travelling bag supaya senang nak bawa ke mana2. Ha, balik rumah mak mertua pun leh bawak benda ni, then letak anak dalam tu and boleh tolong mak mertua buat kerja rumah. Mak mertua pun bertambah sayang. Kelas gittew jah. Habis jeles ipar-duai yang lain. Kau hado?


Syira memang recommend baby cot ni walaupun harga dia agak pricey sikit, dalam Rm1000++. Tapi, kalo boleh pakai sampai anak 10, tak ke jimat tu. 

Nota kaki saiz 5: Kalau dah cuti ni, memang leh bocor poket mak. Adohaii..




2 comments:

✗ fifiyfitrianiee ✗ said...

Assalamualaikum Tuan empunya blog. I singgah sini membaca beberapa entry dan juga meninggalkan jejak entry saya untuk dibaca :

http://fifiy-fitrianiee.blogspot.com/2015/10/mula-mengumpul-emas-perlukah.html

Jemput baca ye. hehe thank you

Puan Eka said...

Wow menarik. Tgok harga. Auchhhhhhhhhh tentunya tak dapat kelulusan dr menteri kewangan haahaha. Tp sgt practical n mudah nak bawa kemana2 especially umah mertua tu hahaha. Tp kt umah mertua. Mak dah siap bentang toto . xde can haha

Related Posts with Thumbnails