Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Ya Allah. Hebatnya CiptaanMu

Assalamualaikum
Hye u olls. Syira terkezut sangat baca berita kat berita harian semalam tau walaupun syira ni bukan jenis yang suka nak baca surat khabar. Syira baca ni surat khabar online jerp. Erk.

Inilah gambar insan bertuah tuh.


SHAH ALAM: Sepanjang hayat, Mohd Aidil Amri Saa’din, 25, tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, jauh sekali menjamah rendang dan ketupat di pagi Aidilfitri kerana tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair sejak dilahirkan.

Sebagai ganti, Mohd Aidil bergantung kepada minuman Milo, sup dan air kosong untuk mendapatkan tenaga dan zat. Setiap kali jatuh sakit, dia akan meminta doktor memberi ubat cecair gara-gara tidak boleh menelan pil.

Berikutan tabiatnya meminum sehingga 15 gelas Milo sehari, Mohd Aidil Amri digelar ‘Milo’ oleh rakan yang memahami keganjilan yang dihadapinya. Bukan saya tidak pernah cuba makan nasi, tetapi apabila ditelan, seakan-akan tekak tidak dapat menerima dan saya akan segera muntah.

“Makanan lain seperti roti, mi atau makanan yang dijual di restoran segera tidak pernah saya sentuh sepanjang hidup,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Aidil Amri yang bekerja sebagai Pengurus Web Tonton di Media Prima Bhd (Media Prima) ketika ditemui, tampak sihat dan tidak menunjukkan beliau menghadapi masalah berhubung tabiat pemakanannya itu.

Mohd Aidil Amri yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata tabiatnya mengambil cecair sebagai makanan bermula sejak berusia setahun seperti diceritakan ibunya, Zaiton Hashim.
“Ketika kecil, ibu cuba memberi saya makanan, tetapi saya selalu lari. Sejak usia setahun, saya tidak menyentuh makanan melainkan meminum Milo yang menjadi makanan ruji saya,” katanya yang menjadi perhatian ramai sejak ditemuramah rancangan, Pagi Show di Fly FM, Selasa lalu.

Beliau berkata, dalam sehari, beliau akan mengambil sekurang-kurangnya 15 gelas Milo.

“Saya juga boleh mengambil minuman lain, tetapi Milo menjadi makanan penting untuk saya,”.

Mohd Aidil Amri berkata, setiap kali menjamah sup, beliau akan mengasingkan isinya sebelum dihirup serta menganggap sajian yang diambil dua kali seminggu itu sebagai makanan ‘mewah’.

Ditanya mengenai perasaannya setiap kali melihat rakan menjamu selera dengan makanan lazat, beliau berkata, rasa iri hati tetap wujud tetapi dirinya sentiasa berfikiran positif.

“Adik-beradik saya normal, keluarga lain pun sama. Hanya saya yang mengalami keadaan ini dalam keluarga. Sejak kecil, saya sudah berjumpa ramai pengamal perubatan sama ada tradisional atau moden, namun mereka juga tidak tahu punca keadaan saya ini.

“Doktor memberitahu saya sihat saya anggap ini adalah takdir Allah SWT dan saya menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang meminati muzik rock terutama kumpulan rock, Metallica.


Nota kaki : Syira sekarang pantang lapar, rasa lemah je satu badan. Mana tak chubby. Semua orang tegur. Benci kot!


Thursday, May 26, 2011

Yeay! Harga minyak kekal!

Assalamualaikum
Memang tak dinafikan la, negara kita makin hari makin maju. Jadi, disebabkan perkembangan ekonomi yang terlalu pesat, kesat dan dasyat, jadi harga minyak selalu aje nak naik. Syira bukan apa tau, apa yang syira perhatikan la kan, kalau harga minyak tuh naik, tak kesahlah sikit mana pun kan, harga barang-barang lain pun mesti nak tumpang sekaki naik sekali juga kan.

Memang! Memang tak dinafikan, dia naik bukanlah banyak sangat pun kan, setakat seposen dua tuh takyah kedekut sangat la cik syira oi. Bukan kedekut, tapi berjimat. Kata nak kahwin. Hehe. Gatal noh. Menurut Buletin Utama jam 8 semalam, harga minyak RON95 *minyak aku selalu pakai tuh, diesel dan minyak masak akan dikekalkan pada harga sekarang.


Berita macam ini memang sangat menggembirakan bagi pengguna kenderaan bermotor macam syira ini la kan. Kalau korang ingat, pada entri sebelum ini ada syira ceritakan tentang baby blue savvy kesayangan syira. Sejak dua menjak ini, syira kerap juga la merayap dengan kereta. Syira pun dah hampir mahir memandu.

Memang toksah cakap la kalau nak dibandingkan dalam setahun yang lepas. Memang berbeza. Syira akui, nak cekap memandu ni, kita kena selalu bawa kereta. Teori dan praktikal sangat berbeza. Hasil pemanduan kereta yang agak kerap, dalam masa tak sampai 6 bulan, alhamdulillah, hasilnya, syira dah boleh nak memandu di mana-mana jalan berseorangan okey.


Mahu tak pandai, setiap hujung minggu aje mesti syira drive dari Sg Buloh ke Ampang berseorangan okey. Korang tahu2 je la, jalan dalan kL ni macam mana. Memang sengsara la kan terutama untuk pemandu kereta manual ni kan. *Berlagak tak pasal. Nak minta penampar gamaknya. Kalau korang baca entri yang dulu, rasanya jauh berbeza. Kalau dulu, memang selalu harap kat bf syira je la memandu kalau kitorang nak keluar jalan2 pakai kereta syira kan. Even, nak bawa kereta ke Sg Buloh pun *supaya syira senang nak berulang-alik dr kolej ke Hosp Sg Buloh yang tak sampai 1 kilometer tu, bf syira yang tolong drive. You are too sweet my dear, love you so much *sila ambil baldi, dan muntah okay? Hehe. Dan syira tak habis lagi lesen P. 29 Jun ni baru tamat tempoh.

Syira pula memang jenis sebelum ambil lesen memandu ni, syira memang terus terang kat cikgu yang mengajar tuh, syira cakap, "saya ni, nak start enjin kereta pun tak reti." Jujur tak syira? Hehe. Maklumlah orang duk bandar, mana ada nak bawa kereta tanpa lesen. Memang tak la ayah nak bagi kan. Hehe. Syira bawa motor curi2 kat kampung pun, ayah syira nak mengamuk je kalau ikutkan hati. Hehe.


Pada pandangan syira la kan, bagi kaum perempuan yang lemah macam syira ni kan, kami memerlukan satu keperluan yang boleh menyebabkan kita memandu. Contohnya, macam nak hantar anak ke sekolah *takleh pakai sebab syira takda anak lagi, atau nak pergi kerja *takleh pakai juga sebab syira belum kerja lagi. Hehe. Habis, bagi syira apa ye insiden yang menyebabkan syira berani nak memandu. Hehe. Itu rahsia. Hehe. Bye.




Related Posts with Thumbnails