Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Tuesday, June 14, 2011

Ya Allah. Hebatnya CiptaanMu

Assalamualaikum
Hye u olls. Syira terkezut sangat baca berita kat berita harian semalam tau walaupun syira ni bukan jenis yang suka nak baca surat khabar. Syira baca ni surat khabar online jerp. Erk.

Inilah gambar insan bertuah tuh.


SHAH ALAM: Sepanjang hayat, Mohd Aidil Amri Saa’din, 25, tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, jauh sekali menjamah rendang dan ketupat di pagi Aidilfitri kerana tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair sejak dilahirkan.

Sebagai ganti, Mohd Aidil bergantung kepada minuman Milo, sup dan air kosong untuk mendapatkan tenaga dan zat. Setiap kali jatuh sakit, dia akan meminta doktor memberi ubat cecair gara-gara tidak boleh menelan pil.

Berikutan tabiatnya meminum sehingga 15 gelas Milo sehari, Mohd Aidil Amri digelar ‘Milo’ oleh rakan yang memahami keganjilan yang dihadapinya. Bukan saya tidak pernah cuba makan nasi, tetapi apabila ditelan, seakan-akan tekak tidak dapat menerima dan saya akan segera muntah.

“Makanan lain seperti roti, mi atau makanan yang dijual di restoran segera tidak pernah saya sentuh sepanjang hidup,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Aidil Amri yang bekerja sebagai Pengurus Web Tonton di Media Prima Bhd (Media Prima) ketika ditemui, tampak sihat dan tidak menunjukkan beliau menghadapi masalah berhubung tabiat pemakanannya itu.

Mohd Aidil Amri yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata tabiatnya mengambil cecair sebagai makanan bermula sejak berusia setahun seperti diceritakan ibunya, Zaiton Hashim.
“Ketika kecil, ibu cuba memberi saya makanan, tetapi saya selalu lari. Sejak usia setahun, saya tidak menyentuh makanan melainkan meminum Milo yang menjadi makanan ruji saya,” katanya yang menjadi perhatian ramai sejak ditemuramah rancangan, Pagi Show di Fly FM, Selasa lalu.

Beliau berkata, dalam sehari, beliau akan mengambil sekurang-kurangnya 15 gelas Milo.

“Saya juga boleh mengambil minuman lain, tetapi Milo menjadi makanan penting untuk saya,”.

Mohd Aidil Amri berkata, setiap kali menjamah sup, beliau akan mengasingkan isinya sebelum dihirup serta menganggap sajian yang diambil dua kali seminggu itu sebagai makanan ‘mewah’.

Ditanya mengenai perasaannya setiap kali melihat rakan menjamu selera dengan makanan lazat, beliau berkata, rasa iri hati tetap wujud tetapi dirinya sentiasa berfikiran positif.

“Adik-beradik saya normal, keluarga lain pun sama. Hanya saya yang mengalami keadaan ini dalam keluarga. Sejak kecil, saya sudah berjumpa ramai pengamal perubatan sama ada tradisional atau moden, namun mereka juga tidak tahu punca keadaan saya ini.

“Doktor memberitahu saya sihat saya anggap ini adalah takdir Allah SWT dan saya menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang meminati muzik rock terutama kumpulan rock, Metallica.


Nota kaki : Syira sekarang pantang lapar, rasa lemah je satu badan. Mana tak chubby. Semua orang tegur. Benci kot!


6 comments:

Anonymous said...

kesiannye :'>

syira said...

Aliana : tu la. Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. =.='

i e L a said...

hah, jadik pown buat bnde alah tuhh. hehe. btw, congratz ! hahaha ;p

Unknown said...

kesiannye die.. huhu

emylase. said...

ehh siannye dia :( kite kene bsyukur dgn ape yg ade.

syira said...

Aisya : sian sangat kan..=.='

Emiylia : Yup, alhamdulillah..

Related Posts with Thumbnails