Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Thursday, June 23, 2011

Hernia : Angin Pasang

Assalamualaikum

Entri kali ini, syira saja nak kongsi pasal medical sikit. Because of what?? Because sharing is caring. Ha, pandai adik-adik akak. Hehe. Penyakit ni syira rasa tak asing lagi bagi rakyat Malaysia sebab orang tua2 panggil dia 'angin pasang'.

Sebenarnya, bukan orang tua je. Orang muda pun panggil gitu juga. Syira je panggil HERNIA. Ekeke. Syira belajar penyakit ni masa dalam posting surgery *nama glamour dia pembedahan. Kitorang biasalah kan, kena interview pesakit2 yang ada kat ward permbedahan tu kan.


So, ada satu hari ni kan, syira dengan kawan ada interview sorang pakcik. Bila first time tanya, pakcik tu jawab

"Pakcik ada angin pasang. Dah 3 tahun."


Ha, syira pun tergaru2 kepala yang takda kutu ni kan, apa benda lah angin pasang ni. Tapi, bila tanya kat doktor pelatih baru tahu. Hernia rupanya. Nak tahu kenapa dah 3 tahun, baru pakcik ni datang jumpa doktor?

Sebab angin pasang ni biasanya tidak menyakitkan dan boleh dikurangkan atau term yang digunakan 'reducible'. Jadi, pada permulaannya, pesakit memang tidak akan berjumpa dengan doktor jika dia tak ambil berat tentang kesihatan.

Dan biasanya, hernia ini terjadi disebabkan oleh kelemahan dinding atau otot di bahagian abdomen. Seterusnya menyebabkan sebahagian daripada usus terkeluar dari kawasannya.

Berdasarkan permerhatian syira, otot itu menjadi lemah apabila seseorang itu kerap mengangkat barangan berat sewaktu muda untuk jangka masa yang panjang. Contohnya, jika dia kerja mengangkat tong gas ke, angkat berguni2 beras ke. Jadi, kebiasaannya, orang yang berumur dan lelaki yang menhidapi penyakit ini. Tapi, perempuan pun tidak terkecuali.


Ada banyak tempat hernia ini boleh terjadi. Tapi, kebiasaannya di bahagian inguinal *sila rujuk gambar. Bayi juga ada kemungkinan untuk mendapat hernia jenis umbilical hernia terutamanya akibat pembentukan dinding atau otot di bahagian pusat yang lemah ketika di dalam kandungan ibu.


Tapi, mengapa pesakit perlu berjumpa doktor walaupun di peringkat awal penyakit? Walaupun pada peringkat awal penyakit, tiada pembedahan yang perlu dilakukan tapi kita boleh mencegah hernia yang boleh masuk balik (reducible) daripada berubah menjadi kepada hernia yang tak boleh masuk balik (irreducible). Macam mana tuh? Dengan memakai hernia truss.

.
.
.
.
.
Tadaaaaaa. Ini gambar patung ye. Harap maklum.

Hernia truss ini hanya boleh digunakan untuk reducible hernia kerana ia mungkin boleh menyebabkan melecet jika digunakan pada irreducible hernia.

Nota kaki : Jadi, kepada sesiapa yang mengalami masalah ini, sila berjumpa pakar untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti usus yang tersumbat dan seterusnya menyebabkan pembesaran perut dan tak boleh makan. Jadi, sila jaga kesihatan anda. Peace yaa!



11 comments:

Noor Fatin said...

wah! baru tau. huhu kena jaga kesihatan lebih lagi, takot kena hernia..wuu thanks for da info :)

kotak bulat said...

baru tau..heheh..thanks sebb kongsi.. :)
kena jga kesihtan ni

farah fauzi said...

huhu..ilmu pengetahuan yang bagus nih..

Unknown said...

mira penah je tgk doktor buat operation nak treat hernia ni..hehe

kotak bulat said...

kmo ada di entri ni http://nazihanali.blogspot.com/2011/06/jom-mencari-siapa-si-dia.html

Unknown said...

baru tahu ni..takut..mcm2 penyakit dlm dunia ni kan..tengss 4 the gud info

Small tony said...

mengelak lebih baik dari mengubati

psst shoutbox kamu byk bintang2
sik tertekan bintang sampai hang
hehehe

Shawn Razaleigh said...

gua ada belajar ni jugak


tahun berapa dah?


follow

iPai said...

macam mane kita nak tahu yg tuh hernia atau bengkak biasa ?

Unknown said...

Saya tahun lepas kene bulan 3 ..tapi doktor langkawi dah urut bawak naik.. Menangis keluar air mata jantan. Harini usus tu turun lagi bulan 3 jgk

Unknown said...

Tapi doktor dah buat Surat untuk bagi ke hkl tapi saya tak pergi... Sebab takut operation

Related Posts with Thumbnails