Assalamualaikum
Apa pasai tajuk entri ini macam cerita P. Ramlee punya filem pula? Haha. Memang tak dapat dinafikan, isu ini memang akan sentiasa wujud dalam masyarakat kita walaupun hakikatnya negara semakin maju menuju kecemerlangan dari setiap aspek.
Apa maksud dua darjat yang syira nak bincang kat sini ialah antara orang berada dan orang tak berapa nak berada la (orang susah). Ha, memang tipikal punya story la kan. Orang kaya akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Pergi ke mana pun, mereka akan sentiasa dihormati dan diutamakan. Lebih-lebih lagi di tempat-tempat elite.
Sedangkan, adakah keluhuran hati mereka seluhur duit mereka. Memang. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Syira cuma bincangkan tentang segelintir daripada mereka. Sedangkan, darjat yang paling mulia dapat dinilai dengan melihat darjat seorang insan itu di sisi Allah.
Mungkin, mereka banggakan duit kekayaan yang mereka dapat hasil titik peluh mereka sendiri. Tetapi, ingatlah bahawa duit yang ada dalam simpanan mereka itu semua hanyalah secubit rezeki yang Allah kurniakan pada hambaNya. Cuma secubit! Tiada apa yang perlu dibanggakan. Kerana duit bukan pengukur tahap kedudukan seseorang di sisi Sang Pencipta.
Jadi, apalah yang dipandang pada harta andai hati hitam penuh kekotoran. Tapi sayang kerana duit itu nyata, sedang hati itu bukanlah ilusi, cuma ia tak dapat dilihat dengan mata kasar.
Syira hidup sederhana je. Zuhud itu yang penting. Cett! Ye la tuh, kan.
Nota kaki : Musim-musim sejuk sebab hujan cenggini buat syira asyik nak pergi toilet je. Erk. Apa kaitan? =.='
4 comments:
sokong entry ni..
MOHD NASER.com
sderhana lebih elok kan
harta banyak tpi xbahagia xguna jgakk kan..
secubit rasa garam..
HAHAHAHAHA
Post a Comment