Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Monday, June 20, 2011

Hari ke Mall Sedunia

Assalamualaikum

Korang nak tahu? Semalam kan, adalah hari ke 'Mall' sedunia. Okeh, syira tipu je. Tapi, memang! Memang penuh sangat mall-mall yang ada kat Malaysia ni semalam. Mula-mula, syira dengan encik bf pergi Leisure Mall Cheras untuk tengok movie Green Lantern.

Biasalah pilihan movie sudah tentulah dilakukan oleh encik bf. Sebab pilihan dia selalunya memang superb la. Syira ni daripada tak suka pun boleh suka. Mula-mula dulu memang rasa tak adil la juga kan, sebab asal tengok wayang je, mesti dia yang pilih cerita apa nak tengok. Tapi, sekarang tidak lagi. Hehe.

Okeh. Tadi syira nak cerita yang syira pergi Leisure Mall penuh. Belum sempat pun nak masuk tengok kot-kot seat wayang ke yang penuh. Tapi, dari luar lagi, parking full kot. Bukan parking kat luar, tapi parking dalam bangunan yang kena bayar RM3.50 sekali masuk tak kira masa pun full. Haish, ni nak merajuk ni.

*muka merajuk nak minta penampor taknak pandang kamera*


Tapi, nasib baik, encik bf pandai pujuk dan bawa syira pergi tengok wayang kat Jusco Balakong. Ada wayang tahu situ. TGV. Bukan taknak pergi kat mall yang besar2 macam Times Square, Pavillion, Mid Valley, tapi sebab semalam syira baru balik dari kenduri kahwin orang. Jadi, syira pakai baju kurung. That's why ingat nak pergi dekat2 je.


Kat Jusco Balakong, sape pernah pergi angkat tangan. Hehe. Tempat dia best jugak. Sesuai je kalau nak shopping. Ada Vincci, Padini, best la jugak. Encik bf pun sempat rembat sehelai baju kerja kat Padini. But, before that, kitorang sempat tengok movie Green Lantern kat situ. Duduk kat seat 2 dari depan. Memang sakit tengkuk kot. Taubat takmau duduk seat depan macam tuh lagi dah.

Nak syira review movie nih ke? Ekeke. Ala, tak surprise lah kan. Tapi, memang best la. So, apa lagi? Boleh booking ticket di pawagam yang berhampiran. Atau nak tunggu CD pun boleh jugak. Atau paling mudah, download aje. Hehe. Encik bf, nak cincin macam dalam cerita tuh jugak. Ada kuasa super power. Boleh buat cincin nikah. Boleh ke gitu?




8 comments:

Fariq Jalil said...

ala pe salahnya pakai baju kurung kan gi time square tu... org tak pelik pon.. biasa la org melayu pakai baju kurung..

eh review la cite tu.. kang bley donlod.. hohoho

Cik Tie Berbicare said...

dah tgk cite Green lantern ! best gila kan ? HAHA plg lawak mase dia nak tukar outfit depan kawan dia tapi tak jadi uh , HAHA, tebahak2 lam panggung wayang XD

syira said...

Fariq : Memang tak salah pakai baju kurung. Tapi penat sangat nak gi jauh2.

Download aje cerita tuh. Confirm tak rugi. Ekeke

Cik Tie : ha'ah. part tuh memang kelakar. Overall, jalan cerita dia best. Bukan jenis yang mengarut-ngarut punya kan. Weeeeeee

kotak bulat said...

tah tgk lg lak green lantern ni..mcm xbest je..:P

nazirulhazwan~ said...

pakai baju kurung la ayu beb:DD ape pasal plak nak g dekat2 jer.hehe

best ea green lantern??KL gengster da tgk??

syira said...

kb : best la green lantern. belum cuba belum tahu tauuuuuu. hehe

nazirulhazwan : ayu tuh yang payah tuh, kang semua ikut syira tengok green lantern juga. hehe

best! kL gangster best sbb ada Aaron Aziz! wink wink*

Yatt S. said...

comelnya pakai baju kurung gi jenjalan. mesti ayu. btw teringin nak gi tengok Green Lantern tu, tapi belum sempat :(

Teka-teki Dari Cikgu
Muka Cantik Tak Guna Kalau Tak Kahwin

syira said...

Miss Y : chumel tapi susah sikit la nak gerak. hehe

Related Posts with Thumbnails