Assalamualaikum
Ha, ada perasan apa2 baru tak kat blog syira? Ha, buat sesiapa yang selalu jengah blog syira yang bersawang ni mesti perasan ada banyak perubahan kan. Apa? Tak perasan? Sebab tak selalu datang pun? Ok, fine. Merajuk! Hehe. Takde la Anyway, comel tak? Ha, kalau nak belajar, apa lagi, sila bawa cursor anda ke link tutorial kat atas tuh ok. Jangan segan2 kalau nak blog gemerlapan. Eceh, ayat tak boleh blah.
Eh, syira dah melalut apa ni. Sebenarnya kan, syira nak cerita pasal emas. Syira tak tahu la macam mana boleh terjebak dalam minat ini pun syira tak tahu la. Tapi, yang pastinya kan, syira memang buat research la tentang macam mana kita nak untung bila kita melabur dengan emas ni.
Mula-mula, korang tak payah risau nak beli emas waktu ni cakap harga emas sekarang tengah naik ke, tengah mahal ke. Sebab harga emas memang susah atau takkan turun. Tak boleh la nak cakap takkan sebab Allah itu Maha Kuasa.
So, kalau korang beli emas mahal pun sekarang, harga dia memang akan sentiasa bertambah mahal. Ini ada kelebihan kalau kita beli emas perhiasan (macam cincin, rantai, subang) berbanding kita beli emas ketul2 (bukan jongkong emas) yang belum dibentuk lagi.
Emas Fizikal | Simpanan Emas di Bank |
Emas disimpan dalam bentuk fizikal, kata orang alah membeli menang memakai | Emas dibeli dalam bentuk saving/investment account dengan baki minimum setiap masa |
Kepelbagaian dalam design dan boleh dijadikan perhiasan | Tiada kepelbagaian rekabentuk, untuk pelaburan semata-mata |
Mudah dijual secara tunai pada bila-bila masa | Mudah dijual dalam waktu urusniaga bank |
Emas boleh dipajakgadai / al Rahnu sekiranya memerlukan tunai dalam masa yang sama tidak kehilangan aset emas | Tidak boleh digadaikan. Sekiranya memerlukan tunai, aset emas perlu dijual |
Risiko – kehilangan dan kecurian | Simpanan emas terjamin |
Kadar susut nilai (spread) tinggi disebabkan harga belian termasuk kos upah | Kadar jualan semula lebih tinggi mengikut harga live-rate (hanya caj bank dikenakan) |
Korang faham tak apa yang ditulis. Okeh la. Syira terangkan sikit berdasarkan pemahaman syira. Emas perhiasan ni kita boleh beli mengikut kemampuan kita. Maknanya kalau modal kecil pun boleh melabur. Beli yang seratus, dua ratus punya. Pastu boleh pakai lagi sebagai perhiasan mengikut mahar yang dibenarkan setiap negeri. Sebab kalau lebih, kena keluarkan zakat. Korang sedar tak sedar, korang dah pakai berapa lama, bila nak jual balik, harga dia memang dah mahal la kan.
Kalau emas ketul2 yang disimpan dalam bank untuk tujuan pelaburan ini, agak memerlukan modal yang besar sikit la. Ye la, sebab nak melabur dengan bank kan. Tapi, emas ketul ini takda kos upah. So, korang memang beli harga emas. Kalau macam sekarang ini, korang beli 1gram, Rm167. Tapi kalau beli emas perhiasan, korang beli 1gram, mesti akan lebih dari RM167 sebab dia termasuk sekali kos upah membentuk emas tuh jadi perhiasan (cincin, gelang).
Ini adalah salah satu cara berniaga. Tapi, pastikan kita berniaga dengan cara yang halal. Okeh? Syira pun baru je berjinak-jinak dengan emas ini. Nanti kalau dah liar, lain pula ceritanya. Korang boleh google je kalau nak tahu lebih lanjut tentang emas ini.
6 comments:
saya memang dah praktikkan apa yang tertera kat atas..huhu..dah dekat 2 thn saya buat..
MOHD NASER.com
dak2 ipta n ipts..
dapat ptptn
bli gold bar..le wat duit tunang weyh!
Ala...tak reti nak bukak shout box!Shout kat sini jelah beritau dah join fan club.Marah tak?
beli emas kalau jual mmg berharga la. hehe teringin nak beli. esok2 xde duit, boleh gadai atau jual. ada jugak la kan. hehe
nak emas gak~~ tapi x tau nak dapat dari mana??
bukannya apa.. ada masalah sikit dengan shoutmix awakkk huhuhu~
Post a Comment