Assalamualaikum
Semua orang di dunia punya seorang ayah dan seorang ibu. Cuma seorang. Seorang seumur hidup. Kalau terkenang pengorbanan abah memang boleh mengalir air mata. Biar bukan abah yang mengandung 10 bulan. Biar bukan abah yang melahirkan.
Tapi, abah sanggup lakukan yang terbaik demi membesarkan anak-anaknya. Setiap permintaan anak cuba ditunaikan selagi tidak memudaratkan. Segala makan, minum dan pakai, biarlah anak didahulukan.
Abah tak makan. Abah tak minum. Abah tak beli baju baru. Abah tak kesah. Abah sanggup kerja lebih masa untuk keperluan anak-anak. Bila anak masuk sekolah, semua keperluan anak disiapkan. Sanggup hantar anak dan ambil anak waktu pulang biar hanya menunggang motor, biar terpaksa berpanas hujan.
Bila anak dah masuk sekolah menengah, anak dah pandai ada boyfreind atau girlfriend, abah pula tak dipedulikan. Boyfriend atau girlfriend lebih penting dari abah. Tapi, abah tak kesah. Biasalah, darah anak muda, bisik hati abah.
Bila anak dah belajar masuk belajar ke kolej atau universiti, sayu hati abah nak berjauhan dengan anak. Tapi, segala keperluan anak untuk masa depan anak tak pernah diabaikan. Biar sanggup bekerja siang malam, asal anak berjaya hingga menara gading.
Bila mana tak cukup duit, katakan sahaja, tak pernah abah menolak. Biar abah tak berduit, asal anak berjaya. Bila mana anak lupa nak telefon bertanyakan abah, tetapi abah kerap teringat si anak. Tertanya-tanya kecukupan makan pakai si anak.
Sedang anak sudah berjaya, bukan duit anak yang dipinta, cukuplah ingatan dan kesanggupan si anak jaga abah hingga hari tua. Sedang anak sudah berkeluarga, rindu abah bertimpa-timpa untuk anak dan cucu.
Bukan kereta mewah yang masuk memarkir di halaman rumah abah yang abah selalu mimpikan, tapi kehadiran anak abah sekeluarga yang pulang menjenguk abah yang sakit tua.
Abah tak pinta banyak. Cuma anak di sisi. Sebelum nafas abah yang terakhir.

Nota kaki : Hari-hari adalah hari bapa untuk syira. Jadi, hargailah setiap pengorbanan bapa kita sementara masih berkesempatan. Selamat hari bapa, abah! Syira tengah tengok cerita 'Sayang Abah'. Susah betul orang hati tisu macam syira ni. Nak tisuuuuu!
2 comments:
hepi fathers day for ur dad :)
hargailah dia selagi ada hayat :)
alif haris : thanks. betul tuh! =')
Post a Comment