Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, June 12, 2011

Penat dengan Semua Ini

Assalamualaikum
Fuh, seminggu ni syira memang frust menonggeng bukan sebab putus cinta okeh. Eh, apa kelas syira frust2 sebab putus cinta. Memang bukan taste I okeh. Hehe *mampus kalau bf syira baca ni. Erk Huh? Apa sebab syira frust? Semuanya disebabkan oleh streamyx rumah syira yang rosak-entah-kenapa-mungkin-berjangkit-daripada-telepon-rumah-yang-rosak-jugak. Amboooiiiih. Panjang betul sebab dia.

Tapi, betul. Lepas je mama syira pakai telefon rumah untuk telefon kampung bertanyakan khabar saudara-mara, tetiba aje kan, syira yang sedang menggunakan streamyx sebagai medium untuk syira ber'blogwalking' ke blog rakan2 blogger syira yang comey2 ni kan, syira dapat merasakan ke'lembap'an internet yang tidak dapat dibendung lagi.

Dan keesokan harinya, langsung telefon rumah tak boleh pakai. Walau bagaimana pun, streamyx still boleh pakai cuma lembap dia jangan cakap la kan. Mengalahakan berukband. Kekadang rasa siput pun lebih laju. Boleh tak gamaknya nak cucuk siputband kat laptop cenggini. =.='
Dan terima kasih lah kepada hero yang menyelamatkan situasi mencemaskan sebegini. Of course my chubby daddy. Erk. Abah syira kerja Telekom. So, it's very small matter, der. Ekeke. Tapi, kusangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ecece. Berperibahasa bagai pula kan. Keesokannya tu pula, laptop syira diserang virus berjimba-jimba. Kalau korang nak tahu, rupa virus tuh biasanya cenggini. Ini rupa tipikal bagi virus.

Jadi, adakah virus tuh berjangkit pada laptop kita segini rupa apabila kita men'access' pendrive kita pada laptop. Oh, sungguh! Sungguh tidak menyelerakan.

So, semua ini memang membantutkan niat suci murni syira untuk blogwalking ke blog rakan2 blogger syira yang comeyy2 ni. >.< Tapi, takpe. Sekarang, semua masalah tersebut di atas telah dapat ditangani dan kini syira kembali bersemangat untuk ber'blogging'. Thanks semua support syira di sebalik laptop korang. Fewwhhh.. *bunyi angin sepoi2 bahasa menggambarkan suasana yang sunyi sepi tanpa manusia.
Sigh T____________________T


2 comments:

Unknown said...

hehe..selamat kembali..

syira said...

apik : thanks. Huhu. semangat nak blogging..tee hee

Related Posts with Thumbnails