Assalamualaikum
Hye korang. Sibuk ke? Tengah buat apa tuh? Mestilah tengah baca entri syira yang emotional siket nih kan. Yup, entri ni yang emo. Bukan syira. Hehe.
Anyway, walaupun kita sedar kita berpijak di dunia realiti yang hanya sementara, tapi pernah tak korang rasa kekadand tuh kan rasa cam nak rewind hidup korang dan betulkan kesilapan yang korang pernah buat.
*pic credit to Mr. Google*
Hello! Ini bukan cerita doraemon yang syira suka tuh ok. Boleh balik ke zaman dinosaur bagai. Bagi harapan palsu je. Cett! Hehe.
Tapi, kita sebagai hamba Allah kena, perlu dan mesti sedar bahawasanya semua yang berlaku dalam kehidupan seharian kita adalah perancangan terbaik dari Yang Maha Esa. Dia sudah takdrikan begitu kerana itulah yang terbaik untuk kita.
Kerana, kalau tak jadi begitu, maka mungkin akan jadi begini yang kita tak tahu akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada kita.
Sesungguhnya, sehebat mana pun perancangan manusia itu, perancangan Allah adalah yang lebih lebih lebih lebih baik.
Jadi, renung2 kan la dan selamat beramal. Syira nak pergi beli kotak tisu jap. Sebab syira guna banyak tisu masa taip entri ni. Apa kaitan? Ok. Takde kaitan. Sila abaikan. =')
4 comments:
sabar yew syira...
sbr itu sebahagian dari iman..Allah sentiasa bsama org2 yg sabar =)
slalu terfikir kalau diputarkan masa
Post a Comment