Assalamualaikum
Hai korang. Apa khabar? Sihat ke? Kalau ada yang demam tuh, make sure bukan demam denggi ye. Kenapa? Kalau demam denggi, korang mestilah segera mendapatkan rawatan supaya tidak berakhir dengan air mata. Waaa. Kenapa intro entri macam nak sedih je. Huhu.
Sebab mungkin ramai tak tahu atau ambil sambil lewa tentang demam denggi. Dan buat pengetahuan korang, demam denggi bukan lagi perkara yang asing di ward2 hospital kat Malaysia. Dan amat penting untuk medical student tahu 'in details' tentang DENGUE FEVER ni.
*pic credit to Mr. Google*
Ha, sekarang nak cerita pasal pengalaman tuan punya blog ni dapat demam denggi. Apa? Tak percaya. Silalah percaya. Masa tuh syira kecil lagi. Kecik la sangat kan. Dah tingkatan 1.
Seperti hari-hari lain yang syira kena demam jugak kan, syira memang tak-larat-yang-teramat-sangat. Kalau ada kengkawan telefon rumah nak cakap dengan syira kan, memang adik akan tolong jawab
"kaklong demam, dia tak larat nak jawab".
Masa tuh takde henpon lagi. Bukan nak kata syira nih manja. Tapi, memang kalau demam, syira memang lemah gila.
So, macam biasa la dalam 3 hari makan panadol tak kebah juga, so pegi private klinik. Dapat paracetamol a.k.a panadol dan macam2 lagi ubat lain. Tapi, doktor tak syak2 apa pun lagi sebab memang takde tanda2 pun.
Then, hari keberapa-ntah-manalah-syira-ingat-sebab-dah-berapa-tahun-dah, syira gagahkan diri pergi sekolah walaupun sebenarnya badan ni rasa tak larat yang teramat sangat. Kat sekolah, semuah kengkawan tegur tanya
"eh syira, kenapa muka nampak merah sangat nih? " *walaupun dalam hati dorang cakap, syira ni gelap aje, nape nampak merah semacam kan
Tapi, syira tak tahu apa-apa. Jadi, buat macam biasa je lah. Balik je rumah, jeng jeng jeng. Buka je stokin, tengok kat tapak kaki syira, wah, banyaknya bintik2 merah. Takut takut. Jadi, parents syira terus bawa pergi HKL. Dan syira pun terus ditahan ward.
Rupanya, syira menghidapi DEMAM DENGGI. Nasib baik cepat dikesan. Cepat lah sangat kan. Sebenarnya, bintik2 merah adalah disebabkan oleh ketelapan salur darah syira sudah kurang telap. Senang kata, dah bocor lah. Jadi, sel darah merah yang besar2 pun boleh kuar dari salur darah.
Takut tak? Sila takut sebab jika tekanan dalam salur darah ni berkurang dari masa ke masa, ini boleh menyebabkan seorang tuh mendapat hypovoluemic shock. Iaitu badan terkejut kerana tekanan darah yang rendah dan darah tidak dapat mengalir ke seluruh badan dengan lancar terutamnya otak. Ini sangat bahaya dan boleh membawa maut.
Kerana itu, rawatan untuk demam denggi biasa adalah hanya dengan masukkan air ke dalam salur darah untuk mengimbangi tekanan darah yang turun akibat kehilangan darah.
Yang paling ditakuti ialah denggi berdarah. Kerana pada ketika itulah darah keluar dengan banyaknya dari salur sarah dan dapat menyebabkan hypovoluemic shock dalam sekelip mata. Dan pada ketika ini, beberapa paket darah dan platlet*bahan untuk pembekuan darah berlaku peru ditambah ke dalam darah.
Dan, sebenarnya penyakit demam denggi sangat berisiko untuk mereka yang tinggal di bandar dan di tempat yang menjadi takungan air yang tidak dibersihkan kerana inilah tempat pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes ni ada 2 jenis yang biasanya membawa penyakit demam denggi ni iaitu Aedes aegypti dan Aedes albopictus.
Nyamuk aedes membawa virus Flavivirus untuk menjangkiti manusia ketika dia menghisap darah manusia. Dan memang tak dapat nak tahu demam denggi pada awal kedatangan demam sebab bintik2 merah itu memang akan muncul pada hari ke-5 atau ke-6 demam.
Jadi, jika demam tidak kebah selepas hari ke-4 atau ke-5 walaupun dah makan ubat, sila dapatkan rawatan lanjut. Macam syira kan, syira rasa syira dapat demam denggi ni lepas syira suka sangat main dekat kawasan kebun sekolah syira.
Ala, tempat budak-budak buat projek kemahiran hidup tanam-tanam pokok bunga pastu air bertakung dalam tuh tak dibersihkan. Syira kan budak kecil lagi masa tuh, haruslah bermain waktu di sekolah. Ekeke.
Akhir kata, majulah kesihatan untuk hidup yang lebih berkualiti. Peace yaaaaa!!!
7 comments:
yup. denggi sangat berbahaya. jagalah diri daripada diigit nyamuk.
btw.. xbole buka shoutbox lah. huhuhu.. follow me back okay. :)
zyralleeya : betul tu. tapi kita tak dapat elak dari digit nyamuk. Tapi kita boleh elak dari digigit nyamuk aedes yang membiak pada air bertakung.
Jadi, bersihkan lah tempat air bertakung. oke? =)
Jom skrg jugak kita start gotong royong ! hhuhu .. bahaya kot
dulu masa saya dok kl, kawasan umah tu mmg ramai kena denggi. saya pn demam teruk jugak la. ulang alik ke hspital check darah. tapi xde pun kena denggi. rupanya2 kena demam campak. ekekke. pnyalah teruk demam sampai doktor tu pn kata mcm kena denggi. heheh
alif haris : jom jom! bahaya sangat. hehe
fatin : demam campak dah ada vaksin. demam denggi pun ddengar2 diorang tengah cari vaksin. nasib baik fatin tak apa2. =)
yep..seram jugak bila dgr org kena denggi ni..
misyamissyou : kalau seram kenalah ambil tindakan demi kesihatan bersama. tee hee >_<
Post a Comment