Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Friday, June 10, 2011

Yeay Yeay. Dapat Surat Cinta!

Assalamualaikum
Semalam kan, kan, syira dapat satu surat yang dipos tepat ke rumah syira. Surat cintakah? Surat samankah? Surat putus cintakah? Haha. Semuanya salah. Ia adalah surat

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Yes, that is my full name. Norsyahirah Abd Razad. Alamat perlu dirahsiakan ye adik-adik. Ye la. Mana tahu stalker setia syira baca blog ni kan. Pastu datang se
rbu rumah syira. Kan dah susah. Perasan pemes betul. Kau ingat kau tu hot macam Yuyu Zulaikha, Cik Epal atau Fatin Liyana ke, huh? Ok fine, malu di situ! T_________T

Fuyyo!! Urusan Seri Paduka Baginda tuh... Eleh, poyo je la syira ni. Macam la orang lain tak pernah dapat surat ada tulis Urusan Seri Paduka Baginda kan. Takpe la. Bukannya selalu pun syira dapat surat. Ada la setahun sekali. Erk?!~ Bukannya selalu syira dapat lompat terkinja2 macam doodle pink kat bawah ni.



Yippie. Cubaan pertama syira buat doodle. Comel tak? Cepat cakap comel kalau tak syira taknak kawan. Tee hee.>.< Agak keterlaluan syira di situ yang berangan kononnya nak pakai kebaya pink. Hello. Ingat syira tak boleh ke nak pakai kebaya? Sekarang je tak boleh sebab saiz badan dah 40-40-40. Erk, ye ke? Sila la jangan percaya. Hehe. Kenapa tangan dia cenggitu? Erk? Ok, fine, syira tak pandai nak lukis tangan!


Sebenarnya, surat yang dinyatakan di atas ialah surat dari JPA. Jabatan Perkhidmatan Awam. Yes. Syira belajar ni atas tajan JPA. Apa? Nak tanya berapa syira dapat dalam satu sem. Erk. Ada la dalam RM****. Hoho. Jangan marah ha. So, bila dah dapat tajan JPA ini kan, result kena maintain ye adik-adik supaya biasiswa tak ditarik balik atau kena repeat 1 tahun belajar. Na'uzubillah. Minta dijauhkan la, Ya Allah!

Tapi, sebenarnya buat pengetahuan adik-adik sekalian. Fakulti perubatan di UiTM ni memang tak pernah guna pointer. Kitorang pakai gred je. Ala2 buak sekolah gitu. Hehe. Korang leh kira sendiri kemungkinan gred2 yang syira dapa untuk menghasilkan pointer CGPA 3.43 di situ. Sikit lagi nak dapat anugerah dekan kan.

Ecece. Kau ingat senang. Dah la nak maintain duduk dalam course ni pun dah cukup bersyukur tau. Apa2 pun, JPA, terima kasih atas ucapan tahniah yang diberikan *bukan takziah dan juga atas tajaan yang diberikan. Syira akan gunakan duit tuh sebaik mungkin untuk membantu syira dalam pelajaran. Kalau nak guna sikit2 untuk shopping pun boleh kan. Eerk!~


4 comments:

ejulz said...

tahniah.. semoga dpt berkhidmat kpd kerajaan pd masa akan dtg.. :)

syira said...

ejulz : thanks. diharapkan begitu la. =)

Iznie said...

syira, tahniah.... :)

sket jer lagi nak dekan tu....hehe

syira said...

Iznie : thanks. tu la kan. tapi, takpe. kita syukur je. Alhamdullilah.
=)

Related Posts with Thumbnails