Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, November 9, 2015

Food Republic Pavillion!

Assalamualaikum semua readers!

Hari ni dah hari pantang yang ke-45, HORREY! Esok dah boleh makan sedap2. So, hari ni, syira nak cerita pasal makanan la yang syira pergi makan sebelum bersalin hari tu. Lamb chop kat sini terlampau sedap sambil menjilat pinggan. Okeh, yang menjilat pinggan tu tipu sebab malu la kalau orang tengok kan. Minah ni giler nafsu mentekedarah ke apa sampai nak jilat pinggan kalau ye makanan tu sedap sekalipun.

Cerita ni sebenarnya kisah sehari sebelum syira nak terberanak hari tuh. Syira ajak suami pergi Pavillion, niat di hati nak banyakkan jalan. Kan orang kata kalau nak bagi jalan cepat buka, kena jalan banyak. Tapi, syira tak syorkan pergi Pavillion sebab nanti boleh rabak poket laki korang sebab rasa nak shopping walau di hati hanya nak window shopping. Kalau yang belum berlaki, belum sempat hujung bulan, korang dah kena makan maggie nak ikat perut punya pasal. Untuk syira takpe. Sebab nafsu shopping syira ikut mood. Huhu

Haruslah di hari-hari terakhir sementara menunggu kelahiran ni kita nak makan yang sedap-sedap kan. So, kitorang cubalah satu kedai ni dekat food court Pavillion tingkat bawah sekali tu, Nama kedai Food Republic. Menu yang syira order Grilled Lamb Chop. Makanan dia laju je siap. So, kalau dah kebulur sangat, memang sangat disyorkan pergi kedai ni sebelum korang bertukar jadi the Hulk kan.

Grilled Lamb Chop. Harga dalam Rm21. Tapi berbaloi - baloi. Siap boleh dapat extra sauce dia tuh. FREE aje.


Nampak tak mangkuk kecik tu? Itulah mangkuk sauce yang syira minta extra tu. Memang diorang tak kedekut. Mashed potato dia pun sedap setanding mashed potato KFC la. Memang superb la sebab air liur syira pun dah meleleh ke keyboard masa tengah taip entri ni. Ok bye!

Tuesday, November 8, 2011

In Time + Shimino Superb!

 Assalamualaikum
Hye U olls. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari ni masih lagi boleh buat korban, rite? Aaah, perut syira memang dah sebu asyik makan daging je 2 hari ni kan. Tapi, sekali-sekala takper kot. Huhuhu. Tapi, bagi siapa yang ada darah tinggi atau penyakit yang seangkatan (cholesterol yang tinggi) tuh silalah berwaspada dan berpada-pada dalam melantak daging lembu tuh ye. Tak nak la nanti, orang lain sibuk beraya, tapi encik/cik yang dimaksudkan terpaksa beraya kat hospital pula.



Eh, jangan gelak tau. Syira penah jumpa seorang pesakit, baru berumur 30 tahun, lelaki, bujang tang terantang tang lagi, tapi dah dapat stroke atau nama glamournya angin ahmar. Antara faktor risiko dia adalah dia suka makan lamb chop. Hampir setiap hari. See, now you know the consequence of it. Jadi, lebih baik mencegah dari mengubati.


Alamak, syira dah lari jauh dari tajuk sebenar. Big title kat atas tuh, In Time. Syira dah tengok cerita ni dan syira nak bagi lima bintang! Phew. Memang sebelum nak tengok cerita-cerita wayang ni, kita kena la tengok thriller dia dulu. Kalau best, baru la tak menyesal bila keluar dari pawagam nanti. Syira bersama kekasih hati, kami buat keputusan untuk menontonnya  di One Utama.


Cerita In Time ni mengisahkan tentang manusia yang telah ditentukan akan masa kematian mereka. Kalau nak tambah jangka hayat hidup, kena la kerja. Masa itu ibarat duit. Dah tak pakai duit kertas atau syiling lagi dah. Semuanya bayar pakai masa yang ada. Menarik kan? Ha, syira memang suka cerita rekaan yang kreatip2 camni. Kalau nak tahu lebih lanjut, kena la tengok cerita ni sendiri ye.

Tapi, di sebalik cerita yang agak mengarut ni, ada pengajaran yang cuba disampaikan. Apa yang syira dapat adalah tiada tujuan andai manusia itu dapat hidup di dunia seratus tahun sebab pastinya manusia itu akan hanyut dalam kealpaan dunia dan bila mana tiba2 je mati itu dipercepatkan, apa yang sempat dibuat? Tak sempat nak buat apa2 pun.


Tapi, sementara tunggu wayang nak mula, syira dengan kekasih hati, kami pergi makan Shimino. My first impression, superb! Macam mana syira nak cakap ye. Dia adalah sejenis makanan jepun yang menggunakan "crepe", ala yang macam lempeng tu, nak sedap cket, boleh panggil pancake pada lapisan luar dan diisi dengan macam2 inti mengikut kesukaan masing2. Eh, boleh ke? Ada choice tertentu la yang korang boleh pilih.


Hari tu, syira pilih yang ada pisang, kek coklat dengan aiskrim coklat yang bila digabungkan so delicious-te *memandai buat perkataan sendiri. Tapi, yang best nya kan sini diorang memang promote la mana satu pilihan yang jadi "best sellling". So, takde la rasa rugi buat siapa yang baru pertama kali cuba tak sedap ke apa kan. 


 Dan syira ada terbaca dia ada cawangan kat tempat lain juga macam Pavilion dengan kat Berjya Times Square. Serius! Dah lama syira tak pergi Times Square, tak tahu plak ada Shimino kat situ. So korang, kalau jumpa tuh, jangan malu2 nak cuba tau. Harga dia pun berbaloi-baloi dalam RM9- RM10 camtu je. Dan jangan ragu2 sebab Shimino ni Halaaaaaaaaal!
Related Posts with Thumbnails