Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Tuesday, November 8, 2011

In Time + Shimino Superb!

 Assalamualaikum
Hye U olls. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari ni masih lagi boleh buat korban, rite? Aaah, perut syira memang dah sebu asyik makan daging je 2 hari ni kan. Tapi, sekali-sekala takper kot. Huhuhu. Tapi, bagi siapa yang ada darah tinggi atau penyakit yang seangkatan (cholesterol yang tinggi) tuh silalah berwaspada dan berpada-pada dalam melantak daging lembu tuh ye. Tak nak la nanti, orang lain sibuk beraya, tapi encik/cik yang dimaksudkan terpaksa beraya kat hospital pula.



Eh, jangan gelak tau. Syira penah jumpa seorang pesakit, baru berumur 30 tahun, lelaki, bujang tang terantang tang lagi, tapi dah dapat stroke atau nama glamournya angin ahmar. Antara faktor risiko dia adalah dia suka makan lamb chop. Hampir setiap hari. See, now you know the consequence of it. Jadi, lebih baik mencegah dari mengubati.


Alamak, syira dah lari jauh dari tajuk sebenar. Big title kat atas tuh, In Time. Syira dah tengok cerita ni dan syira nak bagi lima bintang! Phew. Memang sebelum nak tengok cerita-cerita wayang ni, kita kena la tengok thriller dia dulu. Kalau best, baru la tak menyesal bila keluar dari pawagam nanti. Syira bersama kekasih hati, kami buat keputusan untuk menontonnya  di One Utama.


Cerita In Time ni mengisahkan tentang manusia yang telah ditentukan akan masa kematian mereka. Kalau nak tambah jangka hayat hidup, kena la kerja. Masa itu ibarat duit. Dah tak pakai duit kertas atau syiling lagi dah. Semuanya bayar pakai masa yang ada. Menarik kan? Ha, syira memang suka cerita rekaan yang kreatip2 camni. Kalau nak tahu lebih lanjut, kena la tengok cerita ni sendiri ye.

Tapi, di sebalik cerita yang agak mengarut ni, ada pengajaran yang cuba disampaikan. Apa yang syira dapat adalah tiada tujuan andai manusia itu dapat hidup di dunia seratus tahun sebab pastinya manusia itu akan hanyut dalam kealpaan dunia dan bila mana tiba2 je mati itu dipercepatkan, apa yang sempat dibuat? Tak sempat nak buat apa2 pun.


Tapi, sementara tunggu wayang nak mula, syira dengan kekasih hati, kami pergi makan Shimino. My first impression, superb! Macam mana syira nak cakap ye. Dia adalah sejenis makanan jepun yang menggunakan "crepe", ala yang macam lempeng tu, nak sedap cket, boleh panggil pancake pada lapisan luar dan diisi dengan macam2 inti mengikut kesukaan masing2. Eh, boleh ke? Ada choice tertentu la yang korang boleh pilih.


Hari tu, syira pilih yang ada pisang, kek coklat dengan aiskrim coklat yang bila digabungkan so delicious-te *memandai buat perkataan sendiri. Tapi, yang best nya kan sini diorang memang promote la mana satu pilihan yang jadi "best sellling". So, takde la rasa rugi buat siapa yang baru pertama kali cuba tak sedap ke apa kan.