Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, July 11, 2010

0rg ckp pasal b0la..aku?

BERKHURAFATKAH KITA ?
Oleh : Us. Abd Rashid b. Abdul Halim, UniKL-MSI, Kulim, Kedah.


Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atasku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala- galanya.
Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakkal”. ( Surah Al-Zumar, Ayat 38 )

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat di dalam amalan khurafat.

salam..mengapa en3 kali ini b'latar belakng kn k'islaman..baiklah..m'mandangkn sejak2 akhir nih,hny berita ttg bola sepak yg sering diperkatakn..harap rakan skalian fhm dgn fenomena sotong peramal.moga2 kte tidak t'masuk antra g0l0ngan2 yg diperkatakn..



1 comment:

JijahJambu@Jj said...

hehehe sotong dah kena masak sambal sotong ...

Related Posts with Thumbnails