Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, August 14, 2011

Perlu Kah Tahi Telinga Dibuang?

Assalamualaikum

Salam ramadhan yang ke-14 syira ucapkan pada pembaca blog syira ni. Memang tak dinafikan, syira agak sibuk kebelakangan ni dengan kelas dan presentation. Penat sangat tauuuu! Kelas setiap hari 8pagi-5petang non-stop! Berhenti untuk solat kejap je. =( Pukul 5 baru nak bertolak dari sg. buloh balik selayang. Phew!~

  Maaflah sangat2, kalau kesibukan ni menyebabkan syira tak luangkan banyak masa dengan blog dan pembaca tercinta blog syira ni.


Sempena bulan ramadhan ni kan, antara perkara yang membatalkan puasa ialah.. mamasukkan sesuatu ke dalam ruang anggota badan. Contohnya, hidung dan telinga. Pandai adik-adik. Hehe. Tapi kan, sebenarnya kan perlu ke kita korek telinga untuk membuang tahi telinga atau bahasa sopannya 'ear wax' ?

Meh sini ni syira nak 'habaq' mai sikit. Sebenarnya, tak payah langsung.  Tak kira la pakai putik kapas/cotton bud ataupun pengorek telinga besi tuh.

Euww. Pengotornya syira tak bersihkan telinga. Syira bukan pengotor sebab sebenarnya tahi telinga tu akan keluar sendiri apabila kita banyak menggunakan pergerakan rahang seperti waktu makan dan juga bercakap.

Apa? Tak percaya? Cuba pergi tanya doktor pakar ENT, ear nose & throat. Diorang akan marah kalau korang bagitahu korang selalu korek telinga. Sebab sebenarnya kan, semakin kita korek telinga dengan menggunakan putik kapas terutamanya, ia akan menyebabkan tahi telinga itu lebih tertolak ke dalam dan akhirnya boleh menyebabkan telinga tersumbat setelah banyak lapisan tahi telinga yang terbentuk!

Dan hanya doktor pakar ENT sahaja yang boleh korek telinga mereka kerana mereka sahaja yang tahu kedudukan dan laluan sebenar dalam telinga sebab laluan dalam telinga kita bukan straight to the point ok!


Dan selalunya orang yang datang berjumpa pakar ENT kerana masalah pendengaran yang disebabkan oleh tahi telinga akan bagitahu yang diorang selalu sangat korek telinga. Tak kesah la setiap minggu dan ada yang membuatnya hampir setiap hari!


Dan, akhirnya, pakar ENT terpaksa melakukan 'suction' untuk mengeluarkan tahi telinga yang keras dan mampat menutupi gegendang telinga. Sebenarnya, tahi telinga itu bertujuan untuk mengekalkan kelembapan saluran telinga di samping menghalang bendasing (seperti serangga kecil) dari memasuki telinga.

Jadi, mengapa dibuang tahi telinga?


7 comments:

HARI INI DAN SEMALAM said...

setuju3....hehe

Freaky said...

oo baru tahu pasal korek telinga ni.. huhu

Nisha Ramlan said...

post title yang agak menjijikkan..
tapi good for sharing..
hehe

Lynn said...

tapi takut org dok sebelah tyme tu..tgh2 makan ker taik tinge kuwa..susah juger tu..huhu..^_^ masuk 2 minggu lin x korek dah pekak..kih3..

cik sue ;) said...

oo.cmtuh eh. sue tiap kali pas mndi korek telinge. cam xbest plak. pasni kne brenti ah..

eRa97 said...

ooo.. macam tue.. baru era tahu.. hik3..

faizul badri said...

Korek telinga dengan cotton bud juga boleh mendatangkan bahaya pada telinga, lebih baik guna vakum telinga, sejenis alat yg mudah diguna dan selamat....
http://muslimchoices.com/?p=pembersih_telinga

Related Posts with Thumbnails