Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Tuesday, September 15, 2015

Muncul Kembali

Assalamualaikum semua readers!

Uhuk! Uhuk! Berhabuk sungguh aih blog picisan syira ni. Tengok la tuh, last enrty tahun 2012 nuh, Macam-macam jadi dah kot dalam masa 3 tahun ni. Dari bujang dah berkahwin, dari berdua, dah nak masuk bertiga. Cepat sungguh masa berlalu. Ok fineee. Syira belanja sikit gambar. Jangan cakap akak tak payung ok.

Gambar beraya pertama sebagai suami isteri yang sah. Wink wink *_<

Sekarang ni syira menanti masa je melahirkan zuriat pertama kami. Due date nya 25/9/2015. Tapi, sekarang ni dah 38minggu ++. Sebenarnya, bayi dah matang seawal 37minggu, Jadi, kalau para ibu melahirkan anak 3minggu awal dari tarikh jangka lahir, dun worry sebabnya bayi anda dah matang melainkan dia ada masalah kesihatan lain.

Kebanyakkan bayi yang syira tengok la kan memang suka keluar overdue. Mana taknya. Sewaktu di dalam rahim, layanan diberi 24jam, Bila dah lahir nanti, kita nak bagi layanan 50% dari apa yang dia dapat dari dalam rahim pun belum tentu tau. Sebab tu dia lagi suka duduk kat dalam rahim tu.

Sewaktu dalam rahim, semua oksigen dan sumber nutrisi makanan disalurkan direct kat dia dari uri melalui tali pusat yang menjadi 'sahabat baik' dia. Takde delay2 sikit pun. Seawal usia bayi 4 bulan dia sudah mula menghisap ibu jarinya dapat menenangkan dia dan setiap pergerakan ibuu umpama buaian yang mendodoikan dia.

Sekarang ni, syira dah start maternity leave. Tapi, by right para ibu yang bakal melahirkan anak kena banyak berjalan bila dah nak dekat due date supaya dapat memudahkan proses kelahiran. Disebabkan oleh cuaca sekarang berjerebu sehingga mencatatkan indeks pencemaran udaraak (IPU) yang tidak menyihatkan, so kita jalan dalam rumah je la. Ok bye. Syira nak sambung jalan esok.


Nota kaki saiz 5: Bila dah bosan duk umah, baru tetibe datang mood nak berblogging.. Aishhh.

1 comment:

cik nur said...

harap semua nya berjalan dengan lancar yer syira moga dipermudahkan segala nya :)

Related Posts with Thumbnails