Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Tuesday, September 15, 2015

GO SHOP! Ada TV Boleh Beli!

Assalamualaikum semua readers!
Wow! Baca tajuk je pun dah tahu kan. Memang ini lah jadinya kalau dah duduk rumah memanjang sementara tunggu nak melahirkan ni. Haish.. Bagi yang tak tahu, Go Shop ni ada sebuah rancangan TV terbitan Astro channel 118 tentang pembelian secara online. Home shopping kata omputeh tu,

Apa yang menarik tentang Go Shop ni, dia akan beri demonstrasi tentang barang2 yang dijual. Kita akan rasa barang yang diorang jual ni memang the best brand la bila compare dengan jenama barang kita yang sedia ada. Sebab pada pandangan syira, diorang memang pilih the best item dalam pasaran untuk dijual sebab banyak benefit kalau compare dengan jenama lain. Barang memang setanding dengan harga nya la kan,

Syira pun dah terjebak dengan Go Shop ni. Bila tengok tu memang rasa nak beli je semua benda yang dia jual tu. Kekadang tuh sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebab sekejap rasa Happycall Diamond Frying Pan, sekejap rasa nak beli Happycall Alumite Ceramic Pot Set. Acaner tu? Kopak duit mak kalau camni.



Gambar ihsan En. Google


Tapi kebanyakan barangan yang dijual kat Go Shop ni buatan korea dan seperti yang kita sedia maklum teknologi negara korea dan jepun ni memang lebih maju berbanding negara lain. Jadi, tak hairanlah kalau ramai antara kita yang tergoda bila tengok Go Shop ni. Sep sket siapa orang tu! Huu..

Nota kaki saiz lima: Sudahnya satu barang pun tak beli sebab bila dah tengok2 semua, eh macam tak tahu nak beli mana satu. Ok bai!


Muncul Kembali

Assalamualaikum semua readers!

Uhuk! Uhuk! Berhabuk sungguh aih blog picisan syira ni. Tengok la tuh, last enrty tahun 2012 nuh, Macam-macam jadi dah kot dalam masa 3 tahun ni. Dari bujang dah berkahwin, dari berdua, dah nak masuk bertiga. Cepat sungguh masa berlalu. Ok fineee. Syira belanja sikit gambar. Jangan cakap akak tak payung ok.

Gambar beraya pertama sebagai suami isteri yang sah. Wink wink *_<

Sekarang ni syira menanti masa je melahirkan zuriat pertama kami. Due date nya 25/9/2015. Tapi, sekarang ni dah 38minggu ++. Sebenarnya, bayi dah matang seawal 37minggu, Jadi, kalau para ibu melahirkan anak 3minggu awal dari tarikh jangka lahir, dun worry sebabnya bayi anda dah matang melainkan dia ada masalah kesihatan lain.

Kebanyakkan bayi yang syira tengok la kan memang suka keluar overdue. Mana taknya. Sewaktu di dalam rahim, layanan diberi 24jam, Bila dah lahir nanti, kita nak bagi layanan 50% dari apa yang dia dapat dari dalam rahim pun belum tentu tau. Sebab tu dia lagi suka duduk kat dalam rahim tu.

Sewaktu dalam rahim, semua oksigen dan sumber nutrisi makanan disalurkan direct kat dia dari uri melalui tali pusat yang menjadi 'sahabat baik' dia. Takde delay2 sikit pun. Seawal usia bayi 4 bulan dia sudah mula menghisap ibu jarinya dapat menenangkan dia dan setiap pergerakan ibuu umpama buaian yang mendodoikan dia.

Sekarang ni, syira dah start maternity leave. Tapi, by right para ibu yang bakal melahirkan anak kena banyak berjalan bila dah nak dekat due date supaya dapat memudahkan proses kelahiran. Disebabkan oleh cuaca sekarang berjerebu sehingga mencatatkan indeks pencemaran udaraak (IPU) yang tidak menyihatkan, so kita jalan dalam rumah je la. Ok bye. Syira nak sambung jalan esok.


Nota kaki saiz 5: Bila dah bosan duk umah, baru tetibe datang mood nak berblogging.. Aishhh.

Related Posts with Thumbnails