Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Ibu Bangga Denganmu, Nak.

Assalamualaikum

Korang nak tahu satu rahsia tak? Bila mana kita dapat result cemerlang gemilang terbilang atau dapat belajar tempat bagus2 ke kan, atau pun dapat kerja bagus2 *bagi yang sudah bekerjaya, ibu bapa kita bangga dengan kita.

Mungkin kita tak nampak semua tuh, sebab perasaan itu lahirnya dari hati dan hanya dilahirkan tanpa sedar. Bila mana ibu bapa kita berbual dengan kawan2 mereka, tanpa ditanya mereka sendiri rela berkongsi cerita mengenai kejayaan kita.

"Kau nak tahu tipah, anak aku ha, ye yang along tuh kan, dah belajar kat over-the-sea you know!"

Kadang-kadang, yang bukan sedara pun mengaku sedara tauu.

*pic sumbangan En. Google*

Bukan niat mereka untuk menunjuk-nunjuk, tapi itulah luahan perasaan punya anak seperti kita. Kerana anak itu adalah hasil benih mereka sendiri. Hasil mereka berpenat lelah hanyalah untuk anak. Itulah hasil jagaan dan didikan yang diberikan selama mana kita membesar. Hanya linangan air mata kegembiraan dapat menjadi teman.

Nota kaki : Betapa gembiranya apabila kita mendengar ibu bapa kita bercerita tentang kejayaan kita pada teman2 mereka bukti mereka bertuah punya anak seperti kita. >_<




Related Posts with Thumbnails