Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, June 12, 2011

Penat dengan Semua Ini

Assalamualaikum
Fuh, seminggu ni syira memang frust menonggeng bukan sebab putus cinta okeh. Eh, apa kelas syira frust2 sebab putus cinta. Memang bukan taste I okeh. Hehe *mampus kalau bf syira baca ni. Erk Huh? Apa sebab syira frust? Semuanya disebabkan oleh streamyx rumah syira yang rosak-entah-kenapa-mungkin-berjangkit-daripada-telepon-rumah-yang-rosak-jugak. Amboooiiiih. Panjang betul sebab dia.

Tapi, betul. Lepas je mama syira pakai telefon rumah untuk telefon kampung bertanyakan khabar saudara-mara, tetiba aje kan, syira yang sedang menggunakan streamyx sebagai medium untuk syira ber'blogwalking' ke blog rakan2 blogger syira yang comey2 ni kan, syira dapat merasakan ke'lembap'an internet yang tidak dapat dibendung lagi.

Dan keesokan harinya, langsung telefon rumah tak boleh pakai. Walau bagaimana pun, streamyx still boleh pakai cuma lembap dia jangan cakap la kan. Mengalahakan berukband. Kekadang rasa siput pun lebih laju. Boleh tak gamaknya nak cucuk siputband kat laptop cenggini. =.='
Dan terima kasih lah kepada hero yang menyelamatkan situasi mencemaskan sebegini. Of course my chubby daddy. Erk. Abah syira kerja Telekom. So, it's very small matter, der. Ekeke. Tapi, kusangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ecece. Berperibahasa bagai pula kan. Keesokannya tu pula, laptop syira diserang virus berjimba-jimba. Kalau korang nak tahu, rupa virus tuh biasanya cenggini. Ini rupa tipikal bagi virus.

Jadi, adakah virus tuh berjangkit pada laptop kita segini rupa apabila kita men'access' pendrive kita pada laptop. Oh, sungguh! Sungguh tidak menyelerakan.

So, semua ini memang membantutkan niat suci murni syira untuk blogwalking ke blog rakan2 blogger syira yang comeyy2 ni. >.< Tapi, takpe. Sekarang, semua masalah tersebut di atas telah dapat ditangani dan kini syira kembali bersemangat untuk ber'blogging'. Thanks semua support syira di sebalik laptop korang. Fewwhhh.. *bunyi angin sepoi2 bahasa menggambarkan suasana yang sunyi sepi tanpa manusia.
Sigh T____________________T


Friday, June 10, 2011

Yeay Yeay. Dapat Surat Cinta!

Assalamualaikum
Semalam kan, kan, syira dapat satu surat yang dipos tepat ke rumah syira. Surat cintakah? Surat samankah? Surat putus cintakah? Haha. Semuanya salah. Ia adalah surat

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Yes, that is my full name. Norsyahirah Abd Razad. Alamat perlu dirahsiakan ye adik-adik. Ye la. Mana tahu stalker setia syira baca blog ni kan. Pastu datang se
rbu rumah syira. Kan dah susah. Perasan pemes betul. Kau ingat kau tu hot macam Yuyu Zulaikha, Cik Epal atau Fatin Liyana ke, huh? Ok fine, malu di situ! T_________T

Fuyyo!! Urusan Seri Paduka Baginda tuh... Eleh, poyo je la syira ni. Macam la orang lain tak pernah dapat surat ada tulis Urusan Seri Paduka Baginda kan. Takpe la. Bukannya selalu pun syira dapat surat. Ada la setahun sekali. Erk?!~ Bukannya selalu syira dapat lompat terkinja2 macam doodle pink kat bawah ni.



Yippie. Cubaan pertama syira buat doodle. Comel tak? Cepat cakap comel kalau tak syira taknak kawan. Tee hee.>.< Agak keterlaluan syira di situ yang berangan kononnya nak pakai kebaya pink. Hello. Ingat syira tak boleh ke nak pakai kebaya? Sekarang je tak boleh sebab saiz badan dah 40-40-40. Erk, ye ke? Sila la jangan percaya. Hehe. Kenapa tangan dia cenggitu? Erk? Ok, fine, syira tak pandai nak lukis tangan!


Sebenarnya, surat yang dinyatakan di atas ialah surat dari JPA. Jabatan Perkhidmatan Awam. Yes. Syira belajar ni atas tajan JPA. Apa? Nak tanya berapa syira dapat dalam satu sem. Erk. Ada la dalam RM****. Hoho. Jangan marah ha. So, bila dah dapat tajan JPA ini kan, result kena maintain ye adik-adik supaya biasiswa tak ditarik balik atau kena repeat 1 tahun belajar. Na'uzubillah. Minta dijauhkan la, Ya Allah!

Tapi, sebenarnya buat pengetahuan adik-adik sekalian. Fakulti perubatan di UiTM ni memang tak pernah guna pointer. Kitorang pakai gred je. Ala2 buak sekolah gitu. Hehe. Korang leh kira sendiri kemungkinan gred2 yang syira dapa untuk menghasilkan pointer CGPA 3.43 di situ. Sikit lagi nak dapat anugerah dekan kan.

Ecece. Kau ingat senang. Dah la nak maintain duduk dalam course ni pun dah cukup bersyukur tau. Apa2 pun, JPA, terima kasih atas ucapan tahniah yang diberikan *bukan takziah dan juga atas tajaan yang diberikan. Syira akan gunakan duit tuh sebaik mungkin untuk membantu syira dalam pelajaran. Kalau nak guna sikit2 untuk shopping pun boleh kan. Eerk!~


Wednesday, June 8, 2011

Kasih Yang Suci Vs Nora Elena

Assalamualaikum
Apa khabar blogger2 kat luar sana tuh? Walaupun kita cuma kenal dalam dunia blogging, tapi syira sangat prihatin kat kawan2 blogger tau. Hehe. *bodek la tuh. Mengikut pembacaan termometer syira ni kan, rasanya demam NORA ELENA masih tak kebah-kebah lagi. Malah, makin meningkat lagi suhu dia. Hampir mencecah 40 darjah selsius. Pantang tok nenek moyang kalau tertinggal satu episod sekalipun.

Bahkan, ada yang lebih teruk sanggup melawan ibu bapa yang tak bagi tengok televisyen waktu maghrib. Ye la, waktu penyiaran Nora Elena kan antara pukul 7-8 malam. Tak elok ye begitu adik-adik. Menderhaka pada ibu bapa tu namanya. Nanti tak dapat berkat nak dapat suami macam Seth Tan. *berangan la tuh. Hehe. Kan sekarang banyak je laman web untuk tengok ulangan Nora Elena, betul tak? Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tee hee


Ha, pastu sekarang ni ramai remaja perempuan terutamnya yang tengah cari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha terbitan Alaf 21. Memang penuh je MPH, Popular dengan bebudak yang nak cari novel ni. Kalau korang nak tengok preview dia, leh tengok kat link ni. Weee.

Dan semalam, masa syira tengah blogwalking, syira ada terjumpa satu blog ni. Akak ni dia nak tulis surat kat TV3, nak bantah penyiaran NORA ELENA. Mesti ada yang dah panas punggung je dengar statement syira ni kan. Rilex dulu, bro. *syira tahu, ramai juga peminat Nora Elena terdiri dari golongan jejaka gagah perkasa, betul tak? hehe Akak ni cuma main-main je. Sekadar bergurau senda di petang hari. So, korang kalau dah baca surat dia, jangan pergi serang dia pula. Syira taknak bertanggungjawab. Kalau korang dah tenang, baru boleh klik link ni. Tau, ingat tu!~


Wordless Wednesday





Thursday, June 2, 2011

Tidak Bersyukur!

Assalamualaikum!
Haip korang. Tengah buat apa tuh? Aish, jangan nakal-nakal di situ ye. Korang pernah rasa tak apa yang syira rasa di waktu dan saat ini? Apa yang syira rasa?

Syira rasa boring yang teramat sangat duduk kat rumah ni. Wallaweyh, gi mana'an sih
*baca dalam nada indonesia okeyh?

Tu la, masa orang suruh belajar, sibuk penat la, nak cuti la kan. Sekarang, bila orang dah bagi cuti 4 bulan, kan dah mati kutu tak tahu nak buat apa.

Nampak sifat tidak bersyukur di situ ye adik-adik sekalian. Ok, sigh. T______T

By the way, semalam kan syira pergi konsert dekat taman tasik titiwangsa. Ala, dekat setapak tuh. Dekat denagn perpustakaan Negara yang selalu budak datang kononnya sudy tapi sebenarnya berdating. Erk.! Konsert Youth for Unity.

Memang sesuai sangat time budak-budak sekolah ni tengah cuti lagi pulak kan. Hehe. Tiga hari berturut-turut okay? 1,2 and 3 Jun. So, adik-adik kat rumah yang bosan-bosan mak ayah tak bawa gi mana-mana cuti ni kan, boleh la datang ramai2.*gambar ihsan cik google*

Kalau tak silap syira, syira baca kat banner tuh, dia start pukul 10 pagi. Mungkin ada banyak aktiviti yang menarik. Jadi, apa tunggu lagi depan laptop tuh. Tee hee.

nota kaki : Tengah tengok cerita Nora Elena. Nak sangat husband macam Seth Tan Abdullah. So sweeeeeeeeeeeet. Thousand times! Boundless love for his wife!~


Related Posts with Thumbnails