Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Saturday, July 2, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum


Abang Ben buat segmen lagi, lagi dan lagi. Nak join. Sebelum 4 Julai. Ada masa lagi tu. Klik sini.

Friday, July 1, 2011

Seminggu 100 Follower Kembali

 Assalamualaikum

Phew. Syira penat sangat. Biasa lah bila cuti hanya tinggal sisa2 sampah beberapa hari je lagi ni kan, banyak la kerja datang menyerang. Syira baru balik dari Shah Alam. Drive pukul 6.15 petang. Pukul 8 baru sampai. Gila lama tak boleh blah kan.


Dah taknak cerita pasal tu sebab syira nak join segmen yang freaky ni buat. So, taknak buat masa. Hehe. Senang je kan. Nak join, klik sini.


Soal Jodoh Bukan Hal Main-main

Assalamualaikum

Apa macam panas je tajuk entri kali ni. Memang panas pun. Macam pisang goreng Mak Bedah yang baru lepas masak. Senang cerita. Siapa tengok rancangan 'Bang Bang Boom' malam tadi?

Senang cerita nya cenggini. Siapa kenal Fida Ibrahim. Ala, yang muka dia iras2 Dato' Siti Nurhaliza tuh. Terkenal melalui rancangan Nona ke. Kalau tak silap syira. Ala, yang ini ha.
.
.
.
.

Ha, ayu gitu kan. Muka flawless je. Jeles! Berbalik kepada isu berbangkit yang ingin syira bangkitkan di sini, krew2 'Bang Bang Boom' boleh kenakan Fida ini dalam satu segmen diorang. Segmen apa ntah syira tak ingat. Ala, segmen yang mengenakan artis2 tu la kan.

Diorang buat satu rombongan palsu yang datang masuk meminang si Fida ini la kan. Memang lengkap dengan barang hantaran sikit2 la dan berpakai baju melayu smart habis. Diorang boleh siap berpantun bagai dengan wali fida, iaitu abang dia masa tengah merisik.

Selepas itu, fida yang baru balik dari mana ntah kan duduk la sebelah abang dia. Dah malu2 masa diorang cakap nak masuk minang dia, abang dia cakap kena la tanya tuan punya badan. Fida pun cakap, tanya mak. Kalau mak setuju, dia ok je kot.


Bila fida cakap "kalau dah jodoh, terima je", krew2 Bang Bang Boom terkedu kot sebab mungkin diorang expect fida akan tolak. Sebab lelaki yang nak meminang itu kawan fida sendiri.

Kawan dia tuh cakap, "hari itu awak cabar saya kan, sekarang saya dah buat". What the fish? 

Bila krew2 dah bongkarkan rahsia kata fida terkena dalam rancangan Bang Bang Boom, fida yang agak terkejut, menunjukkan perubahan muka dan terus berlalu masuk ke dalam bilik. Tiada gelak tawa yang biasa macam selalu orang buat bila terkena.Sangat kasihan.

Nota kaki : Soal jodoh dan ajal maut bukan hal main-main. Bukan perkara yang boleh dibawa bergurau. Kalau macam syira pun kan, orang nak kenakan, syira no hal, tapi tolong bukan yang berkaitan soal jodoh dan mati. Sensitif isu. Sentap makkkkkkkkkk!

*Entri ini sepatutnya dipublishkan hari khamis, tapi sebab blog buat pasai dengan syira asyik cakap 'bad request' aje. Jadi, hanya dapat post hari ini je. Sabor aje la.




Wednesday, June 29, 2011

1st Giveaway from Mizayusof.com

Assalamualaikum

Haip korang. Jangan nakal2 di blog syira ye. Hoho. Okeh, tadi syira berblogwalking di petang yang nyaman, sambil baca entri yang syok2 dari rakan2 blogger syira, tetiba je kan, syira ternampak satu Giveaway yang menarik.

Kenapa syira cakap menarik? Ha, tengok banner bawah ni.


Best kan. So, nak join klik banner tuh okeh. Syira tag :

Iela
Bui
Maera

Ok. Itu je. Thanks.

I'm Free!!!

Salam Isra' Mikraj untuk semua.

Ecewah, kata pembuka yang lain sedikit sempena hari Isra' MIkraj yang jatuh pada hari rabu, 29hb June 2011 bersamaan dengan 27 Rejab 1432 Hijrah. Pagi yang indah hari ini bermula dengan hujan rahmat di sekitar kawasan rumah syira. So, syukur alhamdulillah. Tak tahu lah tempat korang cemana. Tapi, antara waktu doa yang dimakbulkan ialah pada waktu hujan yang lebat.

Hari ini, syira cuma duduk rumah menghabiskan sisa2 cuti semester yang cuma berbaki lagi satu minggu je. Sob sob. 11 Julai ni dah masuk belajar balik. Pelik kan? Itu lah kan, dekan fakulti syira memang tak suka cuti lama2 macam ni. Hehe.

Kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan Isra' Mikraj, hari ini juga merupakan hari terakhir bagi lesen syira untuk bergelar 'Lesen Percubaan'. Mungkin ada yang kata,

"Ek eleh, budak hingusan baru nak habis P ke?"



Jawapan syira "ada aku kesah?" Hehe. Takde lah. Susah juga la syira nak dapat keberanian untuk bawa kereta. Lebih-lebih lagi kereta manual kan. Orang ramai (terutama lelaki) mungkin pandang rendah kalau perempuan yang bawa. Apatah lagi kalau perempuan yang masih lagi berlesen P kan. Betul tak pembaca2 lelaki di luar sana? =.='

Tapi, syira still akan biar sticker P kat baby blue (kereta Savvy syira) sebab untuk keselamatan nak kata ayah syira. Anak ayah. Erk. Sebelum nak ambil lesen kereta ni, syira ni memang jenis tak pernah sentuh stereng kereta sebelum belajar bawa kereta dengan cikgu memandu syira. Yang kelakar nya tuh kan, syira siap boleh mengaku dekat cikgu memandu tuh

"cikgu, saya ni start enjin kereta pun tak reti tau."


Jujur tak syira? Hehe. Ini mengada nak minta sekeh namanya. Buat malu je syira ni kan. Dan yang terkini

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaaaaaaa. Apa pasal muka lagi beso dari Lesen P. Hua, tensen betul. Nak pi buat senaman muka la kasi kecik sikit. K bye.


Related Posts with Thumbnails