Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Monday, October 19, 2015

Sembelit Ketika Pantang

Assalamualaikum semua readers!

Amaran: Sila jangan baca entri ni sambil makan! Sebarang kesan sampingan seperti loya, muntah dan pening-pening lalat tidak akan ditanggung oleh penulis. Kih kih kih..

Kemain syira ni kan. Semua entri nak berkaitan hal ehwal orang lepas bersalin dengan mak2 je. Ate, nak wat macam mana. Dah itu je idea yang keluar kat kepala otak ni untuk menulis. Layankan aje la.

Ha, ni memang salah satu masalah untuk ibu-ibu lepas bersalin. Sembelit?! Like what. Problematic sangat ke sembelit ni. Kalau setakat sekali dua je takpe dik oii. Kalau dah hari-hari, leh bawa buasir ooh atau nama medical nya, hemorrhoid.. Elok-elok tak pernah ada buasir, tetiba terus dapat buasir. Buasir tu menatang hape pulak? Buasir tu semacam ketulan daging yang terkeluar dari lubang buang air besar yang disebabkan oleh tekanan sewaktu buang air besar (sembelit/najis keras), yang mana kadang2 boleh sampai berdarah dan membawa kepedihan. Adoi, baru cerita aje dah terasa kesakitannya.

                                          
*Sumber gambar buasir dari En. Google*


Macam mana la boleh dapat sembelit lepas bersalin ni? Mana tak sembelitnya kak ooi, kalau dah mengikut pantang orang tua2, katanya tak boleh minum air banyak. Nanti akan buncit and takut rahim basah? Sejauh mana kebenarannya, syira tak berani komen. Mula2 tu, memang syira ikut la, sebab mama syira yang jaga waktu pantang ni kan, so memang disukat air yang syira minum betul2. Tapi, nasib baik susu badan syira alhamdulillah banyak, mungkin berkat syira makan sayur sawi.

Dahla minum air disukat, lepas tu, air banyak keluar dari badan, untuk bagi susu kat baby. So, memang la boleh dapat sembelit kan. Syira punya la cuba bermacam2 cara untuk hilangkan sembelit ni. Makan anggur hitam, buah orange sunkist, sayur sawi and lastly minum air banyak, tapi nan hado. Tetap sembelit jugak.

So, jalan terakhir sebelum tawakkaltu 'alallah, syira minta tolong ayah syira belikan Ravin Enema (ubat air masuk ikut bontot). Dulu, waktu kecil2 pun, kalau syira sembelit, ayah syira penah bagi ubat ni. Tapi, dia ada khas untuk kanak2 and orang dewasa. So, jangan salah beli. Nanti, underdose. Boleh beli kat kedai cina ataupun farmasi. So, lepas pakai ubat ni, najis tu masih keras. Cuma, kita tak perlu teran. Sebab najis tu akan meluncur keluar laju je ibarat salju yang turun. Ape kejadah samakan dengan salju. Erkk. Alhamdulillah, dengan izin Allah, syira dapat membuang dengan sedikit kebahagiaan.


                               
*Contoh gambar Ravin enema sumber dari En. Google*

Nota kaki saiz 5: Kalau teran lebih2 lepas bersalin ni, mahu tertetas jahitan luka kat Miss V tu. Ouchhh! Tak dapat kubayangkan!

Sunday, October 18, 2015

4MOMS BREEZE! Memang berbaloi-baloi!

Assalamualaikum semua readers!

By the way, ada ke readers blog syira ni? Peduli hape kan. Sementara nak mengisi masa lapang cuti 'confinement' bersalin selama 3bulan ni, baik la syira menulis blog dari tak buat apa2 kan. Sementara anak tengah tido. Gittew. Nak bebel pasal apa pulak hari ni erk?

Alkisahnya, semalam syira dah beli baby cot for my lovely son. Baby cot ni dalam masa yang sama boleh jadi playpen bila mana baby dah boleh merangkak. So, kalau mak2 tengah sibuk2 nak buat kerja rumah, kita boleh letak dia dalam playpen ni dengan mainan dia. So, takdelah kita risau dia pergi mana hala atau tengah main dengan benda yang bahaya.

Very friendly user and paling penting senang disimpan. Ye la, nanti bila agak2 anak dah besar sikit, takkan nak duduk dalam tuh lagi kan. So, boleh simpan untuk kegunaan sampai anak 10. Opps. Mampu ke? Ahaha. Rezeki Allah. Jangan cakap main-main. Okeh, insap sekejap.

                                  
Just push down untuk buka baby cot/playpen 4momsbreeze ni. Senang giloss kan. Dan jimat ruang bila taknak pakai lagi dah! Dia punya struktur cot ni memang kukuh dan syira rasa memang akan tahan bertahun2. Testiomoni dari customer yang baru pakai cot ni sehari. Facepalm! -____-

Gambar sebelah kiri: untuk kegunaan newborn sampai 8kg/sebelum baby mula merangkak.
Gambar sebelah kanan: >8kg/bila baby mula merangkak sampai toddler. Just remove yang bassinet bahagian atas tu.


Disertakan jugak travelling bag supaya senang nak bawa ke mana2. Ha, balik rumah mak mertua pun leh bawak benda ni, then letak anak dalam tu and boleh tolong mak mertua buat kerja rumah. Mak mertua pun bertambah sayang. Kelas gittew jah. Habis jeles ipar-duai yang lain. Kau hado?


Syira memang recommend baby cot ni walaupun harga dia agak pricey sikit, dalam Rm1000++. Tapi, kalo boleh pakai sampai anak 10, tak ke jimat tu. 

Nota kaki saiz 5: Kalau dah cuti ni, memang leh bocor poket mak. Adohaii..




Saturday, October 17, 2015

Biodata Amsyar Fayyadh

Assalamualaikum semua readers!



Nama: Amsyar Fayyadh bin Mohd Nazlihafiz
Umur: 22 hari
Jantina: Lelaki
Tarikh lahir: 26 Sseptember 2015
Tempat lahir: Hospital Ampang, Selangor
Minuman kegemaran: Susu ibu
Makanan kegemaran: Susu ibu
Warna kegemaran: Putih (sebab warna susu ibu)
Hobi: Menyusu dengan susu ibu
Kenangan manis: Saat dapat menikmati susu ibu
Kenangan pahit: Saat kelaparan dahagakan susu ibu
Kawan baik: Ibu, Walid, Maktok, Tokwan, Makcu
Impian dan Matlamat hidup: Ingin membesar dengan sihat, taat pada Allah, Rasul dan ibu bapa, dan menjadi insan berguna pada masa akan datang.

Nota kaki saiz 5: Kemain ibu mengarang biodata Amsyar ni kan..

Pantang Selepas Bersalin, Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum semua readers!

Nampak sangat counting days bila la nak habis pantang syira ni kan. Hari ni hari yang ke-22. Ada lagi 22 hari nak ooii.. Takpe, sabarlah wahai tekak demi kesihatan badan di masa akan datang. Tapi, sebenarnya perlu ke tidak sebenatnya berpantang kalau mengikut perubatan moden ni? Ye la, selalunya berpantang ni amalan perubatan tradisional. Kalau macam lepas bersalin, kat wad hospital tu, kita tengok semua pun dibaginya kita makan.

Pada pandangan syira, memang perlu semua ibu yang baru bersalin untuk berpantang mengikut amalan tradisional sehingga 44hari walaupun bersalin normal. Sebab apa? Sewaktu mengandung, rahim kita ni dah mengembang 500kali ganda dari saiz asalnya. Ha! Terkejut kan. Syira pun baru tahu hasil pembacaan masa mengandung hari tu. So, bayangkan la bila dah bersalin, dia perlu kembali ke saiz asalnya. Masa mengandung, rahim ada masa 9bulan untuk mengembang. Bila dah bersalin, biasanya dalam seminggu dua, rahim dah kembali ke saiz asal.

Dalam masa yang sama, hormon pun mengambil masa untuk stabil. So, kita kena bantu badan untuk sesuaikan diri dengan keadaan ni. Sebab tu kena jaga makan. Salah makan badan yang merana. Kata orang tua, nanti bentan. So far, alhamdulillah, syira tak pernah lagi la kena bentan ni. Bentan ni orang kata, kita akan rasa menggigil satu badan sampai takleh nak buat apa langsung walaupun cuaca tak sejuk pun masa tu dan badan akan rasa sangat lemah.

                                           
*Sumber dari En. Google*

Tapi, syira pernah kena badan masuk angin. Masa hari pantang yang ke-11, mama syira nak cuba bagi air milo, katanya nak tambah tenaga sebab ada maklong syira bagi minum milo masa jaga anak dia pantang. Kalau tak, sebelum ni syira selalu minum kopi je sejak hari pertama pantang. Lepas tu, malam tu, tengah tidur, tiba2 sakit satu perut yang teramat sangat yang syira sendiri tak pernah rasa. Bukan macam sakit perut nak berak, sakit perut sebab makan lambat atau sakit senggugut. Memang sakit yang lain la. Takleh describe. Pastu, syira mengerang kesakitan sampai kejut encik suami, minta tolong urut belakang badan, barulah keluar angin and rasa lega sikit.

Kadang2, ada sesetengah orang yang takde masalah dengan satu makanan tu sewaktu pantang. Tapi, ada orang lain sensitif pula. So, memang la kena jaga makan sewaktu pantang ni. Kalau tak, badan sendiri la menanggungnya di kemudian hari. Sebab tu la tok nenek kita dulu2, semuanya badan masih kuat sampai sekarang.

Nota kaki saiz 5: Doakan syira bertabah untuk pantang sampai hari ke-44 ye kawan2.


Friday, October 16, 2015

Nipple Cracked, Punca dan Penyelesaiannya

Assalamualaikum semua readers!

Haish, sejak jadi mak2 ni kan, memang nak cerita tentang permasalahan ibu2 je. Takpe, yang belum jadi ibu pun boleh baca untuk menambah pengetahuan sedia ada. Belajar biarlah sampai ke negara China. Dah pandai beranak, kena la pandai susukan anak, Jangan la sampai baby tu asyik menangis kelaparan je sebab tak cukup susu badan. Tapi, normal sebenarnya, buat permulaan 2-3hari yang pertama, susu badan tak banyak lagi sebab badan baru nak adapt dengan hormon yang suruh hasilkan susu.

Tapi, kita mind set kena positif. Niat di hati, Ya Allah, aku nak susukan anak aku, permudahkanlah. Lepas tu, kita kena rajin susukan anak walaupun dia belum nangis nak minta susu lagi. Sebab baby ni dia tahap2 cara dia tunjukkan yang dia lapar. Dan menangis atau mengamuk tu adalah tahap terakhir, kiranya dia dah lapar sangat la. So, setiap 2jam tu, better susukan je dia walaupun dia belum menangis lagi. Percayalah, lepas tu, dia akan sedut dengan seleranya, macam memang tengah lapar. Menyusu badan juga dapat mengurangkan penyakit kuning atau jaundice yang biasa dialami oleh baby baru lahir akibat hati yang belum matang lagi.                                  

Masalah lain yang selalu dialami oleh ibu yang baru nak belajar menyusukan anak ni adalah nipple cracked atau luka pada puting payudara. Apa punca masalah ni sebenarnya? Masalah ni sering terjadi pada ibu yang pertama kali nak menyusukan anak, jadi cara atau teknik penyusuan tu tak betul dan menyebabkan terjadi luka pada puting payudara.

                                   
*Gambar ihsan En. Google*

Seeloknya,dapatkan dan belajar cara yang betul daripada nurse di klinik kesihatan. Cara pelekapan mulut bayi pada puting yang betul ialah, mulut bayi cover pada puting dan juga sebahagian besar areola (yang hitam sekeliling puting), bibir bahagian bawah bayi mestilah terjuih keluar dan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu,

Bila cara pelekapan mulut bayi dengan payudara ibu salah, maka haruslah mudah terjadinya nipple cracked. Penyelesaian mudah, para ibu kerap mencari nipple cracked cream kat farmasi untuk mengatasi masalah ni. Walhal cara yang paling senang untuk mengatasi masalah ni adalah dengan menyapu sedikit susu ibu ke bahagian puting yang luka. Macam mana? Lepas bayi dah habis menyusu tu, perah sikit susu ibu dan sapukan pada bahagian luka. Ini kerana susu ibu sendiri mempunyai banyak antibodi yang bagus dan boleh bunuh kuman dan menggalakkan pembaikan sel2 di sekitan puting yang luka tu. Bila luka tiada, penyusuan jadi selesa, ibu dan bayi gembira.

Nota kaki saiz 5: Sambil menulis entry ni sebenarnya tengah susukan baby AF. Memang syira jadi multitasking sejak jadi mak2 ni. Ke memang dari dulu syira ni jenis multitasking? Uhuk..
Related Posts with Thumbnails