Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa, Abah!

Assalamualaikum

Semua orang di dunia punya seorang ayah dan seorang ibu. Cuma seorang. Seorang seumur hidup. Kalau terkenang pengorbanan abah memang boleh mengalir air mata. Biar bukan abah yang mengandung 10 bulan. Biar bukan abah yang melahirkan.

Tapi, abah sanggup lakukan yang terbaik demi membesarkan anak-anaknya. Setiap permintaan anak cuba ditunaikan selagi tidak memudaratkan. Segala makan, minum dan pakai, biarlah anak didahulukan.

Abah tak makan. Abah tak minum. Abah tak beli baju baru. Abah tak kesah. Abah sanggup kerja lebih masa untuk keperluan anak-anak. Bila anak masuk sekolah, semua keperluan anak disiapkan. Sanggup hantar anak dan ambil anak waktu pulang biar hanya menunggang motor, biar terpaksa berpanas hujan.

Bila anak dah masuk sekolah menengah, anak dah pandai ada boyfreind atau girlfriend, abah pula tak dipedulikan. Boyfriend atau girlfriend lebih penting dari abah. Tapi, abah tak kesah. Biasalah, darah anak muda, bisik hati abah.

Bila anak dah belajar masuk belajar ke kolej atau universiti, sayu hati abah nak berjauhan dengan anak. Tapi, segala keperluan anak untuk masa depan anak tak pernah diabaikan. Biar sanggup bekerja siang malam, asal anak berjaya hingga menara gading.

Bila mana tak cukup duit, katakan sahaja, tak pernah abah menolak. Biar abah tak berduit, asal anak berjaya. Bila mana anak lupa nak telefon bertanyakan abah, tetapi abah kerap teringat si anak. Tertanya-tanya kecukupan makan pakai si anak.

Sedang anak sudah berjaya, bukan duit anak yang dipinta, cukuplah ingatan dan kesanggupan si anak jaga abah hingga hari tua. Sedang anak sudah berkeluarga, rindu abah bertimpa-timpa untuk anak dan cucu.

Bukan kereta mewah yang masuk memarkir di halaman rumah abah yang abah selalu mimpikan, tapi kehadiran anak abah sekeluarga yang pulang menjenguk abah yang sakit tua.

Abah tak pinta banyak. Cuma anak di sisi. Sebelum nafas abah yang terakhir.

Nota kaki : Hari-hari adalah hari bapa untuk syira. Jadi, hargailah setiap pengorbanan bapa kita sementara masih berkesempatan. Selamat hari bapa, abah! Syira tengah tengok cerita 'Sayang Abah'. Susah betul orang hati tisu macam syira ni. Nak tisuuuuu!



Perempuan Itu Indah

Assalamualaikum
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.




Saturday, June 18, 2011

Demam Denggi Membawa Maut

Assalamualaikum

Hai korang. Apa khabar? Sihat ke? Kalau ada yang demam tuh, make sure bukan demam denggi ye. Kenapa? Kalau demam denggi, korang mestilah segera mendapatkan rawatan supaya tidak berakhir dengan air mata. Waaa. Kenapa intro entri macam nak sedih je. Huhu.

Sebab mungkin ramai tak tahu atau ambil sambil lewa tentang demam denggi. Dan buat pengetahuan korang, demam denggi bukan lagi perkara yang asing di ward2 hospital kat Malaysia. Dan amat penting untuk medical student tahu 'in details' tentang DENGUE FEVER ni.


*pic credit to Mr. Google*

Ha, sekarang nak cerita pasal pengalaman tuan punya blog ni dapat demam denggi. Apa? Tak percaya. Silalah percaya. Masa tuh syira kecil lagi. Kecik la sangat kan. Dah tingkatan 1.

Seperti hari-hari lain yang syira kena demam jugak kan, syira memang tak-larat-yang-teramat-sangat. Kalau ada kengkawan telefon rumah nak cakap dengan syira kan, memang adik akan tolong jawab

"kaklong demam, dia tak larat nak jawab".


Masa tuh takde henpon lagi. Bukan nak kata syira nih manja. Tapi, memang kalau demam, syira memang lemah gila.

So, macam biasa la dalam 3 hari makan panadol tak kebah juga, so pegi private klinik. Dapat paracetamol a.k.a panadol dan macam2 lagi ubat lain. Tapi, doktor tak syak2 apa pun lagi sebab memang takde tanda2 pun.

Then, hari keberapa-ntah-manalah-syira-ingat-sebab-dah-berapa-tahun-dah, syira gagahkan diri pergi sekolah walaupun sebenarnya badan ni rasa tak larat yang teramat sangat. Kat sekolah, semuah kengkawan tegur tanya


"eh syira, kenapa muka nampak merah sangat nih? "
*walaupun dalam hati dorang cakap, syira ni gelap aje, nape nampak merah semacam kan

Tapi, syira tak tahu apa-apa. Jadi, buat macam biasa je lah. Balik je rumah, jeng jeng jeng. Buka je stokin, tengok kat tapak kaki syira, wah, banyaknya bintik2 merah. Takut takut. Jadi, parents syira terus bawa pergi HKL. Dan syira pun terus ditahan ward.

Rupanya, syira menghidapi DEMAM DENGGI. Nasib baik cepat dikesan. Cepat lah sangat kan. Sebenarnya, bintik2 merah adalah disebabkan oleh ketelapan salur darah syira sudah kurang telap. Senang kata, dah bocor lah. Jadi, sel darah merah yang besar2 pun boleh kuar dari salur darah.

Takut tak? Sila takut sebab jika tekanan dalam salur darah ni berkurang dari masa ke masa, ini boleh menyebabkan seorang tuh mendapat hypovoluemic shock. Iaitu badan terkejut kerana tekanan darah yang rendah dan darah tidak dapat mengalir ke seluruh badan dengan lancar terutamnya otak. Ini sangat bahaya dan boleh membawa maut.

Kerana itu, rawatan untuk demam denggi biasa adalah hanya dengan masukkan air ke dalam salur darah untuk mengimbangi tekanan darah yang turun akibat kehilangan darah.

Yang paling ditakuti ialah denggi berdarah. Kerana pada ketika itulah darah keluar dengan banyaknya dari salur sarah dan dapat menyebabkan hypovoluemic shock dalam sekelip mata. Dan pada ketika ini, beberapa paket darah dan platlet*bahan untuk pembekuan darah berlaku peru ditambah ke dalam darah.


Dan, sebenarnya penyakit demam denggi sangat berisiko untuk mereka yang tinggal di bandar dan di tempat yang menjadi takungan air yang tidak dibersihkan kerana inilah tempat pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes ni ada 2 jenis yang biasanya membawa penyakit demam denggi ni iaitu Aedes aegypti dan Aedes albopictus.

Nyamuk aedes membawa virus
Flavivirus untuk menjangkiti manusia ketika dia menghisap darah manusia. Dan memang tak dapat nak tahu demam denggi pada awal kedatangan demam sebab bintik2 merah itu memang akan muncul pada hari ke-5 atau ke-6 demam.

Jadi, jika demam tidak kebah selepas hari ke-4 atau ke-5 walaupun dah makan ubat, sila dapatkan rawatan lanjut.
Macam syira kan, syira rasa syira dapat demam denggi ni lepas syira suka sangat main dekat kawasan kebun sekolah syira.

Ala, tempat budak-budak buat projek kemahiran hidup tanam-tanam pokok bunga pastu air bertakung dalam tuh tak dibersihkan. Syira kan budak kecil lagi masa tuh, haruslah bermain waktu di sekolah. Ekeke.

Akhir kata, majulah kesihatan untuk hidup yang lebih berkualiti. Peace yaaaaa!!!

Nota kaki : Ambil masa 10 minit untuk bersihkan kawasan sekeliling rumah mampu mecegah denggi.


Friday, June 17, 2011

Love is Undefined

Assalamualaikum

Mood : Jiwang Karat




Credit here



Pertama Kali. Terima Kasih Nuffnang!!!

Assalamualaikum!

Suka suka! Kenapa syira suka sangat ni? Haih! Hari inilah hari pertama syira dapat Buffered Earnings setelah sekian lama syira setia dengan Nuffnang! Oh Nuffnang, I Love You Very Strongggggg! Ekeke



Oke, fine!Nampak sangat keterujaan syira di situ. Ye la. Syira cuma blogger hingusan yang baru nak belajar berblogging. Jadi, my first BE should excite my nerve. Hehe. Apa2 pun, terima kasih Nuffnang!!!!!!!!!

Buat sesiapa yang masih belum dapat BE, syira pun tunggu berapa lama dah ni dik oiii. Sabar itu adalah kunci kejayaan. Dan syira akan cuba membaiki penulisan syira untuk tatapan pembaca2 blog syira.

Nota kaki : Haip korang blogger pemes2 tuh mesti korang punya dah ke berapa ratus BE dah dapat kan. Jelesssssssssssss!!!





Related Posts with Thumbnails