Cuba Cekidaut
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Dua Darjat
Assalamualaikum
Apa pasai tajuk entri ini macam cerita P. Ramlee punya filem pula? Haha. Memang tak dapat dinafikan, isu ini memang akan sentiasa wujud dalam masyarakat kita walaupun hakikatnya negara semakin maju menuju kecemerlangan dari setiap aspek.
Apa maksud dua darjat yang syira nak bincang kat sini ialah antara orang berada dan orang tak berapa nak berada la (orang susah). Ha, memang tipikal punya story la kan. Orang kaya akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Pergi ke mana pun, mereka akan sentiasa dihormati dan diutamakan. Lebih-lebih lagi di tempat-tempat elite.

Sedangkan, adakah keluhuran hati mereka seluhur duit mereka. Memang. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Syira cuma bincangkan tentang segelintir daripada mereka. Sedangkan, darjat yang paling mulia dapat dinilai dengan melihat darjat seorang insan itu di sisi Allah.
Mungkin, mereka banggakan duit kekayaan yang mereka dapat hasil titik peluh mereka sendiri. Tetapi, ingatlah bahawa duit yang ada dalam simpanan mereka itu semua hanyalah secubit rezeki yang Allah kurniakan pada hambaNya. Cuma secubit! Tiada apa yang perlu dibanggakan. Kerana duit bukan pengukur tahap kedudukan seseorang di sisi Sang Pencipta.
Jadi, apalah yang dipandang pada harta andai hati hitam penuh kekotoran. Tapi sayang kerana duit itu nyata, sedang hati itu bukanlah ilusi, cuma ia tak dapat dilihat dengan mata kasar.
Syira hidup sederhana je. Zuhud itu yang penting. Cett! Ye la tuh, kan.
Nota kaki : Musim-musim sejuk sebab hujan cenggini buat syira asyik nak pergi toilet je. Erk. Apa kaitan? =.='

Monday, June 27, 2011
Emas dan Dot Dot Dot
Assalamualaikum
Ha, ada perasan apa2 baru tak kat blog syira? Ha, buat sesiapa yang selalu jengah blog syira yang bersawang ni mesti perasan ada banyak perubahan kan. Apa? Tak perasan? Sebab tak selalu datang pun? Ok, fine. Merajuk! Hehe. Takde la Anyway, comel tak? Ha, kalau nak belajar, apa lagi, sila bawa cursor anda ke link tutorial kat atas tuh ok. Jangan segan2 kalau nak blog gemerlapan. Eceh, ayat tak boleh blah.
Eh, syira dah melalut apa ni. Sebenarnya kan, syira nak cerita pasal emas. Syira tak tahu la macam mana boleh terjebak dalam minat ini pun syira tak tahu la. Tapi, yang pastinya kan, syira memang buat research la tentang macam mana kita nak untung bila kita melabur dengan emas ni.

Mula-mula, korang tak payah risau nak beli emas waktu ni cakap harga emas sekarang tengah naik ke, tengah mahal ke. Sebab harga emas memang susah atau takkan turun. Tak boleh la nak cakap takkan sebab Allah itu Maha Kuasa.
So, kalau korang beli emas mahal pun sekarang, harga dia memang akan sentiasa bertambah mahal. Ini ada kelebihan kalau kita beli emas perhiasan (macam cincin, rantai, subang) berbanding kita beli emas ketul2 (bukan jongkong emas) yang belum dibentuk lagi.
| Emas Fizikal | Simpanan Emas di Bank |
| Emas disimpan dalam bentuk fizikal, kata orang alah membeli menang memakai | Emas dibeli dalam bentuk saving/investment account dengan baki minimum setiap masa |
| Kepelbagaian dalam design dan boleh dijadikan perhiasan | Tiada kepelbagaian rekabentuk, untuk pelaburan semata-mata |
| Mudah dijual secara tunai pada bila-bila masa | Mudah dijual dalam waktu urusniaga bank |
| Emas boleh dipajakgadai / al Rahnu sekiranya memerlukan tunai dalam masa yang sama tidak kehilangan aset emas | Tidak boleh digadaikan. Sekiranya memerlukan tunai, aset emas perlu dijual |
| Risiko – kehilangan dan kecurian | Simpanan emas terjamin |
| Kadar susut nilai (spread) tinggi disebabkan harga belian termasuk kos upah | Kadar jualan semula lebih tinggi mengikut harga live-rate (hanya caj bank dikenakan) |
Korang faham tak apa yang ditulis. Okeh la. Syira terangkan sikit berdasarkan pemahaman syira. Emas perhiasan ni kita boleh beli mengikut kemampuan kita. Maknanya kalau modal kecil pun boleh melabur. Beli yang seratus, dua ratus punya. Pastu boleh pakai lagi sebagai perhiasan mengikut mahar yang dibenarkan setiap negeri. Sebab kalau lebih, kena keluarkan zakat. Korang sedar tak sedar, korang dah pakai berapa lama, bila nak jual balik, harga dia memang dah mahal la kan.
Kalau emas ketul2 yang disimpan dalam bank untuk tujuan pelaburan ini, agak memerlukan modal yang besar sikit la. Ye la, sebab nak melabur dengan bank kan. Tapi, emas ketul ini takda kos upah. So, korang memang beli harga emas. Kalau macam sekarang ini, korang beli 1gram, Rm167. Tapi kalau beli emas perhiasan, korang beli 1gram, mesti akan lebih dari RM167 sebab dia termasuk sekali kos upah membentuk emas tuh jadi perhiasan (cincin, gelang).
Ini adalah salah satu cara berniaga. Tapi, pastikan kita berniaga dengan cara yang halal. Okeh? Syira pun baru je berjinak-jinak dengan emas ini. Nanti kalau dah liar, lain pula ceritanya. Korang boleh google je kalau nak tahu lebih lanjut tentang emas ini.

Sunday, June 26, 2011
Contest Blink Blink
Assalamualaikum
Haip korang. Syira penat baru balik dari shopping kat jalan TAR dengan kawan syira, syamimah dengan cousin syira, atiqah. Kawan dengan cousin pun boleh 'kamcing' apa! Hehe. Takmo cite pasal shopping tuh. Next entry I story mory you all okeh. Muehehe.
Tapi, tiba2 masa syira buka shoutbox syira, ternampak jejak Mrs. Farhan ni. Dia ajak join contest. Syira ni memang. Memang pantang diajak! Mudah terpengaruh betul. Tak patut. Tak patut. Takmo cerita panjang la. Sebab syira penat. Alasan kan?
Contest yang syira join ni nama dia contest blink blink anjuran Hanan dengan Ainaa. Walaupun, blog syira tak berapa nak blink sangat kalau nak dibandingkan dengan blog adik2 chumel yang suka blink kat luar sana tuh kan, tapi ada syira kesah.? Kuang kuang kuang. Syira redah aje la.

Ini banner contest. Simple and cute. So, apa lagi? Nak join? Klik sini.
Jadi, syira nak tag :
Iela

Subscribe to:
Posts (Atom)
kerana sudi membaca dan