Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Thursday, July 7, 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST NADIA!

Assalamualaikum

Hai korang. Walaupun syira sebenarnya teramatla sibuk hari ini, tapi syira tetap online blog okeh. Walaupun tak dapat syira nak update entri yang berinfromasi, tapi korang hadap aje lah segala GA, contest yang nak join selepas ditag oleh Sis Nana. Yeay! 



Cara-cara;
  1. Follow blog ni. Thank you!
  2. Buat satu entry, letak tajuk SAYA NAK JOIN BLOGLIST NADIA!
  3. Letak BANNER kat atas ni dalam entry tu. Lepas tu korang nak taip ape, suka hati korang lah. Tak nak taip ape2 pun takpe. Jangan korang mencarut sudah. 
  4. Sila tag 2 orang kawan korang and make sure diorang tahu.
  5. Dah settle, tinggalkan link kat entry ni ye. Tu je.

So, syira nak tag : 

Nak join? Klik sini.


 

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #4




 

Tuesday, July 5, 2011

Buang Air Besar Selepas Makan Itu Normal Ke?

Assalamualaikum
Hai korang, korang dan korang! Apa pasal tajuk entri panjang semacam. Ah, pedulikan. Muahaha. Syira nak tanya u'olls la kan. Pernah ke menjadi kebiasaan korang asal lepas makan je korang mesti rasa nak pergi toilet? Kat blog syira, tak boleh guna kata2 yang tidak sopan ye kerana tuan blog ini sungguh sopan. *perasan sudah. Jadi, perkataan be*ak adalah tidak dialu-alukan.
Mesti yang ada kan. Tak pun, kadang2 ke kan. Syira pernah tau jumpa orang yang dia cakap kat syira

Manusia A : "Aku kan, kalau brekpes je, mesti rasa nak buang air besar. Sebab itu, aku malas nak brekpes. Nanti leceh, orang sibuk nak masuk kerja, aku nak gi toilet bagai. Tunggu lunch karang aje lah, baru aku makan."

Syira : %$@*!#~*!%^. Apa punya stail ntah? *dalam hati je ni. Cakap depan2 kang, mahu kena baling dengan TV plasma 42 inci!

Tak bagus untuk kesihatan ye kalau begitu adik-adik. Kerana brekpes itu sangat penting untuk 1 hari yang bertenaga dan ceria. Wah, macam iklan Astro Ceria gitu. Yerp. Tolong abaikan sifat keanak-anakan syira ni ye. Muehehe.

So what kalau buang air besar selepas makan? It's normal okeh! Pergi aje lah toilet tuh. Paling kuat kena bayar 20sen aje pun. Takyah nak berkira sangat.

Sebab apa syira cakap normal. Kerana itu adalah disebabkan oleh proses pencernaan yang berlaku dalam perut kita. Bila mana perut kita telah diisi dengan makanan, secara automatik keseluruhan saluran pencernaan akan berfungsi dan menjalankan proses peristalsis. Termasuklah di usus kecil dan juga usus besar.

Pada ketika ini, 'gastric motility' (pergerakan perut) akan meningkat dan menolak semua makanan yan telah dicerna ke dalam usus kecil dan seterusnya usus besar. Jadi, jika ada 'feces' yang tersimpan di usus besar, ia perlu dikeluarkan dengan kadar segera. Melainkan korang nak simpan buat baja kebun belakang rumah kau-orang. Muahaha.

Memang kadang-kadang tu, kita baru makan sikit je dah rasa nak buang air besar. Habis, dah sisa makanan yang kau-orang makan semalam punya tak buang lagi. Hikhik.

Nota kaki : Syira takleh upload pic. Kalau nak upload je, moxilla jadi crash. Apa pasal ar? Sedih tau. Sob sob.


 

Monday, July 4, 2011

Cara Pemakaian Cincin

Assalamualaikum
Hari ini syira cuma nak kongsi cara pemakaian cincin yang sebenar mengikut cara Islam. Sebab syira pun baru je tahu. Huahuahua. Zaman sekarang ni, tak payah tunggu kahwin, yang anak dara macam syira ini pun mesti ramai je yang suka pakai cincin. Konon2, tanda dah dipunyai la. Cett! Perlukah diberitahu?

Pemakaian cincin ini boleh diaplikasikan kepada lelaki dan juga perempuan.

*Pic pinjaman dari En. Google. Nanti syira pulang balik ek. Sweet kan cincin ni. Bila 2 cincin ini digabungkan, ia akan menghasilkan bentuk love. Sweeeeeeeeeeet kan?


Hadis Pertama
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth A.S.”



Hadis Kedua
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”.


- Hadith Riwayat Muslim


Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.

- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai


So, sekarang bila dah tahu kan, kena lah amalkan. Selamat beramal!


 

Sunday, July 3, 2011

Dugaan Itu Perlu

Assalamualaikum


Selama kita hidup kat dunia yang semetara ini kan, mesti, wajib dan seharusnya setiap dari kita pernah merasai 'masalah' atau 'dugaan' yang datang dalam hidup kita. Tak kira lah sebesar atau sekecil mana ia. Apa? Takde? Nampok benor nipunya. *sambil buat gaya hantu Kak Limah balik rumah. 
 


Bila mana dugaan tu datang, kita mungkin akan berasa sedih, tertekan atau sakit jiwa bila memikirkannya. Kecuali orang yang betul-betul beriman akan bersyukur dengan dugaan yang datang tanpa secalit rasa sedih kerana dia tahu dugaan itu datang kerana Allah masih sayangkannya. 


Selalunya, kita akan cakap, 'Wah bertuahnya dia, kaya. Tak macam aku ni. Nak pakai I Phone 4 pun kena pakai duit sendiri.' Sedangkan dia pasti punya masalah lain. Kerana tiada manusia yang sempurna 100%. Tak pernah ada masalah dan punya hidup yang sentiasa tenang. Itu hanya lah ilusi!


Allah hanya memberi dugaan yang mampu dihadapi oleh sesorang  manusia itu. Jadi, makin berat dugaan yang kita tanggung, makin kuat la kita sebenarnya.


Air mata la peneman setia bila mana kita hadapi masalah. Tapi, pernahkan kita menjadikan doa sebagai teman setia bila mana kita punya masalah. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Dia akan bertambah suka pabila hambaNya mengadu padaNya. Kalau manusia akan makin menyampah bila kita sering meminta. Jadi, mengapa meminta pada manusia?


Nota kaki : Kalau manusia tidak diberi dugaan, hidup akan menjadi sama je setiap hari. Hurm, bosan la macam tuh kan? Kan? Kan? Dan dugaan itu mematangkan kita. =)




 
Related Posts with Thumbnails