Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, August 14, 2011

Perlu Kah Tahi Telinga Dibuang?

Assalamualaikum

Salam ramadhan yang ke-14 syira ucapkan pada pembaca blog syira ni. Memang tak dinafikan, syira agak sibuk kebelakangan ni dengan kelas dan presentation. Penat sangat tauuuu! Kelas setiap hari 8pagi-5petang non-stop! Berhenti untuk solat kejap je. =( Pukul 5 baru nak bertolak dari sg. buloh balik selayang. Phew!~

  Maaflah sangat2, kalau kesibukan ni menyebabkan syira tak luangkan banyak masa dengan blog dan pembaca tercinta blog syira ni.


Sempena bulan ramadhan ni kan, antara perkara yang membatalkan puasa ialah.. mamasukkan sesuatu ke dalam ruang anggota badan. Contohnya, hidung dan telinga. Pandai adik-adik. Hehe. Tapi kan, sebenarnya kan perlu ke kita korek telinga untuk membuang tahi telinga atau bahasa sopannya 'ear wax' ?

Meh sini ni syira nak 'habaq' mai sikit. Sebenarnya, tak payah langsung.  Tak kira la pakai putik kapas/cotton bud ataupun pengorek telinga besi tuh.

Euww. Pengotornya syira tak bersihkan telinga. Syira bukan pengotor sebab sebenarnya tahi telinga tu akan keluar sendiri apabila kita banyak menggunakan pergerakan rahang seperti waktu makan dan juga bercakap.

Apa? Tak percaya? Cuba pergi tanya doktor pakar ENT, ear nose & throat. Diorang akan marah kalau korang bagitahu korang selalu korek telinga. Sebab sebenarnya kan, semakin kita korek telinga dengan menggunakan putik kapas terutamanya, ia akan menyebabkan tahi telinga itu lebih tertolak ke dalam dan akhirnya boleh menyebabkan telinga tersumbat setelah banyak lapisan tahi telinga yang terbentuk!

Dan hanya doktor pakar ENT sahaja yang boleh korek telinga mereka kerana mereka sahaja yang tahu kedudukan dan laluan sebenar dalam telinga sebab laluan dalam telinga kita bukan straight to the point ok!


Dan selalunya orang yang datang berjumpa pakar ENT kerana masalah pendengaran yang disebabkan oleh tahi telinga akan bagitahu yang diorang selalu sangat korek telinga. Tak kesah la setiap minggu dan ada yang membuatnya hampir setiap hari!


Dan, akhirnya, pakar ENT terpaksa melakukan 'suction' untuk mengeluarkan tahi telinga yang keras dan mampat menutupi gegendang telinga. Sebenarnya, tahi telinga itu bertujuan untuk mengekalkan kelembapan saluran telinga di samping menghalang bendasing (seperti serangga kecil) dari memasuki telinga.

Jadi, mengapa dibuang tahi telinga?


Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum

Credit here.

Saturday, August 6, 2011

Header Baru dan Malee Classic Seafood!

Assalamualaikum

Well, siapa yang selalu singgah blog bersawang tak berkemas syira ni mesti perasan sesuatu yang baru tapi bukan perasaan yang aneh. Hoho. Apakah? Cubalah teka. Dah, tak payah nak berteka-teki lama sangat nanti boleh menggugat nafsu di kala bulan puasa ni. Sebenarnya, tuuuuu tengok la header baru syira kat atas tuh.


Apa yang special pasal header baru ni ialah, bukan setakat header ini dibuat dengan doodle yang sangat chumel sehingga membuatkan syira rasa nak 'hidung tinggi' jap *walaupun syira memang mempunyai hidung yang tinggi, tapi header ini adalah pemberian daripada cik tengku puteri dari istana cinta yang tersangatla baik hatiiiiiiiiiiiiiii.


Pinjam print screen page cik puteri jap ye. Tengoklah doodle dia tuh. I adoreeeeeeeeeee it so much. Muehehe. Kalau kau-orang nak tahu, cik puteri buat amal jariah bagi header free kat 10 orang pertama dan syira adalah orang ke-10 yang teramat la bertuah kat entri sini ha kalau korang terlepas baca. Hehe.

Ha, sekarang syira gembira sangat nak senyum nampak gigi 10 hari 10 malam boleh tak, cik puteri? Hehe. Korang kalau nak belajar doodle yang chumel, bolehlah singgah kat blog cik puteri sebab baru2 ni cik puteri dengan baik hati menyediakan tutorial sebegini. Chewah! Seronok kaaaan?


Ok. Next story! Memandangkan sekarang adalah bulan ramadhan, manusia abad ini pastinya tercari-cari tempat yang sangat best untuk berbuka kan. Betul tak??? So, syira dengan baik hatinya juga, nak mencadangkan satu restoran Malee Classic Seafood yang bertempat di Kajang. Tengoklah tuh, siap lampu lip-lap lagi kan. Bukan tuh je, makanan dia perghhh! Power gile! Tengok berderet kereta datang makan. Syira bukan cakap kosong maaaa.


Jom tengok apa menu yang sempat syira sapu masa makan kat sana. Jaga sikit air liur tuh jangan kasi meleleh atas keyboard nanti rosak laptop! Muehehe.

Ok! First menu :

1. Ikan siakap masak stim limau. Dah separuh makan baru ingat nak ambil gambar. Hehe. Jadi, korang jangan la pelik kenapa ikan tuh macam lopong2 cket. Ikan ini boleh tahan besar la. Even, cakap nak makan untuk 2 orang pun, tapi ini lah paling kecik yang dia boleh bagi. Memang memuaskan lah!

Sebelum :

 Selepas :

2. Burung puyuh goreng tradisional. Ini menu feberet syira! Tiap kali datang mesti syira datang, mesti nak order ini. Suka sangat konon2 macam sarang burung kat atas tuh yang sangat rangup!! Nyum2.

Sebelum :

Selepas :

3. Sayur kangkung masak apa syira lupa la. Hehe. Tapi, yang pastinya setiap hidangan itu perlu disertakan dengan sayur. Barulah seimbangkan.

Sebelum :

Selepas :

Kesimpulannya, kitorang makan memang sampai licin kot. Ok. Tu je la. Kalau syira tunjuk lebih2, kang ada yang tak pose kang. Haip! Tak baik tauuuu. Nanti berdosa! Hehe. Jadi, kalau korang dah boring2 nak makan tempat yang biasa, apa kata cuba makanan kat sini.



Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum
Kemasukan baru ke universiti.. 
Tarikh : 1 Ogos 2011 
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah n etc
Kelulusan : Ijazah takwa
Konvo : 1 Syawal
* Extra.. Tawaran melanjutkn pengajian ke peringkat master course : Puasa 6 . . .
JOM DAFTAR!!
Walaupun dah terlambat pada ramadhan yang ke3, syira tetap nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam...

Wednesday, July 27, 2011

Dr Sheikh Muzaffar Shukor dan Dr Halina baru menimang cahaya mata!

Assalamualaikum

Haip korang! Tahu tak, syira tengah taip entri ni dalam keadaan air yang mengalir laju dari hidung, kepala berdenyut2 macam ada jantung kt situ, suara ala-ala Ella, sengau mengalahkan langau sambil pakai sweater. Sob sob. Siapa kesian kt syira, tolong amek sikit boleh tak? Hehe. Ini semua sebab makan durian sampai demam kottt! Haha. Tu la payah kan kalau musim durian ni.


Tapi, syira bukan nak cerita pasal demam syira ni. Jangan dilayan sangat. Banyakkan rest sudah kan. Muehehe. Syira nak cerita pasal ni? Okeh. Siapa yang tak kenal dengan angkasawan negara kita yang pertama yang telah, Dr. Sheikh Muzaffar Shukor yang telah berkahwin dengan Dr. Halina dan telah menimang cahaya mata mereka yang pertama. Sophea Isabella, secantik namanya, secomel tuannya. Hehe.


Yang istimewanya Sophea Isabella bukan pada kelebatan rambut dia tu, tapi, dia dilahirkan secara 'Water Birth' atau dalam bahasa mudahnya lahir dalam air. Ha, tu la korang tak tahu kan pasal water birth ni. Syira pun baru je tahu masa ada kawan syira buat elektif pasal water birth ni. Kat malaysia ni, ada dua tempat je yang menggunakan sistem ni. Sebab masih baru lagi kan.


Satu kat Pulau Pinang dan satu lagi kat Bangsar kalau tak silap syira. Mesti korang tertanya-tanyakan, tak lemas ke baby tuh bila dilahirkan dalam air. Ha, sebenarnya seorang bayi tuh membesar dalam kandungan ibunya dalam air ketuban atau nama medicalnya amniotic fluid. So, takde masalah la kalau dia dilahirkan dalam air.

Sebenarnya, bila dia lahir dalam udara yang biasa punya tuh, seorang bayi tu akan cuba untuk menggunakan paru-paru nya untuk bernafas untuk kali pertama. Sebab tu, dia akan menangis sebaik sahaja kelahiran dia. Dan sebab itu, orang akan gembira mendengar tangisan pertama bayi sewaktu menyambut dia. Chumel kan?

Nota kaki : Dekat kawasan rumah syira ada tempat untuk makan durian sampai demam hanya berharga RM 9.90 seorang! Tak boleh bawa balik la. Makan kat situ je. Siapa agak2 nak MC tu boleh la datang sini. Lai lai lai!

Related Posts with Thumbnails