Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Sunday, April 17, 2011

Dancing Mat

As Salam..nk cite cite sket la dengan korang ni..salah satu cara nak bersenam. ramai yang tak tahu ada satu kaedah bagaimana nak bersenam dalam rumah. sesuai untuk sesiapa yang malu bebenor nak joging kat luar. sekali sekala dari memalaskan diri atas katil atau nak release kan tension pon boleh. aku memang suka gila main benda alah ni. nama nya dancing mat. biasanya orang akan pakai ps2 untuk main benda ni. tapi, aku ni takde adik beradik laki (kesian kan?). jadi, rumah aku memang tak pernah ada ps2..boleh ke jadikan tu sebagai alasan untuk tidak memiliki ps2? gila tak boleh. hehe. jadi, aku guna laptop untuk main benda nih. tapi, make sure korang beli dancing mat yang untuk laptop punya la. siapa cakap takde. kat kolej aku, femes tau kawan aku jual benda alah ni. ye la, sebab kitorang kan duduk asrama. mana leh bawa ps2.

nak belajar ke nak menghabiskan boreh mak bapak hantar belajar tinggi tinggi, ke jadahnya ps2 jugak yang korang bawa ke asrama. hehe. biasanya, aku main benda ni petang2 lepas balik kelas. bosan tapi malas nak joging kat bawah. nak tidur, tak elok kan tidur lepas asar. jadi, di samping dapat mengeluarkan peluh untuk menyihatkan badan, boleh jugak menunjukkan skill menari korang. ha, mana mana bakat terpendam tuh, memang gua syorkan lu orang main benda ni. memang feel wa cakap sama lu. kalau ketagih tuh, hari hari mesti mau main. haha. nanti, kalau korang dah kurus, sapa jeles? kawan korang jugak kan? badan ramping ala ala artis. siapa taknak? ha, kau ada?

Saturday, April 16, 2011

After a Journey of Tear

As salam..lama tak berblogging rasanya..entah kenapa hari ini, tecuit rasa hati nak coretkan kata kat blog picisan nih..erk, berdrama sgt kot...well, kenapa agaknya tajuk entri kali ini macam sadis je..yes, it is!! for the past 3 months, tears were my best friends..dugaan Allah kerana cinta pada hambaNya..just say alhamdulillah! apa problemnya..cukup la kalian tahu bahawa ia nya masalah cinta..yes, love is blind! sebelum ini, aku memang terlalu yakin bahawa pelajaran aku takkan terjejas because of love..sekarang, kata-kata aku memakan aku..eceh! terjejas sangat ke? i hope not that much..now, I become much better..

well, talking about my study, sekarang nih aku posting kanak-kanak..wee hee..bestnya dapat main dengan kanak-kanak dan tengok kecomelan diorang..actually, it is not that fun, because they are suffered from their disease..how could you you imagine, that little child, doesn't know what's going on this world, need to be strong enough (maybe more than us) to understand what happen to themselves..


For your information, among the most common disease that I found in ward is pneumonia atau dalam melayu nya jangkitan kuman pada paru2..mungkin,sesetengah ibu pernah m'dengar nama penyakit nih..ia boleh bermula dengan demam biasa2 je campur batuk..kalo dah berhari2 bagi mkn syrup paracetamol pon tak elok2 jugak and it end up with rapid breathing, you should be caution about this.! and tolong la jangan ambil mudah dgn perkara sebegini ye..


and the second disease that I been quite boring to see is asthma..walaupun bosan,tapi penting sangat tau..kalau tak dikawal, boleh bawa ke tahap severe..tengok tuh, kesian kan..kecil2 dah kena pakai inhaler..and there are also some cases that quite interesting where most of them I can find in clinic such as thalassemia trait(nih mesti korang selalu dengar kan?), umbilical hernia (in infant), and the most interest one is mental retardation..sian tengok budak tuh..dah la anak yatim piatu..tapi, percayalah..di sebalik semua ujian yang Allah bagi ni, tak lain hanyalah untuk menguji kita sebagai hambaNya kerana Dia sayangkan kita..dan kenapa kita masih tidak mensyukuri sedangkan nikmatNya tidak pernah terkira..

nota kaki saiz 5 : nak blogwalking kat blog kawan2...tee hee =)



Friday, November 19, 2010

Aku dah kawin skarang

Salam readers skalian..sekali lagi,aku 'jumpa' artikel ni kat mukabuku..jumpa 0keyh??huhu..saja nak share dengan kalian..huhu..


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ku juga benar-benar cinta padamu,

Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

p/s: (tarik nafas pnjang2 dluu.. bru bc kenyataan d bwh :))

ok,, emm.. dh bnyk dh tnya, dh bnyk kali sye jwb sblom ni.. ingin sy maklumkan skali lg, ini bukan citer betol.. (trus x sedih..) sekadar imaginary story. trima kasih kerana 'like' dan 'share'.. x berniat brbohong. sy sndiri pon budak lg, blom kawin haha. sy main tulis je ni.. huhu.. (30 oktober 2010, 12.33am)


Thursday, November 18, 2010

Cuti + Jalan = Gembira

Salam readers skalian..buat pengetahuan k0rg, aku tgh cuti raya haji + cuti semester = cuti 1mggu..bkn la nk kata xb'syukur, tp mmg rasa sgt sekejap..0rg lain cuti sem sebln k0t..wuwuwu..s0, utk menaikkn semangat, kte kena la memikir 0rg yg kurang b'nasib baik dari kita..cthnya,cm pelajar di perantauan..lg la takleh balik kn..lg sedih..cm housemate aku s0rg nih..dia 0rg sabah, so dia ingat cuti semggu je ari tuh..tp,mmg cuti smggu je..eyh, ape aku melalut nih..



ye la,cuti smggu je..tp, p0sting dia abes peksa awal..selas
a mggu lepas lg..s0, hampir 2mggu jugak la cuti dia an..tp, nk booking ticket flight..kne la book awal..kal0 tak, mmg 'sakit' la kan..bila dia tak balik sabah (walaup0n dia muslim), jd aku ajak la beraya kt umah aku memandangkn aku la antara umah yg plg dekat iaitu kL..wa ckp sama lu..aku mmg dh pujuk habis-habisan n g0da dia dgn b'mcm2 nikmat duk kt umah..tp, dia kuat iman..eceh..katanya nk study..biar la..so, moral of the story, kita mesti manfaatkn sisa cuti yg masih ada..yippie..!~

n td kn, aku kluar dgn si dia, chenta hati..oh, biasala..ntah mcm mana..cite knangn lalu..dia pnah keje jd pelak0n tambahan dlu..sgt tambahan 0keyh..takde apa nk bangga or whut s0 eva..apa bnda ntah yg kt0rg bicangkn..biasa la,aku suka ckp dia perasan ensem..leh pulak dia t'cerita pasal intan ladyana minta n0 telefon dia mse kt tmpt p'gmbaran c0z intan ladyana ckp muka dia mcm arwah achik spin..pffttt?? k0rg rse l0gik ke?? 0keyh,sila amek baldi n muntah di dlmnya..slama aku b'sama dia dlm tempoh 6 thn nih, side mana yg buat dia nmpk cm arwah achik spin,aku p0n xta0 la..tp,dia ckp dia xbg n0 tep0n dia.I believe in you,dear..

n td, kt0rg sempat tgk wayang cte skyline..mmg last minute gle..haha..mmg best gle cte dia..aksi dia yg 0ver..ala2 cte rasaksa dlm ultraman gaia..berlawan tanpa kesudahan..gle,aku rasa cm dh kiamat lak cte nih..*insaf seketika..n ending dia,
walaup0n tak la happy sgt, tp i loiiikkkee....s0 s0 s0 s0 sweeett..kal0 nak tahu apa dia,k0rg kena la tgk sendiri..bg aku, mmg xrugi la buat peminat aksi, mcm chenta hati ku ini..kui kui kui..





Wednesday, November 17, 2010

Award Cantik?

Salam readers skalian.. di malam yang hening ini, aku nak buat entri tentang 'award' yang telah se0rang blogger nih susah payah bagi kat aku..*erk,susah ke? apa2 aje 0kayh..sebelum aku mula melalut ke laut, aku persembahkan..inilah award yg comey lotey utk blog yg cantik bak kata tuan yg memberi, miss qilah..cantik ke blog nih??eekeke

berikan 1 nickname utk sy
= qilah ku syg..tee hee

ucapan untuk pemberi award
= thanx a l0t f0r this award..wt susah2 je..len kali, bagi la lagi ye..hehe

berikan 6 favourite artist @ singer @ band group yang korang minat
= aku ni biasanye minat lagu je.. x minat artis nye.sebab lagu2 tertentu dari seorang artis tuh je yg menjadi pilihan hatiku.tp,aku bg la jugak an..*baik x aku?
Maher Zain
Heliza
Ziana Zain
Ukays
Celine Dion
Super Junior


bagi award ni kpd 10 blogger yang punye blog yang cantik lagi cun
= nnt aku blogwalking kt blog k0rg, aku pass 0kayh??


last, but n0t least..terima kasih daun keladi, kalau b0leh nak lagi..*isk,tamak hal0ba betul cik syira nih..sigh..!~



Related Posts with Thumbnails