Assalamualaikum
Korang nak tahu? Semalam kan, adalah hari ke 'Mall' sedunia. Okeh, syira tipu je. Tapi, memang! Memang penuh sangat mall-mall yang ada kat Malaysia ni semalam. Mula-mula, syira dengan encik bf pergi Leisure Mall Cheras untuk tengok movie Green Lantern.
Biasalah pilihan movie sudah tentulah dilakukan oleh encik bf. Sebab pilihan dia selalunya memang superb la. Syira ni daripada tak suka pun boleh suka. Mula-mula dulu memang rasa tak adil la juga kan, sebab asal tengok wayang je, mesti dia yang pilih cerita apa nak tengok. Tapi, sekarang tidak lagi. Hehe.
Okeh. Tadi syira nak cerita yang syira pergi Leisure Mall penuh. Belum sempat pun nak masuk tengok kot-kot seat wayang ke yang penuh. Tapi, dari luar lagi, parking full kot. Bukan parking kat luar, tapi parking dalam bangunan yang kena bayar RM3.50 sekali masuk tak kira masa pun full. Haish, ni nak merajuk ni.
*muka merajuk nak minta penampor taknak pandang kamera*
Tapi, nasib baik, encik bf pandai pujuk dan bawa syira pergi tengok wayang kat Jusco Balakong. Ada wayang tahu situ. TGV. Bukan taknak pergi kat mall yang besar2 macam Times Square, Pavillion, Mid Valley, tapi sebab semalam syira baru balik dari kenduri kahwin orang. Jadi, syira pakai baju kurung. That's why ingat nak pergi dekat2 je.

Kat Jusco Balakong, sape pernah pergi angkat tangan. Hehe. Tempat dia best jugak. Sesuai je kalau nak shopping. Ada Vincci, Padini, best la jugak. Encik bf pun sempat rembat sehelai baju kerja kat Padini. But, before that, kitorang sempat tengok movie Green Lantern kat situ. Duduk kat seat 2 dari depan. Memang sakit tengkuk kot. Taubat takmau duduk seat depan macam tuh lagi dah.
Nak syira review movie nih ke? Ekeke. Ala, tak surprise lah kan. Tapi, memang best la. So, apa lagi? Boleh booking ticket di pawagam yang berhampiran. Atau nak tunggu CD pun boleh jugak. Atau paling mudah, download aje. Hehe. Encik bf, nak cincin macam dalam cerita tuh jugak. Ada kuasa super power. Boleh buat cincin nikah. Boleh ke gitu?

kerana sudi membaca dan
Hari ke Mall Sedunia


