Assalamualaikum
Apa macam panas je tajuk entri kali ni. Memang panas pun. Macam pisang goreng Mak Bedah yang baru lepas masak. Senang cerita. Siapa tengok rancangan 'Bang Bang Boom' malam tadi?
Senang cerita nya cenggini. Siapa kenal Fida Ibrahim. Ala, yang muka dia iras2 Dato' Siti Nurhaliza tuh. Terkenal melalui rancangan Nona ke. Kalau tak silap syira. Ala, yang ini ha.
.
.
.
.
Ha, ayu gitu kan. Muka flawless je. Jeles! Berbalik kepada isu berbangkit yang ingin syira bangkitkan di sini, krew2 'Bang Bang Boom' boleh kenakan Fida ini dalam satu segmen diorang. Segmen apa ntah syira tak ingat. Ala, segmen yang mengenakan artis2 tu la kan.
Diorang buat satu rombongan palsu yang datang masuk meminang si Fida ini la kan. Memang lengkap dengan barang hantaran sikit2 la dan berpakai baju melayu smart habis. Diorang boleh siap berpantun bagai dengan wali fida, iaitu abang dia masa tengah merisik.
Selepas itu, fida yang baru balik dari mana ntah kan duduk la sebelah abang dia. Dah malu2 masa diorang cakap nak masuk minang dia, abang dia cakap kena la tanya tuan punya badan. Fida pun cakap, tanya mak. Kalau mak setuju, dia ok je kot.
Bila fida cakap "kalau dah jodoh, terima je", krew2 Bang Bang Boom terkedu kot sebab mungkin diorang expect fida akan tolak. Sebab lelaki yang nak meminang itu kawan fida sendiri.
Kawan dia tuh cakap, "hari itu awak cabar saya kan, sekarang saya dah buat". What the fish?
Bila krew2 dah bongkarkan rahsia kata fida terkena dalam rancangan Bang Bang Boom, fida yang agak terkejut, menunjukkan perubahan muka dan terus berlalu masuk ke dalam bilik. Tiada gelak tawa yang biasa macam selalu orang buat bila terkena.Sangat kasihan.
Nota kaki : Soal jodoh dan ajal maut bukan hal main-main. Bukan perkara yang boleh dibawa bergurau. Kalau macam syira pun kan, orang nak kenakan, syira no hal, tapi tolong bukan yang berkaitan soal jodoh dan mati. Sensitif isu. Sentap makkkkkkkkkk!
*Entri ini sepatutnya dipublishkan hari khamis, tapi sebab blog buat pasai dengan syira asyik cakap 'bad request' aje. Jadi, hanya dapat post hari ini je. Sabor aje la.