Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Monday, May 16, 2011

Lu Langsi Lu Mati Vs Fast &Furious 5

Assalamualaiukum
Hai reader blog capuk syira nih. entri kali ini, saja la syira nak cerita pasal 2 filem yang syira dah tengok dalam masa 3 hari cuti nih. ha, amek kau. baru 3 hari cuti, dah 2 filem. cuba kalau 4 bula cuti hah? tak tertolok den nak kira. ce kira ce kira a*semua orang nak guna dialog filem hantu kak lima, jadi syira pun taknak ketinggalan okay? muehehe bukan apa, bf syira tuh memang suka sangat tengok filem, drama dan yang seangkatan dengannya. kalau tak tengok 2 cerita ni, confirm apek jual cd tepi jalan or kat pasar malam kaya. hoho. and bf syira ni memang suka tengok filem aksi. hai, dah namanya lelaki mesti tak dapat dipisahkan dengan filem aksi, right? kalau tak, lelaki ke namanya tuh? baik periksa. hoho. okay, taknak la cerita panjang2 sangat. nanti, jemu pula nak baca kan. ok, firstly filem kongsi.


kitorang tengok cerita ni hari jumaat kat leisure mall cheras. siapa yang selalu lepak situ, mungkin boleh terserampak dengan syira. eceh, ape kes, ada ke orang nak 'terserempak' dengan syira. muehehe. cerita ni mengisahkan seorang warga thailand 'Tumulak' yang dilakokan oleh Shaheizy Sam. fuh, pelakon ni memang tengah naik sekarang. lakonan dia agak best. cuma apabila digandingkan dengan pelakon yang tidak berapa kena untuk journal aksi. memang spoil sedikit di situ. and di bawah arahan farid kamil yang juga pelakon filem ni sebagai ketua inspektor polis kot. syira pun tak sure. tapi, dia cuba membawa watak kelakar.

tapi, tak berapa kena la abg farid. hehe abg farid sesuai bawa watak romatik jiwang leleh macam dalam cerita lagenda budak setan tu. ha, kalau yang itu memang syira kena sediakan berkotak-kotak kotak tisu untuk keselamatan air mata supaya tidak membanjiri pawagam. muehehe. ;') pastu, mula la bf syira nak tengok muka sememeh syira baru lepas nangis tuh kan. nakal kan. ok, so kalau korang terpaksa buat pilihan antara filem kongsi or filem fast & furious 5, definitely, you should choose fast & furious 5. kenapa?


sebabnya, ini adalah filem yang mempunyai jalan cerita yang menarik, mempunyai tujuan, aksi2 yang dipaparkan mampu menggoyah iman di dada dan sungguh tricky. memang syok habis. bf aku rating cerita 5 star ok. ia mengisahkan tentang geng penjenayah rompakan ingin merompak duti sebanyak 100 juta dollar. malangnya, wang yang ingin mereka rompak itu terletak di dalam balai polis dan disimpan di dalam bilik kebal. jadi, perlbagai rancangan dibuat. dan syira tak pernah tengok filem rompakan yang melibatkan bilik kebal yang ditarik 2 buah kereta sepanjang jalan berkilo-kilo meter. memang kebal gila bilik tu. walau melanggar bangunan bank, bilik kebal tu tetap kebal di situ. ok, sangat mencemaskan! phew..

kami tengok cerita fast & furious 5 tu kat wangsawalk keramat. and filem ni hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. jadi, adik-adik, sila beli je cd and tengok kat rumah ok. alamak. aku mengajar pula. muehehe. and masa kami nak beli tiket wayang tu, berlaku la satu perbualan yang mengusik jiwa.

akak counter : adik ni *sambil menunjuk ibu jari ke arah aku sebagai tanda sopan dah berumur 18 tahun kan?

syira : *mengangguk dan tersipu malu

belum sempat syira fikir apa2 kan, bf syira buat2 tanya la. menyampah mak!

bf syira : dah umur 18 kn? *sambil tunjuk kat syira

akak counter: takde. bukannya apa. kami kena tanya untuk pastikan sahaja. jangan salah faham pula

bf syira : takde bukannya apa, kak. nanti dia perasan muda. belum 18 lg konon.

akak counter : *tersenyum

syira : *menjeling kat bf syira. dalam hati ckp, jeles lettew.

ok, fine. memang takde la nak perasan muda kan. tapi, memang syira awet mudah pun kan.wahaha. ala, sekali sekala nak perasan untuk menggembirakan hati. tak salah kan. tee hee =)

ok lah, syira nak pergi ambil my mom kat lrt. mama syira kerja kat bandar tun razak. dia ada lesen kereta, tapi tak pernah bawa kereta dah sejak dapat lesen berpuluh tahun yang lalu. tapi, lesen kereta tu selalu je 'renew'.tsk =.=" so, sementara cuti yang 4 bulan ni kan, memang dapat job free2 je kan. hoho.


5 comments:

Cikwani said...

kwn wani pun ckp crita kongsi ni bosan sket... baru semangat nk tengok... =(

NuSaNa NoSa 91 said...

antara 2 cite tu, keen nk tengok fast & furious.. cam lg best~ ^_^

xpe2~ awet muda xpe.. kn2?? ^_^

NURUL NAJWA said...

fast and furious 5 best!! daebak.. follow cni.. :D

cAmca Dan GArpu said...

fast furious best!..ngeeee

Anonymous said...

Sy bwh umur tapi leh tgk slambe je HAHA :P

Tapi cite fastfive tu memang terbaik (Y)

Related Posts with Thumbnails