Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Friday, May 20, 2011

Old Town Langat

Assalamualaikum.
Okeh. Memandangkan syira cuti je dan tak kemana-mana sangat, so takde apa la nak cerita. Boleh ke jadikan itu sebagai alasan? tee hee *trademark syira, rite? Tapi,hari Ahad lalu, syira bersama bf syira, kami pergi ke restoran Old Town Hulu Langat. siapa yang tinggal kat kawasan berdekatan, sila buat-buat tidak membaca entri ini ok? haha. ini bukan Old Town White Coffee yang biasa orang pergi tu ye. Restoran ini diasaskan oleh pemain drum kumpulan Damasutra. Tak tahu la apa nama dia. Maaf abg drum. Hehe. Tapi, bf syira asyik panggil asu, asu je. Macam sedara dia je kan panggil nama cenggitu je. Asal mesej dia je, "Abg kat kedai asu ni." Masa syira datang hari itu pun, dia ada. Tapi, tak ambil gambar pun. Ye la, dia artis. Syira pun artis. Artis sama artis mana leh ambil gambar sesama. Ada ke cenggitu? Sigh.. =.=' hehe.


Yang istimewanya restoran ni, dia ada tempat untuk karaoke. Sambil makan-makan, nak minum je pun boleh, boleh juga dengar orang nyanyi. Yang best tu lagi, dia sediakan pentas tempat untuk berkaraoke. Memang rasa macam buat show gitu. Biasanya satu lagu standard RM1 ke RM2 ntah. Syira tak perasan sebab malam itu ada orang belanja. Heehe. Tapi, syira baru tahu dari sepupu syira juga, bukan satu ni je restoran yang menawarkan perkhidmatan cenggini. Ketinggalan rupanya syira ni. Maklumlah, syira memang duk bawah tempurung sikit kalau bab-bab benda cenggini. Apa? Bukan sikit? Ok, fine. Banyak. Hehe.

Pada pendapat syira, diorang buat perkhidmatan macam ni pun sebab budak zaman sekarang *syira budak zaman dulu kan suka berkaraoke. Yela, kalau zaman syira dulu memang susah bebenor nak jumpa karaoke jamban tuh. Sekarang ni, bukan setakat jamban, bilik, bilik besor, bilik kecil, nak? Cakap aje. Memang berbeza la. Budak-budak pergi karaoke pun dah biasa kita dengar. Kalau kat facebook tuh, "kau nak pergi 'karok' malam ini?" takpun "aku tension la,jom pergi 'karok'." Memang! Syira mula-mula pun tak faham kepebenda alah 'karok' ni, rupanya karaoke. Memang habis semua perkataan nak disingkatkannya. Kalau boleh biar tinggal satu huruf je. Tidak gitu? Eceh.


Suara bf syira memang sedap. Syira tolong angkatkan bakul untuk dia. Tee hee. Memang dia ada nyanyi la malam tu. Dan sudah semestinya syira akan menjadi mangsa mereka pada malam itu. Mereka? Siapa mereka? Bf syira suka kawan dengan orang yang berumur. *perkataan tua sensitif tau hehe. Bf syira dengan Abg Sahak (kawan bf syira, syira panggil dia abg dia marah. Suruh syira panggil dia pakcik. Katanya dah tua. Tapi, bila bahasakan diri dia, dia sebut 'abg' pula. Apa2 je la abg sahak. Syira ikut je. Hehe) ni pakat tulis nama syira bagi kat deejay. Jadi, terpaksa lah syira berduet dengan bf syira lagu "Jangan Pisahkan". Memang malu yang teramat sangat jangan cakap la. Syira dah warning awal-awal kat bf syira, syira ni ada darah gemuruh. Pada sesiapa yang tak tahu apa maksudnya, sila buka buku teks Bahasa Melayu darjah 5 ye. =.='

Bila deejay dah panggil nama tu kan, terpaksa la syira menebalkan muka ini agak-agak dalam 30 inci naik pentas. Wa cakap sama lu. Memang gila la. Kalau setakat nyanyi dalam bilik air tu, nyanyi koir ataupun nasyid beramai-ramai tu, syira pernah la jugak kan. Sebab suara syira cuma penambah rasa je. Ni memang nak menempah maut namanya. Nasib la berduet. Ada juga teman. Memang pengalaman seumur hidup la weyh. Takmo dah. Syira bukan macam Cikgu Syida. Walaupun nama kami hampir sama. Tapi, kami tak serupa. Yeah..!

Nota kaki : Maaf la, syira takde gambar macam blog femes lain.Ni blog capuk je. Takde Nikon DSLR kepebenda ntah. Ada siapa nak tolong belikan? Hehe. Siapa nak pergi restoran ni, ia terletak di deretan kedai bersebelahan petronas kat Langat tu. Ada satu je petronas kat situ. Syira tak ingat kat batu berapa. Sebab langat ada banyak sangat batu. =.='



1 comment:

Anonymous said...

wah..beznyer pakwe pandai yanyi...leyh dodoikan malam2..hehe (^_^)v

Related Posts with Thumbnails