Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Tuesday, October 20, 2015

Anak Itu Amanah ALLAH

Assalamualaikum semua readers!

Kadang2 sampai saat ni, syira tak percaya yang syira dah bergelar seorang ibu. Tanggungjawab yang sangat besar. Sebelum melahirkan anak kita memang takkan dapat bayangkan pengorbanan seorang ibu tu. Tapi, setelah syira merasakan kesakitan beranak tu, sampai rasa fobia nak beranak, barulah syira tahu betapa besarnya pengorbanan seorang perempuan yang bergelar ibu. Jadi, tak hairanlah kalau Nabi pernah bersabda untuk mengutamakan ibu sampai 3kali, kemudian barulah bapa.

Anak pula adalah satu anugerah dan amanah dari Allah yang tak terhingga nilainya. Kita sebagai ibu bapa bertanggungkawab untuk mencorakkan 'kain putih' ini mengikut landasan dan syariat Islam. Syira pasti semua ibu bapa pun inginkan yang terbaik untuk anak-anak.

Dan Allah ciptakan baby ni semuanya comel2 belaka untuk melahirkan rasa kasih dan sayang dari ibu bapa terhadap anaknya. Memang geram kalau tengok baby ni hatta anak sendiri pun rasa nak dicubit2 dan digigit pipinya tuh. Cubitan manja okeh, bukan cubit nak mendera tuh ha.

                              
*Gambar baby terlajak comel sumber En. Google*

Nota kaki saiz 5: Tak sabar nak tunggu anak syira naik berat badan sampai tembam pipi dan seluruh anggota badan. Hee

1 comment:

PeRdU cINta said...

Allahu..tidak semua pasangan suami isteri Allah izin untuk mendakap zuriat darah daging sendiri..yang Allah kurnia..jaga sebaiknya..amanah..tanggung di dunia jawab di akhirat kelak..tapi kalau betul caranya in sya Allah tiket syurga dalam genggaman..amin..

Related Posts with Thumbnails