Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Thursday, June 16, 2011

Mahal Tuh Blog Syira!!!

Assalamualaikum

Haip korang. Korang nak tahu tak berapa harga blog korang? Ada ke benda cenggitu. Entah la syira pun tak tahu betol ke tak benda ni. Tapi, saja suka2. Syira dapat dari sini. Blog syira berharga RM14,200.67. Apa? Tak percaya. Ha, tengok kat bawah ni. Syira siap print screen lagi sebagai bukti!

Amacam mahal kan. Jeles lettew. Hikhik. Korang nak tahu korang punya? Ha, klik sini.

Nota kaki : Cepat! Ada sesiapa nak beli blog Syira? RM14,200.67 tauuuuuuuuu! Hehe




Wednesday, June 15, 2011

Sape Nak Makan Sate Goreng?

Assalamualaikum

Warning : Sila baca entri ini setelah perut anda kenyang. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Inilah rupanya sate goreng. Apa? Tak pernah dengar. Tu la kan. Syira pun tak pernah rasa. Tapi, tadi, jiran syira yang tersangat la baik kan *bukan tujuan untuk membodek bagi sepuluh cucuk sate. Yang dah tinggal batang tuh je bukan syira yang makan oke? Sila jangan percaya. Banyaknya syira makan!!

Tapi, yang berkhasiatnya, sate ni digoreng. Apa? Banyak minyak? Banyak cholesterol? Ha. Tu lah korang tak tahu. Kalau sate yang dibakar tuh kan, dia ada 'carcinogen'. Apa dia carcinogen? Carcinogen adalah antara makanan yang boleh mengundang kepada cancer atau barah. Terutamanya barah usus.


Ini adalah disebabkan oleh arang dan bila kita bakar sate tuh kan, nanti dia jadi macam-hitam-hitam-rentung-terbakar tuh kan. Itu lah yang tak elok. That's why la kita kena makan sate dengan timun *seperti dalam set di atas kerana timun dapat mengimbangkan kesan arang pada badan kita.

Jadi, which one is better? Nak cholesterol ke nak cancer? Syira taknak dua2. So, jagalah pemakanan dan kesihatan anda. Amalkan pemakanan seimbang. Okeh?


Syira dah makan sate goreng yang berkhasiat. Korang hade? Hehe


Pernah Tak Korang Rasa Macam Nak Putarkan Masa Kembali?

Assalamualaikum

Hye korang. Sibuk ke? Tengah buat apa tuh? Mestilah tengah baca entri syira yang emotional siket nih kan. Yup, entri ni yang emo. Bukan syira. Hehe.

Anyway, walaupun kita sedar kita berpijak di dunia realiti yang hanya sementara, tapi pernah tak korang rasa kekadand tuh kan rasa cam nak rewind hidup kor
ang dan betulkan kesilapan yang korang pernah buat.


*pic credit to Mr. Google*

Hello! Ini bukan cerita doraemon yang syira suka tuh ok. Boleh balik ke zaman dinosaur bagai. Bagi harapan palsu je. Cett! Hehe.

Tapi, kita sebagai hamba Allah kena, perlu dan mesti sedar bahawasanya semua yang berlaku dalam kehidupan seharian kita adalah perancangan terbaik dari Yang Maha Esa. Dia sudah takdrikan begitu kerana itulah yang terbaik untuk kita.

Kerana, kalau tak jadi begitu, maka mungkin akan jadi begini yang kita tak tahu akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada kita.

Sesungguhnya, sehebat mana pun perancangan manusia itu, perancangan Allah adalah yang lebih lebih lebih lebih baik.

Jadi, renung2 kan la dan selamat beramal. Syira nak pergi beli kotak tisu jap. Sebab syira guna banyak tisu masa taip entri ni. Apa kaitan? Ok. Takde kaitan. Sila abaikan. =')




Tuesday, June 14, 2011

Ya Allah. Hebatnya CiptaanMu

Assalamualaikum
Hye u olls. Syira terkezut sangat baca berita kat berita harian semalam tau walaupun syira ni bukan jenis yang suka nak baca surat khabar. Syira baca ni surat khabar online jerp. Erk.

Inilah gambar insan bertuah tuh.


SHAH ALAM: Sepanjang hayat, Mohd Aidil Amri Saa’din, 25, tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, jauh sekali menjamah rendang dan ketupat di pagi Aidilfitri kerana tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair sejak dilahirkan.

Sebagai ganti, Mohd Aidil bergantung kepada minuman Milo, sup dan air kosong untuk mendapatkan tenaga dan zat. Setiap kali jatuh sakit, dia akan meminta doktor memberi ubat cecair gara-gara tidak boleh menelan pil.

Berikutan tabiatnya meminum sehingga 15 gelas Milo sehari, Mohd Aidil Amri digelar ‘Milo’ oleh rakan yang memahami keganjilan yang dihadapinya. Bukan saya tidak pernah cuba makan nasi, tetapi apabila ditelan, seakan-akan tekak tidak dapat menerima dan saya akan segera muntah.

“Makanan lain seperti roti, mi atau makanan yang dijual di restoran segera tidak pernah saya sentuh sepanjang hidup,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Aidil Amri yang bekerja sebagai Pengurus Web Tonton di Media Prima Bhd (Media Prima) ketika ditemui, tampak sihat dan tidak menunjukkan beliau menghadapi masalah berhubung tabiat pemakanannya itu.

Mohd Aidil Amri yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata tabiatnya mengambil cecair sebagai makanan bermula sejak berusia setahun seperti diceritakan ibunya, Zaiton Hashim.
“Ketika kecil, ibu cuba memberi saya makanan, tetapi saya selalu lari. Sejak usia setahun, saya tidak menyentuh makanan melainkan meminum Milo yang menjadi makanan ruji saya,” katanya yang menjadi perhatian ramai sejak ditemuramah rancangan, Pagi Show di Fly FM, Selasa lalu.

Beliau berkata, dalam sehari, beliau akan mengambil sekurang-kurangnya 15 gelas Milo.

“Saya juga boleh mengambil minuman lain, tetapi Milo menjadi makanan penting untuk saya,”.

Mohd Aidil Amri berkata, setiap kali menjamah sup, beliau akan mengasingkan isinya sebelum dihirup serta menganggap sajian yang diambil dua kali seminggu itu sebagai makanan ‘mewah’.

Ditanya mengenai perasaannya setiap kali melihat rakan menjamu selera dengan makanan lazat, beliau berkata, rasa iri hati tetap wujud tetapi dirinya sentiasa berfikiran positif.

“Adik-beradik saya normal, keluarga lain pun sama. Hanya saya yang mengalami keadaan ini dalam keluarga. Sejak kecil, saya sudah berjumpa ramai pengamal perubatan sama ada tradisional atau moden, namun mereka juga tidak tahu punca keadaan saya ini.

“Doktor memberitahu saya sihat saya anggap ini adalah takdir Allah SWT dan saya menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang meminati muzik rock terutama kumpulan rock, Metallica.


Nota kaki : Syira sekarang pantang lapar, rasa lemah je satu badan. Mana tak chubby. Semua orang tegur. Benci kot!


Monday, June 13, 2011

Petua Awet Muda

Assalamualaikum

Apabila kita senyum, kita menggunakan hampir 14 otot.

Apabila kita mengerutkan muka ketika sedang marah, kita menggunakan hampir 60 otot.

Apabila kita mengerutkan dahi, kita menggunakan hampir 40 otot.

Kesimpulannya, jangam marah-marah ha. Nanti, cepat tua.


Related Posts with Thumbnails