Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Wednesday, June 22, 2011

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

Assalamualaikum


Hai korang kat depan laptop tuh? Tengah baca blog syira kan? Ha, ni syira nak join segmen yang abg ben ashaari buat. Korang pun tahu abg ben yang baik hati ni memang rajin buat segmen. Nak join, klik sini. Sampai pukul 3.30 petang. Cepattttttt!




Wordless Wednesday #2



Tuesday, June 21, 2011

Tutorial : Sesi Beramah-mesra dengan Nuffnang

Assalamualaikum

Ha, korang! Seperti yang telah syira janjikan dalam komen syira di entri ini kan. Syira janji nak buat tutorial pasal Nuffnang sempena syira dapat BE pertama syira. Ini semua hasil kesudian korang untuk datang lawat blog capuk syira ni kan. Budi korang memang tak dapat syira nak balas. Ini la yang syira termampu. So, are you ready?

Kadang2, kita rasa kita blogwalking separuh nak mati, update entri hari-hari, tapi income macam ciput je. Nak dapat BE atau ME pun payah kan. So, di sini syira nak sediakan tips2 sikit la. So, korang boleh ikut ye.

1. Korang harus, mesti dan sepatutnya setia dengan Nuffnang sebab Nuffnang ni kuat cemburu!

2. Kalau boleh, cuba, try, test, letak tiga-tiga jenis iklas Nuffnang pada blog anda (leaderboard, skyscraper and large rectangle) sebab kadang2 kita tak tahu iklas mana satu yang selalu mendapat perhatian para pembaca.

3.Rajin-rajinkan diri anda untuk update survey. Kalau boleh seminggu sekali. Cemana nak update dan kat mana? Ha, meh sini syira tunjuk.

Klik Ctrl + c dan klik pada gambar serentak untuk tumbesaran yang menyihatkan!


* a) First of all, korang klik kat Blog Manager tuh.*


* b) klik kat update survey yang syira dah kotakkan dengan kotak pink tuh*


* c) Pastuh, korang update la survey nih dan especially soalan no 13 ni, tolong isi dengan bersungguh-sungguh mengikut citarasa korang. Kalau boleh, karang lah ayat bunga2 sikit supaya senang hati Nuffnang bila baca. Dia nak bagi BE atau ME, diorang ikut blog korang ni cerita pasal apa. Kalau pasal gadget, dia bagilah iklan handphone ke apa ke kan.*


4. Sekali-sekala, korang boleh juga hantar 'ticket' pada Nuffnang tentang pertanyaan apa-apa la. Bukan ticket wayang bagi rasuah ye. Dekat sini ha.

* a) Mula-mula korang klik dekat 'contact us' yang ada tertera kat atas sekali pada home page Nuffnang nih*


* b) Lepas tu, korang pilih advertiser enquiries/suggestions tu kan*


* c) Then, korang tulis tajuk kat dalam kotak subject. Tengok contoh macam syira buat ni. Lepas tu, karang la ayat korang sebaik mungkin. Better dalam english. Tapi, bahasa melayu pun boleh kottt. Hehe. Priority dia terpulang pada korang. Kalau rasa tidak la emergency sangat buat low atau medium sudeeeeehhh.*

5. Selain tuh, korang leh join Heartbeat atau Churp Churp. Diorang ni adik-beradik je dengan Nuffnang. So, takde sesi cemburu buta kat sini. Okeh.

Good Luck!




Jiwa Kacau 1st Anniversary Giveaway

Assalamualaikum

Dah agak lama syira tak join GA atau contest. Bila syira join GA atau contest, tujuan nya cuma nak mengeratkan silaturrahim sesama blogger2 di Malaysia
*kalau dengan luar Malaysia pun boleh juga hehe. Kalau ada rezeki menang, alhamdulillah.

So, kali ini, syira nak join Jiwa Kacau 1st Anniversary Giveaway. Syarat dia mudah dan simple je bak kata tuan punya GA.
Hihi

*nak join. sini. klik sini*

- Buat satu post tajuk macam kat atas nie…
- Copy banner dan letakkan ke dalam post… Link kan banner ke post nie…
- Buat satu entry simple dan make sure ade name blog Jiwa Kacau dan di linkkan ke post nie atau blog nie…
- Tag 5 orang blogger lain…
- Copy banner dan letak di sidebar (tak wajib)…
- Follow blog nie (tak wajib)…
- Follow Facebook fan page (tak wajib)…
- Follow Twitter (tak wajib)…
- Tinggalkan link post penyertaan anda di kotak komen di bawah…
- Peseta mesti mencecah 100 orang sebelom pertandingan ini ditutup…

Syira nak tag :

iela
fatin
nur
myra
bui


Hadiahnya…
- Satu domain percuma dan hosting 1GB Storage dan 10GB Bandwidth selama setahun…
- Satu domain percuma selama setahun.
- Hosting 1GB Stroge dan 10GB Bandwidth percuma selama setahun…

Nak tahu lebih lanjut, jom la pergi blog Jiwa Kacau ni. Tuan punya blog selalu guna nickname 'Blur' masa blogwalking. Mesti korang pernah nampak kan. Rajin juga dia BW. Hehe. Betul tak, blur?

Nota kaki : Apa pasai line streamyx lembab semacam je ni. Habis nafsu syira nak blogwalking ke blog blogger2 tercinta *bukan ayat membodek. Hoho.



Monday, June 20, 2011

Macam Mana Kalau Suami Lagi Pandai Masak Dari Isteri

Assalamualaikum

Ha, amacam tajuk entri? Ada yang rasa tergugat tak? Kaum hawa kat luar tuh mesti dah panas punggung kan. Ha, syira yang mewakili kaum hawa ni pun kan, rasa tercabar bila isu ini diungkit.


Ye la kan, setinggi mana pun tahap pendidikan seorang perempuan tuh kan, kalau tak pandai masak, baik tak payah buat calon bini.

Ada ke peribahasa camtu? =.='

Kalau korang perasan memang chef-chef terkenal kat hotel-hotel atau restoran-restoran mewah semuanya terdiri dari kaum lelaki. Perempuan tinggal jadi waitress pikat atau layan customer. Even dekat gerai tepi jalan pun camtuh.

Syira duduk mengumpat pasal siapa sebenarnya nih. Ni ha. Pasal encik kat bawah ni.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tengok tuh. Dia boleh buat muka selamba dengan perasaan tak bersalah kan. Syira pernah bagi dia rasa masakan syira kan, habis dikomen nya. Ye la, syira ni memang bukan la pro sangat bab memasak ni kan, tapi biasa la orang belum kahwin. Erk, boleh ke bagi alasan cenggitu.?

Alamak. Kantoi gambar syira sedang menjalankan spot check kalau2 ada gambar gf lain kan. Takleh bagi muka ni. =.='

Nota kaki : Macam Mana Kalau Suami Lagi Pandai Masak Dari Isteri ? Jawab, jawabbbbbb..


Related Posts with Thumbnails