Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Monday, July 4, 2011

Cara Pemakaian Cincin

Assalamualaikum
Hari ini syira cuma nak kongsi cara pemakaian cincin yang sebenar mengikut cara Islam. Sebab syira pun baru je tahu. Huahuahua. Zaman sekarang ni, tak payah tunggu kahwin, yang anak dara macam syira ini pun mesti ramai je yang suka pakai cincin. Konon2, tanda dah dipunyai la. Cett! Perlukah diberitahu?

Pemakaian cincin ini boleh diaplikasikan kepada lelaki dan juga perempuan.

*Pic pinjaman dari En. Google. Nanti syira pulang balik ek. Sweet kan cincin ni. Bila 2 cincin ini digabungkan, ia akan menghasilkan bentuk love. Sweeeeeeeeeeet kan?


Hadis Pertama
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth A.S.”



Hadis Kedua
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”.


- Hadith Riwayat Muslim


Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.

- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai


So, sekarang bila dah tahu kan, kena lah amalkan. Selamat beramal!


 

19 comments:

Unknown said...

Rasanya kat ibu jari pun xbley....
Sebab ikut cara yahudi....
Wallahualam

Firdaus Life said...

freaky x pakai pun cincin. terima kasih share info ni

Nurulchumel said...

ohh. baru tahu.
kesimpulannya, tak leh pakai kat jari hantu ngan jari telunjuk lah kan.

ayun nysa said...

baru lah tahu,, sye tahu kat ibu jari je xley,, huhu

BubuBobot said...

Saya pakai cincin belah kiri dekat jari manis. Hee

Noor Fatin said...

baru tau. dlu2 masa sekolah saya pakai kat jari tengah la. hehe. dah lama sgt xde cincin. dlu2 je rajin pakai..

nice info syira ;D

iPai said...

cik syira belanja satu cincin boleh ?

kotak bulat said...

bila pkai cincin kt jari.org ingt kb da berpunya..err..

Abang Kacak said...

cincin oh cincin... belom mampu lagi la nk beli.. hehe..

Cik Purple said...

ooo macam tuh! slama nih cp letak cincin kat jari tgh..astgfirullah..

dear, tolong klik >>Bah, tolong dulu komen Entri ni Bah..:)

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

syafiqa said...

haa. betul. pernah terbaca,
dulu iqa asek nak pakai jari tgh je..
tp skng tak da.hee

ila nabila said...

suke entry nie :)

olen said...

tak nampak shoutbox laa syiraaaa.. huk2

AshaNazal said...

betul2.
tapi saya tak pakai cincin. huhu

caliph shuriken said...

bila pakai cincin org pompuan ingat sy dh kawen, huh...

cik myrha said...

thx for the info :)
penah dgr dr member gk pasal ni :)

Wanie said...

tapi ramai e lagi suke dok paaki kat jaritengah tu..
mungkin tak tahu atau buat2 tak tahu?huhu

ana raihana said...

menarik!!

Related Posts with Thumbnails