Assalamualaikum. Ini adalah personal blog . Sebarang penulisan adalah atas hasil pemikiran tuan punya blog kecuali dikreditkan kepada sesiapa. Sebarang copy cat adalah dilarang kecuali atas kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca dan

Wednesday, July 27, 2011

Dr Sheikh Muzaffar Shukor dan Dr Halina baru menimang cahaya mata!

Assalamualaikum

Haip korang! Tahu tak, syira tengah taip entri ni dalam keadaan air yang mengalir laju dari hidung, kepala berdenyut2 macam ada jantung kt situ, suara ala-ala Ella, sengau mengalahkan langau sambil pakai sweater. Sob sob. Siapa kesian kt syira, tolong amek sikit boleh tak? Hehe. Ini semua sebab makan durian sampai demam kottt! Haha. Tu la payah kan kalau musim durian ni.


Tapi, syira bukan nak cerita pasal demam syira ni. Jangan dilayan sangat. Banyakkan rest sudah kan. Muehehe. Syira nak cerita pasal ni? Okeh. Siapa yang tak kenal dengan angkasawan negara kita yang pertama yang telah, Dr. Sheikh Muzaffar Shukor yang telah berkahwin dengan Dr. Halina dan telah menimang cahaya mata mereka yang pertama. Sophea Isabella, secantik namanya, secomel tuannya. Hehe.


Yang istimewanya Sophea Isabella bukan pada kelebatan rambut dia tu, tapi, dia dilahirkan secara 'Water Birth' atau dalam bahasa mudahnya lahir dalam air. Ha, tu la korang tak tahu kan pasal water birth ni. Syira pun baru je tahu masa ada kawan syira buat elektif pasal water birth ni. Kat malaysia ni, ada dua tempat je yang menggunakan sistem ni. Sebab masih baru lagi kan.


Satu kat Pulau Pinang dan satu lagi kat Bangsar kalau tak silap syira. Mesti korang tertanya-tanyakan, tak lemas ke baby tuh bila dilahirkan dalam air. Ha, sebenarnya seorang bayi tuh membesar dalam kandungan ibunya dalam air ketuban atau nama medicalnya amniotic fluid. So, takde masalah la kalau dia dilahirkan dalam air.

Sebenarnya, bila dia lahir dalam udara yang biasa punya tuh, seorang bayi tu akan cuba untuk menggunakan paru-paru nya untuk bernafas untuk kali pertama. Sebab tu, dia akan menangis sebaik sahaja kelahiran dia. Dan sebab itu, orang akan gembira mendengar tangisan pertama bayi sewaktu menyambut dia. Chumel kan?

Nota kaki : Dekat kawasan rumah syira ada tempat untuk makan durian sampai demam hanya berharga RM 9.90 seorang! Tak boleh bawa balik la. Makan kat situ je. Siapa agak2 nak MC tu boleh la datang sini. Lai lai lai!

13 comments:

Zahirah said...

wah. water birth. macam seronok tapi macam menakutkan pun ada. huhu. congrates for them~ :D

mohdhazlan Dreadlock said...

wah ..huhu...dh ada anak erk



shout awk x kua ..:)


excellence

littledolphin said...

BARU SAYA TAHU PASAL WATERBIRTH NI..

oohh kamu pun demam eh?saya pun baru sembuh dari demam. jaGa diri ye kawan.jangan lupa makan ubat :)

i e L a said...

mcm menarik jeee. nak bersalin mcm neh jugak lerr. hihihi.
nway, semoga cepat sembuh demam yee. jgn lupa mkn ubt. :-*

Ema Razali said...

nanti ema nak buat la hehehe :D

Noor Fatin said...

teringin pulak nak beranak dalam air mcm dia. hehe

Shawn Razaleigh said...

gua pun baru tahu. hahah

lu berapa tahun lagi abes medic?

gua tak larat dah weh medic

Anonymous said...

wah..!!! xpenah tgk water birth. bese omputih slalu wat kan..? ape klebihan nyer eh?

HARITH SYAHMI said...

baby tuh keluar je komfem dy berenang renang kn.haha

Salmiza S. said...

bahagia utk mereka.. tapi baby dye uh mcm survivor gile ah ! btw., kat mne tuh durian mkn smp demam ? nak twu ~

Tengku Puteri said...

moga cepat sembuh demam syira..mcm best je bersalin dlm air..heee

merahitujambu said...

WAH.BERANAK DLM AIR TUUU....SALAM RAMADHAN

* A N A N * said...

Woww!!

Related Posts with Thumbnails